Thursday, March 31, 2011

~PERIBADI BULAN JUN~

Salam... Ciri-ciri peribadi mereka yang lahir dalam bulan "JUN".... cik Apple la tu hehehe.... but not exactly 100% right:

  • berfikiran jauh & berwawasan (sikit-sikit ada jugak...)

  • mudah ditawan kerana sikap baik

  • berperangai yg lemah lembut (sopan santun gitu la...)

  • mudah berubah sikap, perangai, idea & mood (kadang-kadang ada jugak)

  • idea yg terlalu banyak dikepala

  • bersikap sensitif (bertempatla...)

  • otaknya aktif /sentiasa berfikir

  • sukar melakukan sesuatu dengan segera

  • bersikap suka menangguh-nangguh (sesekali jer...)

  • besikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik (of course la... semua nak yg terbaikkan)

  • cepat marah & cepat sejuk (betul!!)

  • suka bercakap & berdebat

  • suka buat lawak & bergurau

  • otaknya cerdas, berangan-angan

  • mudah berkawan & pandai berkawan (T_T)

  • org yg sangat tertib (cik Apple sbg perempuan melayu terakhir... ahaks)

  • pandai mempamerkan sikap

  • mudah kecil hati

  • mudah kena selsema (tak jugak.... selalu amik vit C)

  • suka berkemas (islam mementingkan kebersihan)

  • cepat rasa bosan (kadang-kadang)

  • sikap terlalu memilih & cerewet (dalam hidup perlu memilih... susah gak cik Apple ni)

  • kurang mempamerkan perasaan (belajar melalui pengalaman lama)

  • lambat nak sembuh apabila terluka hati (exactly 100%)

  • suka kepada barang yg berjenama (tak jugak...)

  • mudah menjadi eksekutif

  • kedegilan yg tidak terkawal (bukan degil la tp manja)

  • sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi

  • siapa menegur saya adalah kawan saya.

Wednesday, March 30, 2011

Nervous!!!

Salam...


Situasi cik Apple kali ni -->

v

v

v

~NERVOUS~

v

v

v

waiting... waiting... waiting...

hurmm... senyum itu sedekah kan kawan-kawan T_T

Monday, March 28, 2011

Situasi yang diluar jangkaan

Salam...


Alhamdulillah.... akhirnya berlalu sudah hari ni (isnin --> monday blues)


Sepatutnya cik Apple tak serunsing harini tp keadaan jadi sebaliknya bila menerima perkabaran mengejut pagi td. Bila disuruh berjumpa dengan 'seseorang' yang mungkin boleh jd org penting dlm hidup ini dan mungkin juga tak begitu penting. Bergantung pada qada dan qadar Allah... kita hanya merancang... Amin


Dup... dap... dup... dap... dari pagi hingga petang kini berakhir sudah hanya menanti debaran 3/4/2011 sebagai penentu perjalanan masa depan. Semoga semuanya dipermudahkan Allah kerana kita hanya merancang... insyaAllah.


Sebenarnya dari minggu lepas lagi cik Apple dah wink*wink* ... so, maaflah kalau semenjak dua ni cik Apple sedikit tenggelam timbul baik di FB atau blog. Fikiran tengah tak berapa 'center' tp masih normal dan waras lagi taw.... hehe


Hari ahad lepas cik Apple ada buat puding jagung tapi gambar nanti cik Apple post kemudian tunggu fikiran tenang sikit dan arini cik Apple ada bergambar dengan Pengarah Jabatan nanti cik Apple post sekali ok!!


Nota : terimalah seadanya ~ 3/4/2011

Friday, March 25, 2011

Kopi dan cawan

Salam...

Kisah ni cik Apple baru dapat masa menghadiri perhimpunan bulanan jabatan pagi tadi. Satu cerita yang sesuai untuk dikongsi bersama-sama. Ceritanya begini....

