Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan



Salam....


Selamat berpuasa semua.... hari ni hari ke 26 kita berpuasa di bulan Ramadhan bersamaan 26 Ogos 2011 (Jumaat)... dan hari ni merupakan hari terakhir cik Apple bekerja sebelum pulang ke kampung halaman untuk berhari raya pada esok pagi...


Dikesempatan ini cik Apple nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog cik Apple yang tak seberapa meriah ni.... hehehe. Sebagai manusia kita semestinya tak terlepas dari melakukan kesilapan sama ada sedar mahupun tidak sedar jadi di bulan baik hari baik ini... cik Apple mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.... dan tak lupa juga

Cik Apple ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 kepada semua warga Malaysia.... kita Satu Malaysia


Cik Apple kena wish awal ni coz bila dah balik kampung esok pagi dah takde masa nak mengintai blog ni.... almaklumla kat kampung tu line intenet pun tak berapa nak ada dan henset pun tak berapa nak canggih.... hehehe


Nota : Salam Merdeka Raya!!!

Tuesday, August 9, 2011

Alhamdulillah.... syukur


Salam...


Hari ni merupakan hari ke 9 umat islam berpuasa. Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu dibulan mulia ini dengan diberi kesihatan dan ketenangan.. syukur Ya Allah


Apa yang ingin cik Apple kongsikan untuk entri kali ni berkaitan peperiksaan KPSL yang cik Apple duduki beberapa bulan lepas (bulan Mei aritu). Tak sangka keputusan dah keluar jugak akhirnya.... hahaha.... yelah takkan dah peksa takde result plak kan... kan...



Alhamdulillah cik Apple dah lulus exam.... yeaahhh!!!! Syukur Ya Allah atas rahmat yang Engkau berikan. Mungkin inilah hikmah atas cabaran yang Engkau berikan selama ini padaku. Mungkin perjalanan hidup cik Apple tak semudah orang lain dan terpaksa bermula dari bawah untuk sampai ke atas... kenalah redha menerimanya... Terima kasih Allah.



Cik Apple lulus ketiga-tiga kertas dengan jayanya. Walaupun baru pertama kali menduduki peperikasaan KPSL ni Alhamdulillah cik Apple dah berjaya... cik Apple tak pernah terlintas untuk lulus kesemua kertas bak kata orang baru nak tengok-tengok bentuk soalan je dulu tapi rezeki menyebelahi cik Apple.... Alhamdulillah dua berita gembira yang cik Apple terima dan salah satu lagi bila PM mengumumkan bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan.




Nota : Syukur atas rezekiMu

Friday, August 5, 2011

Bulan Puasa

Salam...



Pejam celik.... pejam celik.... dah 5 hari umat islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah... dah tak sabar nak raya pulak ek...



Semoga kita terus bersemangat menjalani amal ibadat dibulan mulia ini hingga ke akhirnya dan jangan jadi macam cik Apple time-time macam ni dah

----->> lembik......

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Salam....

Harini merupakan hari pertama umat islam menunaikan ibadat puasa dibulan mulia, bulan barakah, bulan Ramadhan....
Dikesempatan ini cik Apple ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam dan semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan paling bermakna dan bererti buat kita semua...
Sama-samalah kita mencari rahmat dan keberkatan bulan mulia ini dan dapat mencari malam seribu bulan -> Lailatul qadar

Nota : Salam Ramadhan *_*