Saturday, February 7, 2015

Kursus asas AKMAL Melaka - Part 1

Assalamualaikum wbt...

Harini relaks sikit so, cik Apple bolehla update blog sepanjang kursus yg sudah 2 minggu berlalu. Semoga cik Apple terus bersabar lagi untuk tempoh 5 minggu. Sebenarnya kursus asas ni untuk tempoh 7 minggu (26/1 - 17/3) sebelum cik Apple ditempatkan di negeri mana.. doakan cik Apple ditempatkan di Selangor ye.. Amin. Oklah... cik Apple nak update sikit2 gambar sepanjang 2 minggu berkursus ni...




Gambar atas.. semasa sesi Interaksi Dinamika Kumpulan (IDK) iaitu lebih kepada sesi suai kenal antara ahli kumpulan sepasukan.. bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Cik Apple telah diletakkan dalam kumpulan Platun 4 drpd  6 buah kumpulan Platun...



Hari ke 4 bermula lah sesi berkawad untuk melatih disiplin peserta kursus supaya patuh kepada masa. Gambar atas antara denda yg cik Apple dan peserta semua kena lalui... berjalan atas track yg panas waktu tengahari tanpa memakai kasut dan stokin aka kaki ayam dan berguling di atas padang hingga ke hujung dan berpatah balik semula.... ape pon cik Apple memang seronok sangat.. walaupon dlm keadaan terpaksa.



Sempat bergambar dgn jurulatih Platun 4 en. Nazri  dan jurulatih lain sebaik sahaja tamat sesi latihan kawad petang tadi. Syukur Alhamdulillah...

Friday, February 6, 2015

Majlis Perpisahan - 23 Januari 2015

Assalamualaikum wbt...

Lama tak membuat entri...... baru taw betapa BUSY nyer cik Apple kan sejak dua menjak ni.... hmmmm ape pun Alhamdulillah.. cik Apple masih diberi kesihatan utk meneruskan kehidupan hari ini.

Berbalik pada tajuk di atas.. sebenarnya pd bln Januari lps cik Apple telah bertukar kerja. Tu yg tersangat sibuk sampai tak ter'update' walhal byk yg cik Apple nak kongsikan. Hari terakhir cik Apple berkhidmat di JPNS adalah pada 23 Januari 2015. Perasaan sedih memang tak dapat dibayangkan... maklumlah cik Apple dah berkhidmat lbh kurang 5 thn 2 bln di Unit PJPK sejak 19 November 2009. Mana tak sedih ye tak??.... yg takde perasaan je yg tak sedih... sayang nak tinggalkan kawan2 yg cik Apple sayang tp apakan daya.. peluang utk cik Apple bkn selalu ada.. bila dtg peluang tak mungkin dilepaskan.. sbnrnya waktu buat entri ni cik Apple rindu sangat2 kat kawan2 opis lama :(

Terima kasih buat kawan2 yg buat jamuan dan hadiah ingatan buat cik Apple... miss u muah... muah... muah...




Hadiah dari kawan-kawan



Makan2 di Nasi Kukus, Seksyen 7





Last day at PJPK.. will miss our moment.. huwaaa... Sempat bergambar saat-saat terakhir sebelum balik :(

Gambar kenangan terakhir meja kerja cik Apple yang sempat di snap sebelum ditinggalkan. Sehingga hari ini di khabarkan masih belum dihuni lagi.