Monday, May 30, 2011

Mentor 5 : Salma

Salam...


Seperti yang kita maklum Salma portege kepada Erra telah menjuarai Mentor 5 malam semalam.... Tahniah buat Salma!!!


Akceli sebenarnya cik Apple tak berapa sokong Salma. cik Apple lebih suka kepada Shiha yang comel atau Iqa yang menggoda tapi rezeki tak menyebelahi Shiha dan Iqa untuk ditabalkan sebagai juara dan Salma lebih bertuah kerana telah dipilih sebagai juara mentor musim 5. Menang atau kalah tu tak penting, keputusan adalah muktamad dan tak perlulah nak mengata belakang siapa menang dan siapa kalah.... takde faedahnya pun kan buat kita. Apepun tahniah buat Salma, Shiha dan Iqa kerana telah berusaha keras untuk sampai ke peringkat akhir ni.

Kita tunggu kemunculan mentor 6 pulak ek...




Nota: Tahniah buat Salma dan Erra!!

Wednesday, May 25, 2011

Edisi 2 : Senaman










Salam...


Minggu senaman edisi kedua antara cik Apple dengan cik Mimi... nampak kurus tak sekarang? hehe... poyo!! baru berapa kali joging dah perasan nak kurus. Gambar2 aksi mengada-ngada cik Apple dengan cik Mimi sebelum dan selepas berjoging...



sebelum berjoging



cik Mimi yang comel



nampak bersemangat untuk berjoging tak?



sebelum pulang


Jangan pelik kalau tengok cik Apple pakai baju warna biru dan tudung peach. Malas nak bawak tudung spare yang matching dengan baju... belasah jelah kan lagipun kita nak joging je bukannya nak berjalan2 biarlah apa orang nak kata... tp rasanya tak de sapa pun yg nak mengatakan sebab orang maklum kita terus joging lepas kerja tak balik rumah pun. tukar baju pun kat toilet je hehehe...

Tuesday, May 24, 2011

sebulan lagi sebelum....



Salam...



Hari ni 24 Mei 2011 maka... sebln lagi sblm besday cik Apple dan pertukaran angka pada usia cik Apple yg ke....??? (oppss tunggu!!)


Maka pada hari ni (pay day) cik Apple teringin nak bermanja-manjakan diri dengan belaian mesra (cewah!!) Seksyen 7 menjadi pilihan untuk facial cik Apple supaya wajah kelihatan semakin segar dan berseri menjelang ulangtahun kelahiran nanti....



Hurmmm.... minggu ni cik Apple takde partner nak joging coz partner cik Apple berkursus tapi cik Apple cuba jugak utk bersenam tanpa cik Mimi jadual hari rabu dan jumaat (InsyaAllah). Nanti bln depan cik Apple punya turn pulak untuk berkursus....hehehe....




Nota: hari yang bosan

Monday, May 16, 2011

Selamat hari isnin



Salam...

Hari ni isnin 16 Mei 2011... esok merupakan cuti umum sempena hari wesak so...... hari ni rasa sangattttt rajin!!! (jgn salah faham...maksud adalah sebaliknya huhuhu...) takde entri yang cik Apple nak taip maybe kemudian cik Apple edit balik entri ni ok...

Hari ni merupakan hari guru se'Malaysia' dan cik Apple berkebetulan berpuasa sunat... Dikesempatan ini cik Apple nak ucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik di Malaysia dan diseluruh dunia.... terutama buat guru-guru cik Apple yang pernah mengajar cik Apple di SK Seri Bahagia, SRA PArit 9, SAM Bagan Terap, KUSZA, UPM dan tak lupa juga buat guru TABIKA cik Apple yg telah pergi meninggalkan kita... Al-Fatihah...



Tidak lupa buat 3 orang kakak dan seorg abang ipar cik Apple yang bekerja sebagai pendidik... semoga kalian dilimpahi rahmatNya. Cik Apple malas untuk bercerita panjang lebar kita berhenti dulu setakat sini.


