Friday, August 23, 2013

Eid Mubarak 1434H

Assalamualaikum....


SELAMAT HARI RAYA!!!.... lama pulak cik Apple tenggelam selepas raya ye.. hehehe...nak kata sibuk tak la jugak tapi tak berkesempatan untuk menjengah dan mencoret dalam belog ni disebabkan bermacam-macam hal yang berlaku pada cik Apple sejak dua menjak ni... suka, duka, sedih dan gembira asam garam kehidupan setiap manusia.

Alhamdulillah... arini dah masuk 16 Syawal umat islam menyambut bulan kemenangan eid mubarak. cik Apple pun aritu berkesempatan bercuti seminggu di kampung halaman tersayang. Menu pagi raya ada nasi impit, lemang, ketupat palas, rendang kerang, rendang ayam, rendang daging, ayam masak merah, serunding dan apa lagi ye cik Apple pun dah tak ingat.... tapi memang marbeles yummy...yummy!! SEDAP!! (huhu... kena la puji sebab bukan cik Apple yg masak)

cik Apple tak nak cerita panjang so, tengoklah sekeping dua gambar raya cik Apple di pagi raya bersama family di kampung cuma kekurangan kakak sulung sekeluarga.... ramai tak?? gambar ni diambil sebelum kami menziarah pusara arwah mak (thn kedua beraya tanpa arwah mak.... moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman) selamat berjumpa lagi di lain entri.



Nota : Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin