Thursday, January 19, 2012

Kek kukus

Salam....

Ni adalah menu dan entri tertunda yang cik Apple tak sempat nak post disebabkan kekangan masa untuk menjengah blog dan sedikit kemalasan yang melanda. hehehe..... akceli kek ni cik Apple buat untuk potluck kat tempat keje cik Apple jumaat last week. Cik Apple buat kek ngan sandwich sardin ala..... menu orang bujang jer... Tapi alhamdulillah menu potluck kawan2 opis hari tu memang best2 dan sedap2 giler.... fuhh!!! terus naik berat cik Apple 2 kg sekali makan.


Sebenarnya cik Apple nak buat kek kukus asam masin tapi disebabkan masa yang suntuk dan nak tengok tv pukul 7.00pm punya pasal... kemalasan untuk melapis ditukar dengan kek belang biasa je tapi still guna resepi kek kukus asam. Nampak sangat kemalasannya kan.... hishh!! anak sapa la ni... Resepi asal tak tau dari siapa coz cik Apple dapat resepi ni pun dari kakak cik Apple masa zaman belajar2 dulu. Jom check resepi...



Kek Kukus Asam Masin


Bahan-bahan:


2 cwn marjerin, 2 cwn gula (boleh kurangkan), 3 cwn tepung gandum, 6 biji telur ayam, soda bikarbonat @ serbuk penaik, sedikit esen vanila, pewarna, asam duit2


Cara-cara:


Pukul marjerin dan gula hingga kembang dan putih
Masukkan telur satu persatu dan tepung gandum + soda bikarbonat (diayak sekali) sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Masukkan esen vanila. Akhir sekali bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letak pewarna yang digemari.


Letak beberapa senduk adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak. Angkat dan susun asam sehingga menutupi lapisan tersebut dan letak lapisan yang kedua dengan berhati2 jgn sampai asam terangkat dan kukus sehingga masak. Ulang langkah tersebut sehingga adunan habis. Bila dah masak boleh makan beramai-ramai.


Nota : jom makan!!!

Saturday, January 7, 2012

Selamat berhujung minggu

Salam....



Kali ni cik Apple cuba memanfaatkan hujung minggu dengan sebaik mungkin... setelah beberapa minggu yg lalu penuh dengan aktiviti.. diharap minggu ni cik Apple dapat berehat dengan secukup dan sepuasnya... hehe



Oklah sebenarnya cik Apple buat entri ni just nak share apam comel yang cik Apple terima dari seorang kawan sekolah lama yang bersusah payah mengepos utk cik Apple... Terima kasih banyak2 buat Shahrizan yang berada di Pahang... ermmm.... sedap sangat dan cute!! budak-budak pasti amat menyukainya kan.... cik Apple pulak sejak dua menjak ni dah malas nak masuk dapur... opss!! bukan malas cuma kurang rajin sikit. hehehe.... selagi parut terkena minyak panas tak hilang selagi tu la malas nak menggodek-godek di dapur. boleh?? ahahaha... alasan jer tu.



Untuk terakhirnya... selamat berhujung minggu dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga buat semua pengunjung d'appLe diary's... miss u... muahhhh!!




comel tak??



Nota : credit to Shahrizan!!

Thursday, January 5, 2012

Berapa nak cakap!!

Salam...



Semalam cik Apple mendapat SMS (khidmat pesanan ringkas) dari seorang kawan sekolah lama bertanya "Berapa awak mintak untuk duit hantaran?" Haaa.... berapa cik Apple nak jawab ni!! sesekali terkejut jugak bila diajukan dengan soalan mendadak dan tidak di duga macam tu.


Alangkah bagusnya kalau soalan itu ditujukan untuk cik Apple kan. Hurmm... berangan je lebih Ahaha.... apapun jawapan telah cik Apple berikan kepada orang yang bertanya dan dia nampaknya berpuas hati. Alhamdulillah... tapi cik Apple tak bolehlah nyatakan kat sini. Berapa pun jumlah yang diminta... biarlah atas kemampuan dan kerelaan pihak lelaki yang nak memberi kerana kos selepas kawin nanti lagi tinggi dan banyak terutama sewaktu mula2 melayari hidup alam berumahtangga. Apapun terpulang kepada pendapat dan pandangan individu itu sendiri ok! cik Apple hanya memberi pendapat sahaja.