Suatu hari sekumpulan pelajar dlm 10 orang datang untuk menziarahi bekas profesor tempat mereka belajar dulu. Mereka telah dihidangkan dengan seteko air kopi dan berbagai-bagai jenis cawan oleh profesor tersebut. Ada cawan kertas, polisterin dan plastik.... Ada juga cawan kaca, tembaga dan emas yang cantik-cantik..... tp hanya satu jenis cawan sahaja yg di sediakan dan berbeza antara satu sama lain.

Mereka dibenarkan memilih dan menuang sendiri air kopi di dalam cawan masing-masing. Pastinya semua inginkan cawan yang cantik dan mahal berbanding cawan yang biasa dan murah. Maka mereka yang awal sahaja dapat memilih dan menikmati air kopi di dalam cawan cantik dan mahal. Yang lambat hanya minum guna cawan biasa dan semestinya merasa sedikit terkilan kan!

Kalau lah cawan tu boleh dibawa pulang... sekiranya kita berada di tempat pelajar tersebut. Apa perasaan kita??

Semestinya cik Apple merasa terkilan dan sedih, betul tak korang? dalam hati sayu berkata "kalau profesor tu bgtau awal-awal mestilah cepat-cepat nak pilih yang cantik tadi" lebih-lebih lagi bila mereka yang dapat cawan cantik tu menunjuk-nunjuk dan sedikit riak betul tak?? mesti geram jer rasanya...

Pengajaran cerita --->>
1- kenapa berebut nak cawan cantik sedangkan air kopi yang dihidangkan adalah dalam teko yang sama dan rasanya pun pastilah sama kan!!
2- seteko air kopi merupakan kehidupan kita
3- dan cawan merupakan alat (kedudukan, gred, pangkat, harta kekayaan dunia saja)
4- tak semua orang dapat apa yang diinginkan dalam hidup --> hiduplah bersederhana walau siapapun kita dan yang pasti diakhirat kita adalah sama/serupa

Sunday, March 20, 2011

sesi walimatul urus

Salam...

Selamat hari ahad kawan2... wah!! letih betul aktiviti cik Apple hari ni dan cuaca pulak hujan sepanjang hari. Apa nak buat kan hujan turun dari pagi hingga petang dari cik Apple keluar rumah 10.30am sehinggalah kembali ke rumah 4.30pm. Hujan tu kan satu rahmat

Aktiviti cik Apple hari ni pergi kenduri kawin kawan opis lama. Satu kat port klang dan satu lagi kat tanjung karang. Ni gambar kenduri kawin Baharuddin kat Tjg Karang yang lain tak sempat nak snap gambar dengan pengantin sebab keadaan masa tu tak begitu mengizinkan. Wow.. sakan makan kenduri tapi masih boleh dikawal lagi... fuhhh!!nasib baik tak kantoi sangat diet
bergambar dengan pengantin + ajip yang ni special coz dapat tangkap gambar dua kali
tq abang cameraman yg sporting

kenangan bersama pengantin + kawan-kawan opis lama

Friday, March 18, 2011

Hujan... hujan... hujan

Salam...

Dah lama tak menjenguk blog cik Apple...ye?? harini nak update sikit. Nak cite ape ek... mesti korang bosan nak baca. Bencana di Jepun masih belum berakhir. Kali ni dengan serangan toksid akibat letupan kilang nuklear... memang amat bahaya dan membimbangkan. Takziah dan semoga mereka semua selamat terutama kepada rakyat Malaysia yang berada di sana.

Di negara kita pulak cuaca hujan setiap hari terutama di sebelah petang sampaikan cik Apple tak sempat nak menghantar baju untuk ditempah. Ermm... merangkap baju raya la tu hikhik... tapi bukan warna tema raya. Petang ni hujan di sertai dengan petir, guruh dan kilat (kira pakej la tu... nasib baik takde angin ribut) sampaikan masa balik tadi cik Apple terpaksa u-turn balik akibat pokok tumbang dan menghalang laluan di Sek 7 kena lalu jalan lain.

Lampu isyarat pulak rosak, lagi menghuru-hara kan keadaan jalanraya yang sedia sesak dengan pemandu yang 'selfish' termasuk cik Apple gak. Maaflah ye... kalau terlalu berhemah pasti kena hon dengan kereta belakang pastu kereta lain takkan bagi peluangnyer untuk melintas. Tak taw la macam mana dengan mentaliti rakyat M'sia kita ni kan. Tak dapat lagilah nak menempah baju huhuhu....


Nota: Biar lambat asal selamat!!

Wednesday, March 16, 2011

menu petang tiba-tiba

Salam...

Takde angin takde ribut tiba-tiba petang ni cik Apple teringin nak makan lempeng. Balik-balik rumah tengok ada ikan tongkol masak kari atas meja. Ermm... macam taw-taw jer cik Apple mengidam (hehe.... ngidam lempeng la) dan hasilnya jadilah lempeng cicah kuah kari marvelous!! terangkat masa makan tambahan pulak lepas hujan (kantoi diet lagi arini) ingat nak buat sambal ikan bilis tapi kemalasan melanda tu yang makan dengan kari ikan jer akhirnya

Lempeng + kuah kari

Pasni nak try buat penkek jagung lak tadi search resepi macam senang jer. Bahan pun semua ada kat dapur tapi bila masa nak buat tu tak sure la sebab wekend ni banyak jemputan kawin yg terpaksa cik Apple penuhi. Mungkin bila ada masa nak mencuri-curi masak nanti cik Apple buat la tu pun ntah bila. Teringin nak buat penkek ni gara-gara baca novel 'murni kasih'.... best gak cite tu tapi dia buat penkek epal... tak kisahlah janji penkek!!

Ni la buku-buku novel yang cik Apple dok baca.. tu pun pinjam kat kawan opis nak harapkan beli payah bebenor...

Monday, March 14, 2011

Hari cuti sedunia

Salam...

Cik Apple bercuti hari ni.... yeah yeah!! budak sekolah cuti cik Apple pun sibuk-sibuk isi borang cuti sama. Ni nak cite pasal semalam cik Apple balik dari kampung fuhh!! jalan jem takyah cakaplah... bayangkan bertolak dari kampung pukul 5.30pm sampai klang 9.15pm bayangkan (cepat bayangkan ek... kereta manual, cuaca hujan pulak tu) memang dahsyat taw... fuhh!! nasib baik arini mintak cuti bolehlah rehat-rehatkan badan dan bermalas-malas... tapi kena paksa jadi driver pulak.

Alamak!!! malas deh... my sis nak shoping baju raya family dia... kenalah turutkan jugak coz tak sanggup nak dengar dia merengek (hehehe..... ek??tipu la) siap beli barang hujan turun mencurah-curah terpaksalah tunggu reda sikit baru berlari ke kereta. Tak berani nak drive time hujan lebat dan cuaca agak gelap walaupun waktu tika itu masih awal petang. Tema raya tahun ni colour biru turquise (betul ke eja ni....eksen nak speaking) tapi cik Apple tak sempat lagi nak membelek baju raya di jalan TAR. Harap-harap cik Apple dapat memenuhi tema raya tahun ni :)


Ni la pemandangan perjalanan pulang yang agak memenatkan

Oppss!! nampak pulak ada P kat kereta hehehe.... tu perhiasan jer untuk meraih simpati

Friday, March 11, 2011

Selamat bercuti

Salam...


11/3/11 ~ cantek tarikh arini kan... tp arini dunia digegarkan dengan kejadian gempa bumi & tsumani yang berlaku di Jepun yg telah mengorbankan banyak nyawa manusia... ancaman tsunami juga telah dikeluarkan di Malaysia disekitar kawasan yg berhampiran pantai. Semoga kita mengambil langkah berhati2 dan sama2 lah kita berdoa semoga rakyat Malaysia yg berada di Jepun juga akan selamat dari bencana...

Musim cuti sekolah akan bermula esok.. Selamat bercuti kepada adik2 yg bersekolah. Cik Apple akan berangkat pulang ke kampung pagi2 esok.. dan akan bercuti hari isnin kerana ada urusan yg perlu diuruskan.. ermm.. tak dapat lagilah nak mencuba mana2 resepi baru wekend ni...