Nota: babai!!!

Thursday, May 12, 2011

Fuhh...!!! lega akhirnya

Salam...


Lama sudah cik Apple tidak membuat entri sejak-dua menjak ni... rindu ker?? tak rindu takpelah...hikhikhik... saja menyepikan diri dan mem'bizi'kan diri. Yelah tu kan...


Alhamdulillah...dikesempatan dan kesihatan yang ada ini cik Apple nak cerita sikit... sikit jer tak nak banyak2 tangan dah penat menaip ni... penat ke??baru mukadimah je tengok kan tak masuk isi lagi... apa la cik Apple ni ek tak paham betol... tak paham takpe ni cik Apple nak pahamkan ek..


Akceli 3 hari ni cik Apple bercuti... bermula selasa-kamis (10-12/5/11) arini tengah cuti la... cuti tanpa rekod kerana menduduki peperiksaan KPSL kene pulak tempat exam kat Jalan Duta ntah celah mana nak redah pun tak taulah... dekat Inst. Integriti Malaysia tu... arini last day paper undang2 umum fuhh!!! ntah apa akta cik Apple goreng dlm kertas jawapan tu. Semalam paper arahan perkhidmatan, keselamatan + PKPA dan ari selase paper perintah am... berasap tangan menjawab... nape tangan bkn otak yg berasap... hehehe


Mane tak nye 3 jam dok dalam dewan menulis esei even boleh bukak buku (alamak.... kantoi tgk buku la pulak) tangan boleh kejang wooo... dah tua2 ni tak mcm masa student dulu dah biasa menulis hari2 lain la cite kan... apepun Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kita hanya berusaha seterusnya perlulah berserah dan bertawakal... lulus/gagal tu belakang cerita lagipun ni baru 1st time cik Apple amik exam KPSL ni bak kata just nak tgk2 dulu... rezeki belakang kira walhal semua yg amik exam nak lulus cemerlang tak sorg pun nak kegagalan tp tu semua kuasa Allah... kita hanya merancang.



Nota: lega akhirnya.... MERDEKA!!!

Monday, May 2, 2011

Kawin... kawin... kawin





Salam...


Sempena cuti umum hari pekerja 1 Mei yang lepas banyak jemputan kawin yang diterima oleh cik Apple dan hanya 2 jemputan yang dapat dipenuhi memandangkan cik Apple pun bercadang bercuti ke kampung halaman


Antara gambar barang-barang hantaran buat pasangan pengantin, akceli ada banyak lagi tapi malas nak post banyak2 dalam entri ni cukuplah sekadar sekeping dua dan gambar kenangan cik Apple dengan pengantin... hikhik nak ambil aura sikit so kena la bergambar sebelah pengantin kan ahaks...


Sebenarnya pengantin ni merangkap jiran depan rumah cik Apple... kawan bermain dulu kala masa kecik-kecik. Persiapan untuk majlis ni diuruskan sepenuhnya oleh adik beradik dia dah takde mak+ayah tapi cukup meriah dan vougue gitu jika majlis begini dibuat dikampung. Almaklumlah anak bongsu dan sebagai penutup majlis.


Dan ni pulak gambar kawan masa belajar di sekolah menengah cik Apple aka SAMBT huhu.... datang pun dah lewat selepas habis rewang kenduri jiran depan rumah dalam pukul 1.00pm. So, dapatlah berborak lama sikit dengan pasangan pengantin baru kita ni. Sambil-sambil tu dapat berjumpa dan bergambar sekali dengan kawan-kawan satu sekolah dulu yang hadir sekali pada majlis ni.





Sempat posing dengan pengantin sebelum melangkah pulang dan walaupun sibuk melayan tetamu sempat jugak melayan kawan-kawan... ni yang best. Semoga mereka kekal ke akhir hayat insyaAllah... Amin

Nota : Tahniah buat kawan-kawan yg menamatkan zaman bujang :)