Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012

Assalamualaikum.....

Hari ni hari terakhir di tahun 2012 dan cik Apple mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013. Segala suka duka pahit manis tahun 2012 akan menjadi kenangan yang abadi buat cik Apple....

Salam 2013

Saturday, December 15, 2012

Senyumlah HATI

Assalamualaikum.....

Wahh!!! cik Apple kembali lagi... :) dah lama tak bukak tengok belog kesayangan cik Apple ni kan. rindu rasa hati dan korang pon mesti rindu menanti entri terkini cik Apple kan. Papepun cik Apple masih sihat... Alhamdulillah dan masih diberi kesempatan dan ruang untuk terus berdiari di alam maya ni.

Akceli mula2 cik Apple nak buat tajuk entri 'pelamin anganku musnah' tapi lepas tengok Halaqah punya tajuk utk nextweek.... hurmm sound nice dan terus tukar tajuk. huhuhu....

Takpelah... yang pergi biarkan berlalu InshaAllah yang hilang pasti berganti. tetiba buat entri touching plak selepas sekian lama sepi tanpa khabar berita. mesti korang tertanya2 kan??? apa lagi kalau dah touching tiba2 ni mestila kuciwa membawa diri apabila insan yang diharap bertakhta di hati di ambik jadi milik orang lain dan InshaAllah dalam masa terdekat ni akan dapatlah jemputan si dia.
Kecewa??? of course la!!! dan sebab tu jugakla dah lama cik Apple tak 'ber' belog.... frustla katakan baru sekarang cik Apple jadi kuat dan sihat hahahaha.... Terpaksalah cik Apple sibukkan diri dengan aktiviti keluarga, kawan2 opis dan tempahan yang tidak putus2 (Alhamdulillah.... rezeki). lama jugak nak terima kenyataan kerana terpaksa melupakan insan yang semakin bertakhta dihati.

Dan kini setelah beberapa bulan berlalu cik Apple redha jodoh ditangan Allah. Walau sekuat mana kita merancang, walau sekuat mana kita cuba mempertahankannya tapi tanpa restuNya impian hanya tinggal kenangan. Doakan cik Apple istiqamah dalam cuba memperbaiki diri menuju ke jalanNya. InshaAllah

Nota : senyumlah hati dan jangan menangis lagi