Doakan cik Apple selamat dan bahagia ke akhir hayat ye (aik!! lain macam jer bunyi ayat nie.. hehe) jangan ada yang salah faham dan buat sebarang spekulasi pulak sudahlah kerana cik Apple tak layan sebarang gosip2 liar *wink *wink


nota: selamat bercuti!!

Thursday, March 10, 2011

Selamat berpuasa sunat

Salam....

Sesungguhnya ujian Allah itu ada hikmahnya... dan cik Apple cuba menghadapinya dengan tabah dan tenang. InsyaAllah akan ada ganjaranya kelak sama ada di dunia atau di akhirat... Ceh2x tiba-tiba lak bagi tazkirah petang kamis nie. Ntah angin apa yang merasuk... eh! ape pulak bukan ke bagus saling menasihati sesama insan. Oppss!! bukan nasihat tapi semangat untuk diri sendiri ahaha...

Sebenarnya arini cik Apple berpuasa sunat hari kamis. tu yang tiba-tiba jadi baik dan mood pun dalam keadaan yang sangat baik... Alhamdulillah. Ikutkan niat asal malas nak puasa sunat (Malas!! Ya Allah... apa nak jadi ni) coz waktu maghrib pun lambat sekarang ni dalam 7.30pm tapi ntah macam mana bila semalam dah terlebih makan (nak betulkan statement.. bukan makan tp melantak) terus malam tadi pasang niat puasa dan berpuasa la cik Apple pada hari yang redup dan sejuk ni... memang best sangat. Alhamdulillah... tinggal beberapa minit lagi tibalah waktu berbuka. Menu berbuka petang ni cik Apple nak meratah ikan dan sayur jer... diet tu


nota: Selamat berbuka puasa dan selamat harijadi kawanku

Wednesday, March 9, 2011

Durian runtuh!!

Salam....

Wah2x.... murah rezeki cik Apple kali ni Alhamdulillah... tengah2 runsing ditimpa pelbagai musibah (masalah kereta) rupa2nya still ada hikmahnya. Yippii.... dapat bonus opis lama 1/2 bulan gaji syukur.... walaupun tak banyak tp jadilah kan sekurang2nya opis lama masih ingat lagi kat staff sambilan ni adalah dapat 4++... ni bonus tahun 2009 yang punya... ahahaha...

Aritu dah dapat 1 1/2 bln utk 2009 ni tambah lagi 1/2 bulan... kira byklah tu... jangan tamak cik Apple jgn lupa org yg susah taw. Rezeki kena kongsi sama2.. InsyaAllah barulah berkat.... Amin

Ishhh.... jgn gumbira sangat.. duit tu pun tak lama kat tangan coz nak repair kereta cik Apple lagi. Kali ni water pump pulak~ Adusss.... kuat betul dugaan Allah kali ni. Abis korek akaun bank dah... moga cik Apple terus tabah dan kuat semangat. Kena blajar banyak benda pasal kereta ni... nak kena carik sifu'

nota: saya budak baru belajar... hehehe

Tuesday, March 8, 2011

Menu apam comel

Salam dan selamat hari wanita...

Hurmm... ikutkan cik Apple nak citer pasal entri hari ni semalam tp disebabkan beberapa masalah mengejut yg menimpa langsung tak sempat nak mengupload gambar2 apam yg dah diposing cantek2 tu (cantek la sangat hehe..)

Mode : sedih ---->> semestinya bila kereta mr.bean cik Apple tak sihat. sepatutnya bila dah bawak pegi klinik mestilah semakin sihat tp jd sebaliknya pulak... uhuk... uhuk.. last week adik cik Apple bawak kereta mr.bean cik Apple blk kg utk di servis.. last 2 week tukar time belt then last week tukar clutch pad plak... tiba2 clutch jd xsedap & lampu enjin menyala (ala... kat meter tu kan ada lambang enjin so, bl dia menyala jer means masa bengkel tu pasang balik enjin tu adala yg tak kena @ tak menepati spesifikasi) dalam kata lain minggu ni kena la balik kg lagi.... haa.. lari budget cik Apple bulan ni... uwwaaa....

