Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan



Salam....


Selamat berpuasa semua.... hari ni hari ke 26 kita berpuasa di bulan Ramadhan bersamaan 26 Ogos 2011 (Jumaat)... dan hari ni merupakan hari terakhir cik Apple bekerja sebelum pulang ke kampung halaman untuk berhari raya pada esok pagi...


Dikesempatan ini cik Apple nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog cik Apple yang tak seberapa meriah ni.... hehehe. Sebagai manusia kita semestinya tak terlepas dari melakukan kesilapan sama ada sedar mahupun tidak sedar jadi di bulan baik hari baik ini... cik Apple mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.... dan tak lupa juga

Cik Apple ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 kepada semua warga Malaysia.... kita Satu Malaysia


Cik Apple kena wish awal ni coz bila dah balik kampung esok pagi dah takde masa nak mengintai blog ni.... almaklumla kat kampung tu line intenet pun tak berapa nak ada dan henset pun tak berapa nak canggih.... hehehe


Nota : Salam Merdeka Raya!!!

Tuesday, August 9, 2011

Alhamdulillah.... syukur


Salam...


Hari ni merupakan hari ke 9 umat islam berpuasa. Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu dibulan mulia ini dengan diberi kesihatan dan ketenangan.. syukur Ya Allah


Apa yang ingin cik Apple kongsikan untuk entri kali ni berkaitan peperiksaan KPSL yang cik Apple duduki beberapa bulan lepas (bulan Mei aritu). Tak sangka keputusan dah keluar jugak akhirnya.... hahaha.... yelah takkan dah peksa takde result plak kan... kan...



Alhamdulillah cik Apple dah lulus exam.... yeaahhh!!!! Syukur Ya Allah atas rahmat yang Engkau berikan. Mungkin inilah hikmah atas cabaran yang Engkau berikan selama ini padaku. Mungkin perjalanan hidup cik Apple tak semudah orang lain dan terpaksa bermula dari bawah untuk sampai ke atas... kenalah redha menerimanya... Terima kasih Allah.



Cik Apple lulus ketiga-tiga kertas dengan jayanya. Walaupun baru pertama kali menduduki peperikasaan KPSL ni Alhamdulillah cik Apple dah berjaya... cik Apple tak pernah terlintas untuk lulus kesemua kertas bak kata orang baru nak tengok-tengok bentuk soalan je dulu tapi rezeki menyebelahi cik Apple.... Alhamdulillah dua berita gembira yang cik Apple terima dan salah satu lagi bila PM mengumumkan bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan.




Nota : Syukur atas rezekiMu

Friday, August 5, 2011

Bulan Puasa

Salam...



Pejam celik.... pejam celik.... dah 5 hari umat islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah... dah tak sabar nak raya pulak ek...



Semoga kita terus bersemangat menjalani amal ibadat dibulan mulia ini hingga ke akhirnya dan jangan jadi macam cik Apple time-time macam ni dah

----->> lembik......

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Salam....

Harini merupakan hari pertama umat islam menunaikan ibadat puasa dibulan mulia, bulan barakah, bulan Ramadhan....
Dikesempatan ini cik Apple ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam dan semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan paling bermakna dan bererti buat kita semua...
Sama-samalah kita mencari rahmat dan keberkatan bulan mulia ini dan dapat mencari malam seribu bulan -> Lailatul qadar

Nota : Salam Ramadhan *_*

Friday, July 29, 2011

Majlis perpisahan : Kak Leha


Salam....


Harini cik Apple menghadiri jamuan makan sempena majlis perpisahan kak leha... buat kat Restoran Serai Seksyen 25.... 2, 3 hari ni program cik Apple asyik makan-makan jer ye... hehehe... dah penat diet turunkan badan, last-last badan naik balik bila asyik makan jer :(

Nanti minggu depan dah mula puasa cik Apple diet balik ok... Ni sedikit gambar dari cik Apple sepanjang majlis berlangsung buat pengunjung blog

cenderahati dari kak leha



inilah kak leha... mula-mula ingat tak nak letak gambar kak leha ni tapi dah tajuk entri pun pasal kak leha... adalah pelik pulak kalau tak letak gambar dia kan... kan...






kawan-kawan opis cik Apple



antara menu yang disajikan - udang goreng mentega, kerabu mangga dan daging goreng.... nyum... nyum...



Nota : Salam perpisahan

Wednesday, July 27, 2011

Lagu : RapuH

detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa

tergores bagai lukisan



seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata

kupersembahkan kepadaMu

yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa

hanyalah padaMu



maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya

diriMu yang bertahta



detik waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu

Tuesday, July 26, 2011

Makan-makan ~ sambut Ramadhan


Salam....

Harini (26/07/2011) opis cik Apple adakan jamuan makan-makan sempena nak sambut puasa minggu depan... ada pulak ye istilah makan nak sambut puasa ni.... apa-apalah janji maksudnya makan jugak. Menunya cukup meriah almaklumlah masing-masing wat makanan sendiri (pot luck). Makan pun tak ingat dunia.... cik Apple la tu... tapi cik Apple sempat makan soto dan laksa jer yang lain-lain menu berat dah tak lalu nak makan.... ada pecal, nasi putih, nasi impit, bubur jagung, pulut kuning, roti jala dan pelbagai kuih muih yang beraneka jenis dan warna yang cukup mengiyurkan.... cik Apple belasah carrot cake, kek lapis, kek gulung, kek blubery dan choc cake.... bak kate pepatah segala jenis kek cik Apple telan.... kuih lain langsung tak pandang tp just tapau bawak balik mana-mana yang rasa mengidam nak makan tp perut dah penuh....



antara hidangan yang disediakan. sebenarnya meja ni panjang yang part kuih muih tak de la pulak (gambar ihsan opismate yati)


Majlis harini jugak sempena jamuan perpisahan 3 orang staf yang akan bertukar unit dan sorang staf kontrak yang nak berenti dan dapat jawatan tetap.... Tahniah buat mereka semua dan selamat maju jaya cik Apple ucapkan di tempat baru....




antara muka-muka rakan sekerja yang sporting dan suka 'posing'




cik Apple sempat berposing dengan hadiah orang lain. sebenarnya nak cover perut yang buncit tu yang tutup dengan hadiah tu... hehehe... gambar insan opismate abg ezam