Dari hadis riwayat Bukhari & Muslim :


"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja ia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita"



Nota : tepuk dada, tanya selera masing2...

Tuesday, January 3, 2012

~Welcome 2012~




Salam...



Ahh!!... rindunya rasa setelah beberapa hari tak menjenguk blog cik Apple ni... rindu?? banyak cerita yg tertinggal tak sempat nak update... sampaikan cerita di sebalik tahun baru 2012 pun dah beberapa hari berlalu... bak kata orang dah jadi pekasam pun kan hehehe.....



Rasanya masih sempat lagi nak wish selamat tahun baru kepada pengunjung d'appLe diary's ni dan semoga kehadiran thn 2012 membawa sinar baru dalam hidup kalian semua InsyaAllah...

Azam baru??

Hurmm... Rasanya untuk thn 2012 ni cik Apple tak de pulak nak buat apa2 azam. erm... malas kot. tapi alhamdulillah salah satu azam tahun lepas nak menurunkan berat badan dah pun tercapai. eh? hampir tercapai... setelah berjaya menurunkan 7 kg (dari 52kg ke 45kg) hehe... tapi ada orang marah pulak dan suruh cik Apple tambah balik berat badan so.. tahun 2012 ni kenalah tambah sikit kot... hehe sikit je ok!!



Cerita...???



Hurm... sempena cuti panjang 3 hari menyambut tahun baru 2012 cik Apple macam biasa pulang ke kampung menjenguk encik bos. Niat utama pulang untuk menanam anak pokok roselle yang sudah semakin membesar. Maklumlah tanah di kampung lebih luas dan selesa untuk tumbesaran pokok2 berbanding di rumah kakak cik Apple di Klang.





anak pokok yang dibawa pulang ke kampung menaiki kereta mr.bean



anak pokok roselle yang sudah siap ditanam


Malam sebelum tiba ambang tahun baru cik Apple ada keluar dengan seorang kawan sekolah lama... takde niat untuk sambut tahun baru pun just keluar nak belanja dia makan sebab besday dia jatuh pada 1 Januari (seriusly memang cik Apple tak tau bila besday dia... aci kerat jari la.. tak tipu langsung). Dia request nak makan ikan bakar dan bagi pilihan sama ada makan kat Jeram or Simpang Empat (kalau tak silap la... kat Teluk Intan). Disebabkan cik Apple yang kena drive so, destinasi pilihan adalah Jeram... memandangkan selalu balik kampung lalu jalan tu jadi tak lah cik Apple terkedek2 bawak kereta waktu malam pulak tu kan..


Nak dijadikan cerita... punyalah ramai orang malam tu... mungkin sebab cuti tahun baru kot. sampaikan terpaksa tawaf untuk dapatkan meja tu satu hal dan terpaksa menunggu berjam-jam untuk dapatkan makanan siap dimasak pulak satu hal lain... MasyaAllah... mencabar keimanan dan kesabaran sungguh. bila dapat pulak ikan siakap 3 rasa hilang entah ke mana (sakitnya hati..) masa tu jam dah menunjukkan 11.05pm dan disuruh tunggu lagi 15 minit!!! mungkin tidak!!! kitorg dah tunggu dari jam 9.10pm ok!! last2 cik Apple tak makan pun dan pulang selepas buat bayaran.


Detik jam 12.00 tengah malam 1/1/2012 cik Apple masih berada di atas jalan raya... sempat wish besday kat kawan di sebelah dan menyaksikan bunga api yang bewarna-warni cantik di langit. Bila cik Apple sampai di rumah encik bos terus bukakan pintu... ahaha... almaklumlah masa tu dah pukul 1.15am, cik Apple mana pernah balik selewat itu dikampung... nasib baik encik bos tak tanya apa2 kan. Itulah kisah disebalik hari terakhir tahun 2011 dan pembukaan tahun 2012 cik Apple.


Nota : mengharap sinar 2012

Tuesday, December 27, 2011

Tahlil arwah + majlis pertunangan

Salam...