Oklah... ni dia gambar apam2 comel yg cik Apple buat hari ahad lepas... comel tak?? cik Apple buat kuih ni ikut resepi asal kak hana memories atas nama apam dot dot tp disebabkan cik Apple punya takde dot dot tu yg tukar apam comel inti blueberi. Akceli baru 1st time buat apam ni, cik Apple kurang berpuas hati sikit dengan prestasinya... tunggulah nanti cik Apple akan cuba lagi hingga jadi betul2 perfect macam kak hana punya..
apam yg kurang menunjukkan prestasi yg memberangsangkan cik Apple tp still delicious....
bubuh inti blueberry beli kat kedai 2ply (ewah... promote lak hehe..)

nota: gagal sekali tidak bererti gagal selamanya!!

Sunday, March 6, 2011

Masakan hujung minggu

Salam & selamat berhujung minggu....

Selamat pagi semua... dah beberapa hari tak menjengah blog ni rindu rasanya. cik Apple sedikit tak sedap badan (mungkin simptom2 demam tak jadi) selepas buat operasi kemas mengemas kat opis ari jumaat lepas... mengemas stor yg berhabuk & menyusun BRP (buku rekod perkhidmatan bkn BPR ek)... debu seinci pon ada (ehh!! ada ke?? macam menipu pulak)

Pagi ni dah rasa ok sikit.tu yg menggatal nak buat something.hehe...
Apa menu masakan yang akan cik Apple buat minggu ni....???
v
v
v
v
SUPRISE!!!! mane boleh bagi tau hehehe... ngada-ngada betol kan...
Tunggu cik Apple post kat next entri... okey



nota: sebenarnya cik Apple tak decide lagi nak try resepi apa hari ni ahaha...

Thursday, March 3, 2011

Kek batik versi biskut jejari

Salam...

Haii... biasanya hujung minggu jer cik Apple rajin memasak tetapi entah mengapa tiba-tiba kali ni terajin pulak nak masak memasak selepas cik Apple mengemaskini buku resepi dan akhirnya menu yang jadi pilihan selepas penat belek-belek buku resepi adalah kek batik ni.... sonang pon sonang gak aihh..

Apalagi mulalah cik Apple operasi godek menggodek di dapur tu sebaik saja balik dari keje hehehe.... Hasilnya jadilah kek batik yang ringkas dan sedap dimakan anak-anak buah cik Apple walaupun rupanya tak secantik resepi asal dari k.am flora...
taa daa ------ >>>

Buruk la pulak tengok masa dalam bekas ni... tak kemas coz malas nak susun satu2 main sekali gaul jer semua biskut dlm kuali

Ni kes malas nak potong cumel-cumel... anak buah pun dah tak sabar sgt time ni

Wednesday, March 2, 2011

Kisah makcik tempe

Salam...

Ni dia kisah "makcik tempe" yang cik Apple janjikan beberapa hari lepas...

Di sebuah kampung tinggal seorang makcik yang terkenal dengan kepakaran membuat tempe sehinggakan dia digelar dengan panggilan makcik tempe dan bila sebut jer makcik tempe seluruh kampung hinggakan ke kampung sebelah pun kenal siapa gerangannya makcik tempe tu dan kat mana rumahnya....

Makcik tempe ni menjual semua tempe2 nya kat pasar dikampung tersebut setiap hari sebagai punca pendapatan hariannya... bak kata orang kais pagi makan pagi... yelah kan setakat jual tempe tu berapa lah sangat pendapatan yang diperolehi sekadar cukup makan jer...

Pada suatu pagi, makcik tempe ni pun dah bersiap sedia untuk ke pasar menjual tempenya yang telah 3 hari dibuat (biasanya tempe perlukan masa lebih kurang 3 hari untuk masak) tetapi apabila dibukak salah satu bungkusan tempe tu alangkah terperanjatnya makcik tersebut apabila tempe yang dibuat masih belum masak...

