Saturday, January 28, 2012

Kenapa penting memilih orang yg sesuai dgn jiwa kita?

As salam....

~izinkan berkongsi~

Satu - Kita memilih org yg sama jiwa raga dgn kita antara sebabnya adalah kita punyai telepati untuk memahami kehendak satu sama lain. Hubungan yg menarik dan paling best adalah bila pasangan kita tak perlu la nak di explain banyak kali apa yg kita nak. Kadang2, bila chemistry kita tu dah tahap dewa, pandangan mata pun dah boleh baca. Marah ke kita, sedih ke kita, apakah perasaan kita. Dia boleh tahu.

Dua - Bukan setakat itu, kalau kita punyai minat yg sama, kita boleh spend time sama2 buat benda yg kita suka. Contoh, kalau dua-dua suka bola, apa lagi. Boleh tengok bola sama-sama. Kalau dua-dua suka camping, apa lagi, berkampung la dalam hutan sekali sekala. Kita bukan setakat kenal partner kita, malah boleh jadikan hubungan semakin stabil dan marveles. Kadang-kadang orang kata Opposite Attracts? Benar. Ada benarnya, namun kebarangkalian survival dia berbanding hubungan yg lebih banyak persamaan adalah jauh lebih kurang.

Tiga - Satu lagi, kita boleh menjadi diri kita yang sebenar depan dia. Tanpa perlu la kita tiba-tiba menjadi gadis ayu akhir zaman sebab kononya nak impress pasangan kita. Begitu juga dengan lelaki, yg tiba-tiba jadi metroseksual sebab pasangan suka lelaki metroseksual yg wangi dan baju kemas sepanjang masa. Sepatutnya partner kita menjadi bestfriend kita dan kita tak perlu malu depan dia. Kena tunjukkan perangai kita supaya kita boleh tahu dia dapat tak terima kita seadanya. Kalau tak dapat, maka ternyatalah dia bukan untuk kita.

Empat - Satu lagi, hubungan lelaki perempuan ni bukan untuk sekadar isi masa lapang. Kita in a relationship sebab kita nak membina keluarga di masa akan datang. Satu soalan yg kita perlu tanya diri kita bila kita dah ada dalam relationship, boleh ke tak dia ni jadi husband/wife kita nanti? Kita nak ke dia ni jadi ibu/bapa kepada anak-anak kita nanti? Sanggup ke kita nak hidup dengan dia ni sampai tua?

Nota : perkongsian yang bagus dari seorang blogger lain buat peringatan cik Apple

No comments:

Post a Comment