Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan



Salam....


Selamat berpuasa semua.... hari ni hari ke 26 kita berpuasa di bulan Ramadhan bersamaan 26 Ogos 2011 (Jumaat)... dan hari ni merupakan hari terakhir cik Apple bekerja sebelum pulang ke kampung halaman untuk berhari raya pada esok pagi...


Dikesempatan ini cik Apple nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog cik Apple yang tak seberapa meriah ni.... hehehe. Sebagai manusia kita semestinya tak terlepas dari melakukan kesilapan sama ada sedar mahupun tidak sedar jadi di bulan baik hari baik ini... cik Apple mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.... dan tak lupa juga

Cik Apple ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 kepada semua warga Malaysia.... kita Satu Malaysia


Cik Apple kena wish awal ni coz bila dah balik kampung esok pagi dah takde masa nak mengintai blog ni.... almaklumla kat kampung tu line intenet pun tak berapa nak ada dan henset pun tak berapa nak canggih.... hehehe


Nota : Salam Merdeka Raya!!!

No comments:

Post a Comment