Dengan susah hati dan penuh harapan makcik tempe berdoa agar tempenya masak dan bolehlah dia jual di pasar pada hari tu. Dengan hati yang berberat makcik tempe meneruskan niatnya untuk ke pasar dengan harapan tempenya akan memjadi dalam perjalanannya ke pasar yang memakan masa lbh kurang 30-40 minit.

Setiap 10 minit berjalan makcik tempe akan berhenti dan memeriksa bungkusan tempenya tetapi malangnya tempe tersebut masih belum masak. Dan makcik tempe tidak putus2 berdoa dengan penuh pengharapan dan kesungguhan agar Allah memakbulkan permintaannya supaya tempenya masak sepanjang perjalanannya ke pasar.

Tetapi sehingga ke tengahari tempenya masih belum masak... "mintak maaf nak, tempe makcik harini belum jadi lagi... makcik tak dapat nak jual mungkin kejap lagi masaklah" kata makcik tempe dengan jujur tetapi sedih kerana tiada lah pendapatan pada hari tersebut. Bagaimanapun dia tetap tidak putus2 berdoa..

Masuk ke waktu petang... makcik tempe masih lagi mengharap agar tempenya menjadi tetapi hampa setelah membuka bungkusan tempenya... lewat petang tu makcik tempe bersiap2 mengemas semua tempenya dengan perasaan kecewa. Sedang dia berkira2 utk berjalan pulang datangla seorg pemuda "makcik2... saya nak beli tempe makcik"kata pemuda itu dengan tercungap2...

"maaf nak, tempe makcik harini tak jadi lagi, belum masak sepenuhnya mungkin esok baru jadi... anak dtg esok ye"jawab makcik dgn sedih "eh saya memang nak beli yg belum jadi makcik, esok nak bawak ke luar negara.. puas saya cari tempe yg belum jadi ni. saya nak beli semua makcik" kata pemuda tu lagi.. "semua nak??" tanya makcik tempe terkejut. "iye makcik.. semua" jawab pemuda tu. Itulah rezeki makcik tempe hari tu.

Pengajarannya, sentiasalah berusaha dan berdoa kerana terkadang Allah lambat memakbulkan doa kita kerana ingin menguji kita. Tetapi Allah tidak akan menguji sesuatu yg diluar kemampuan hambaNya. Selagi kita berusaha insyaAllah... rezeki tidak akan putus

Tuesday, March 1, 2011

Sesi salam kaut

Salam...

Harini tanggal 1 Mac 2011... sekelip mata jer rasanya dah masuk bulan Mac dan dah 2 bulan berlalunya tahun 2011. Sesi ke'bizi'an cik Apple pun telah berlalu.... Alhamdulillah lega sangat rasanya tak payah nak terkejar-kejar lagi lepas ni... hehehe dah jadi tanggungjawab kena la laksanakan dengan ikhlas...

Tak sampai seminggu pun kakitangan kerajaan dapat gaji tapi gaji cik Apple dah abis di agih-agihkan kepada yang berkenaan... bak kata orang umpama sesi salam kaut dengan mesin ATM dan bank-bank terpilih. Mujur jugak dapat merasa salam kaut dan menghidu bau duit walaupun sekejap sbb ada sesetengahnya hanya sempat melihat angka2 di skrin PC jer bila transaksi dibuat secara online... bau duit pun cik Apple tak sempat nak hidu...hahaha

Apa yang dibayarnya tu...??

SUK Selangor - loan blajar KUSZA
PTPTN - loan blajar UPM
Public Bank - loan kereta
duit minyak petrol
duit tol
duit utk parent
barang keperluan peribadi (tak dapat nak list kat sini)

Wahh!! banyaknya bayaran yang nak kena settle tiap bulan. Apepun sebagai peminjam berhemah kena la bayar semuanya kan... jangan jadi kacang lupakan kulit macam iklan PTPTN kat tv tu... ahaha