Friday, June 24, 2011

~Happy Birthday to me~




Salam....



Hari ni besday cik Apple yang ke ???..... ahaks tak payahlah tulis angka-angka tu dah semakin banyak pulak... hehehe....



Ucapan terima kasih buat teman2, saudara mara dan sahabat handai yang memberikan ucapan dan mengingati hari bersejarah buat cik Apple ini... sesungguhnya ingatan kalian buat cik Apple sedikit terharu dan tak terkata... sayang semua muahhhaahhaha...



Tak sangka pulak ofismate buat suprise... ermm... memang kenangan terindah sungguh tapi sayang tak sempat nak snap gambar waktu kejadian... Almaklumlah namanya pun suprise kan.. kan... hehehe...



Alhamdulillah... syukur kerana telah diberikan peluang dan waktu yang sebegini panjang untuk hidup dimuka bumi ini... terima kasih tak terhingga buat kedua ibubapa cik Apple yang telah membawa cik Apple lahir ke muka bumi ini...



Cik Apple kalau boleh tak nak buat entri sedih dalam entri kali ni tapi nak nyatakan jugak sebenarnya cik Apple sedih kerana ........ ???



Oklah malas nak cerita lebih lanjut.... dan malas nak melayan perasaan... (erk??). Terima kasih kepada semua yang telah mengingati kelahiran cik Apple... :-)


SAYANG UOLS....

Thursday, June 23, 2011

Sehari sebelum : 23/06/2011

Salam uols.....



Hikhik.... harini 23 Jun sehari sebelum ulangtahun kelahiran cik Apple... wah... hepi nampak ek... hikhik... padahal esok cik Apple dah tua lagi setahun.... uwwaa....



Apepun cik Apple tetap bersyukur kerana telah dikurniakan usia yang sebegini panjang untuk hidup di muka bumi ini.... Alhamdulillah.... cik Apple tak nak ulas panjang-panjang untuk hari ini



Kita berjumpa lagi di entri esok ok...

Tuesday, June 14, 2011

Koleksi kuih muih




Salam...


Dah lama cik Apple perap nak tayangkan entri ni... Ni antara koleksi kuih muih yang telah cik Apple terajin nak buat di kala musim gatal tangan


puding jagung


puding triffle

kek lemon




agar-agar belang





kuih nagasari




kuih abok-abok



Apam gula hangus




tak ingat nama kuih kek ni apa... hehe


bubur nasi di kala tiada selera makan dengan sup...


kerabu pucuk paku + tauge + kerang

Wednesday, June 8, 2011

Bina Insan 4/011 : ILIM

Salam...

Cik Apple telah terpanggil untuk mengikuti kursus Bina Insan anjuran KPM... penat memang penat tapi cukup berfaedah dan bermanfaat sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian.... diulangi... 'sekiranya diamalkan' hikhik....paham2 sendiri sudahlah ek kerana ada sesetengah tu sekadar menghadirkan diri untuk cukupkan jumlah kursus dalam tahun semasa, masuk kanan keluar kiri... harap2 cik Apple tak macam tu la....

Sebenarnya kursus ni berlangsung selama 3 hari mulai 6/6 - 8/6 (isnin-rabu) bertempat di ILIM, Bangi... satu cerita yang ingin cik Apple kongsikan kat sini adalah keadaan di mana cik Apple tersesat semasa nak cari lokasi kursus... Almaklumlah cik Apple ni bukan kaki jalan dan tak biasa dengan jalan2 ni semua... yang tahu jalan balik kampung tau la... hehehe.... puas pusing, belok tapi tak jumpa2 gak... tp akhirnya alhamdulillah sampai jugak ke lokasi kursus setelah tersesat beberapa kali... pengajarannya... lepas ni kena banyak berjalan2.. ahaks!

Ni antara memori yang sempat dirakamkan sepanjang kursus berlangsung buat tatapan pengunjung blog ini.... erk!! ada ke pengunjung... ahaks





bilik ala-ala hotel 3 bintang... satu bilik 2 orang... ermm.. not bad kan??



sempat posing sebelum ceramah bermula



last day.... kenangan di dewan utama ILIM




menanti majlis penutup bermula




menu yang disediakan.... tak dapat nak diet



Nota : cukup bermanfaat >_<