Untuk entri kali ni cik Apple nak berkongsi sikit sepanjang majlis pertunangan abang cik Apple dengan wanita pilihan hatinya. Majlis pertunangan yang telah berlangsung pada 25 Disember yang lalu di Teluk Intan, Perak mengikat janji untuk disatukan InsyaAllah pada penghujung bulan 5 nanti di sebelah pihak perempuan dan di sebelah cik Apple pada awal bulan 6. Perbincangan ahli keluarga telah diputuskan dan semua sepakat dengan perbincangan yang dibuat.


Semoga majlis berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun kelihatan agak pening jugak kepala abang cik Apple memikirkan... tetapi InsyaAllah Allah akan permudahkan segala kekusutan selagi kita tidak melanggar perintahNya. Sedikit gambar yang dapat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung.




ketibaan rombongan bertemakan warna biru





sesi bergambar setelah selesai majlis




inilah antara adik beradik cik Apple


encik Bos (berbaju hijau) + abang2 ipar + anak saudara



3 dara pingitan + 1 mak dara

dan pasangan yang diraikan.. abang cik Apple & tunangnya azua



Pada malam 24 Disember (sabtu), keluarga cik Apple mengadakan majlis tahlil arwah bonda setelah genap 30 hari pemergiannya... Sesungguhnya perasaan sedih dan sayu menyelubungi sanubari walau hakikatnya cik Apple redha dengan pemergiannya... mana tak sayunya sebab sekarang bila balik ke kampung dah tiada lagi wajah bonda di penglihatan dan tiada lagi tangan bonda yang boleh cik Apple salam dan cium... perasaan memang sangat2 berbeza dan hanya Allah saja yang mengerti.

Nota : semoga semua berjalan lancar!!

Wednesday, December 14, 2011

Ombak Rindu ~ Hafiz & Adira

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku



Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku

Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya untuk cintaku



Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku

Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung



Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku

Agar dia tahu ku terseksa

Tanpa cinta dia di hatiku



Hanya mampu terserah

Moga cahaya tiba nanti

Saturday, December 10, 2011

Minggu sibuk!!

Salam...

Minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk bagi cik Apple. Banyak aktiviti yang berlaku sepanjang minggu sehinggakan cik Apple sendiri tak sempat nak menjengah blog dan mencoret peristiwa di sebalik kejadian-kejadian yang berlangsung...

Alhamdulillah.. setelah bercuti lebih kurang seminggu menguruskan urusan arwah bonda... cik Apple kembali bertugas semula pada 2/12 (jumaat) lepas. Hanya kesedihan yang beraja di hati tak mampu diluahkan tatkala menziarahi kubur arwah bonda sebelum berangkat pulang ke Klang.. Maklumlah.. selama 29 tahun membesar dengan kelibat arwah namun, tiba2 jasadnya diambil kembali dari penglihatan cik Apple dan keluarga... kehilangan pertama dalam hidup cik Apple dan keluarga memang menyakitkan.

Syukur... majlis tahlil yang dibuat bersama keluarga (adik beradik cik Apple) pada 3/12 (sabtu) di Kg Delek, Klang berjalan dengan lancar.. majlis dimulakan dengan solat Isya' berjemaah dan bacaan Yasin + tahlil diketuai oleh abang ipar sulung cik Apple. Antara menu untuk majlis tersebut nasi impit, kuah kacang, masak lodeh, sate, kuih muih.

sewaktu di meja pendaftaran peserta taklimat



mengambil kesempatan berposing bersama kawan sepejabat



sewaktu dalam dewan


Kesibukan sepanjang minggu 5hb-9hb mengurangkan sedikit sebanyak kesedihan dan Alhamdulillah... kawan2 banyak memberi sokongan. Pada 6-7hb cik Apple terlibat sebagai urusetia 'Hari Mesra BRP' dan 8hb pulak ada taklimat SBPA di Kompleks Belia & Kebudayaan dan.... bila dapat pelepasan pulang awal... cik Apple pun mengambil kesempatan tengok wayang cite Ombak Rindu bersama opismate hehehe.... tayangan 3.30pm di JJ Bukit Raja...


tiket wayang ombak rindu.... ahahaha



Nota : really miss my late mom :(