Tuesday, July 26, 2011

Makan-makan ~ sambut Ramadhan


Salam....

Harini (26/07/2011) opis cik Apple adakan jamuan makan-makan sempena nak sambut puasa minggu depan... ada pulak ye istilah makan nak sambut puasa ni.... apa-apalah janji maksudnya makan jugak. Menunya cukup meriah almaklumlah masing-masing wat makanan sendiri (pot luck). Makan pun tak ingat dunia.... cik Apple la tu... tapi cik Apple sempat makan soto dan laksa jer yang lain-lain menu berat dah tak lalu nak makan.... ada pecal, nasi putih, nasi impit, bubur jagung, pulut kuning, roti jala dan pelbagai kuih muih yang beraneka jenis dan warna yang cukup mengiyurkan.... cik Apple belasah carrot cake, kek lapis, kek gulung, kek blubery dan choc cake.... bak kate pepatah segala jenis kek cik Apple telan.... kuih lain langsung tak pandang tp just tapau bawak balik mana-mana yang rasa mengidam nak makan tp perut dah penuh....



antara hidangan yang disediakan. sebenarnya meja ni panjang yang part kuih muih tak de la pulak (gambar ihsan opismate yati)


Majlis harini jugak sempena jamuan perpisahan 3 orang staf yang akan bertukar unit dan sorang staf kontrak yang nak berenti dan dapat jawatan tetap.... Tahniah buat mereka semua dan selamat maju jaya cik Apple ucapkan di tempat baru....




antara muka-muka rakan sekerja yang sporting dan suka 'posing'




cik Apple sempat berposing dengan hadiah orang lain. sebenarnya nak cover perut yang buncit tu yang tutup dengan hadiah tu... hehehe... gambar insan opismate abg ezam

No comments:

Post a Comment