Tuesday, September 27, 2011

Sambutan raya - again







Salam...




Harini cik Apple menyanyi..... yeah, yeah...

Akhirnya setelah berhari2 berlatih nyanyian cik Apple dan kawan2 cukup lega kerana mendapat sambutan dan pujian atas nyanyian kami semua... Alhamdulillah.... sedap jugak rupanya suara kami ni kan... (hahaha... perasan kan... kan)



Sempena perhimpunan bulanan bagi bulan September beserta majlis sambutan raya opis cik Apple tak nak tulis banyak2 dalam entri kali ni... hanya gambar2 sepanjang majlis buat tatapan pengunjung semua... (ada ke pengunjung?? hehehe...)





sewaktu membuat persembahan atas pentas... macam artis kan...



aksi sebelum membuat persembahan



berehat sebelum menanti persembahan berikutnya



sewaktu sesi makan-makan








sesi bergambar beramai-ramai dengan opismate

Thursday, September 22, 2011

Sambutan raya opis ~ SK2P




Salam...



Arini Cik Apple menghadiri jamuan raya opis cik Apple anjuran Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan... Alhamdulillah semalam cik Apple dah pun selesai berpuasa hari yang ke 6 dalam bulan Syawal. Jadi arini kira-kiranya macam raya lah bagi cik Apple...



Menu khas bagi unit cik Apple adalah soto special ermm... special la sangat kan... hehe. Selain tu unit-unit lain pon ada menyediakan menu-menu yang berlainan antaranya laksa, mee rebus, nasi tomato, kuih-kuih dan macam-macam juadah yang telah disediakan... memang kenyangla cik Apple makan sampai tak ingat dunia... ek??



Inilah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung... cik Apple ni kan pantang nampak kamera mulalah nak posing sana, posing sini... tp tengok jugaklah siapa yg mengambilnya kan... ok

bergambar bersama Ketua Sektor dan rakan-rakan seunit sewaktu jamuan raya SK2P




ni pulak ketika jamuan raya Sektor Sekolah minggu sebelum tu...

Tuesday, September 20, 2011

sesi uji suara

Salam...


Ehem... ehem... testing one, two, three...

Wahh..... sakan cik Apple menyanyi kan... kan...hehe. Sebenarnya cik Apple salah seorang peserta nyanyian untuk majlis perhimpunan bulanan dan jamuan hari raya opis tempat cik Apple keje...


Tambahan pulak arini cik Apple berpuasa hari ke-5 bagi bulan Syawal.... abis serak suara ni tapi demi komitmen dan persembahan yang mantap cik Apple turutkan jua walaupun sebenarnya bukanlah sudi sangat nak menyumbang suara emas ni... ahaks


Oklah cik Apple nak rest sebelum suara jadi sumbang.... ek? ada kena mengena ke suara untuk menyanyi dengan tangan untuk menaip ni... hehehe

Saturday, September 17, 2011

Open house raya 2011

Salam...

Harini sabtu 17/9/2011 bersamaan 19 Syawal 1432. Cik Apple pun dah banyak sangat makan masa bulan raya ni memandangkan banyak pulak jemputan... tapi cik Apple pegi pun setakat yang termampu je... Almaklumla cik Apple ni bukan tau jalan sangat... hehe


Kepada mereka yang seronok beraya tu... ingat2 masa makan jangan sampai sakit perut terlebih makan dan tersalah makan pulak ek... hehehe



Nota : jaga pemakanan anda, jaga diet anda ok!!

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia

Salam....

Harini 16 September 2011 --> Hari Malaysia dan cik Apple pun bercuti la.... Yeahh!!!
Tema tahun ni "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera"


Dikesempatan cuti hujung minggu yang panjang ni cik Apple pun tak terlepas la dari menerima jemputan rumah terbuka sempena hari raya yang masih rancak berjalan... Alhamdulillah rezeki jgn ditolak ye tak?? tapi..... nak pegi tu tak tau rumah la pulak... kwang...kwang... abis diet cik Apple bln Syawal ni dan salah satu cara nak maintain adalah dengan memperbanyakkan berpuasa terutama puasa 6 Syawal... hehehe... baru seronok tengok jarum penimbang turun 7 kg tak pasal2 boleh naik beberapa kg lagi kalau asyik melantak je... lebih2 lg cik Apple ni pantang bila nengok laksa. kalau tak tambah biasanya tak sah la....


Harini ni cik Apple akan pegi open house ke Bandar Puteri (rumah anak buah) untuk melantak laksa lagi. semalam pun dah makan laksa masa open house Sektor Sekolah kat opis... hehehe my feberet... my feberet... pastu tghari tu makan nasik ayam plak kat umah kak niza (opismate). Jadi tak boleh nak tulis entri panjang2 utk kali ni... tak sabar nak pegi open house harini (oh!! dunia.. lihatlah cik Apple yg montel.... ahaks)

note: ada gambar menarik nanti cik Apple tampal kemudian kat entri ni ek :)

Thursday, September 8, 2011

Kembali bekerja

Salam....
Setelah seminggu lebih umat islam merayakan Aidilfitri... kini cik Apple telah kembali bekerja semula... argghhh.... malas sungguh perasaan ni setelah seronok bermalas-malas di rumah sepanjang musim perayaan ini kan... (ek?? ke cik Apple sorg je berperasaan macam ni... hehehe) walau bagaimanapun tanggungjawab dan tugasan mesti dilakukan dengan sempurna dan ikhlas yelah kita ni kan pencari rezeki yg makan gaji jer... ini jelah sumber rezeki dan untuk mendapatkan rezeki yg halal kenalah bekerja walaupun sebenarnya mood raya masih berkobar-kobar (ceh!!)

Akhir kata-kata sebelum kembali bertugas... di kesempatan ini cik Apple ingin sekali lagi mengucapkan Selamat HAri Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua pambaca entri ini...

Salam sayang n selamat berpuasa sunat!!


note: lama peram entri ni untuk di post kerana masih menunggu gambar raya yg masih belum diterima dari abang cik Apple... apa kan daya nak peram lama2 takot basi so, cik Apple masukkan kemudian la gambar raya cik Apple tu ek