Tuesday, April 22, 2014

Vietnam trip (part 3)

Assalamualaikum wbt...

Byk pulak entri cik Apple ni dah masuk part 3... hehe. Sampai Ho Chi Minh, perkara pertama yg kami buat di airport beli simcard vietnam tp cik Apple tak beli so tak dapat nak cerita detail.. kalau xsilap harga satu simcard rm10.. lepastu carik teksi pegi hotel.. kami naik teksi macam mpv tu muat untuk kami berlapan bayar tambang sebanyak VND550,000. Agak mahal tapi no choice sebab teksi lain caj lagi mahal dari airport ke hotel kami - Saigon Mini 5 @ Bizu Hotel.

 sempat snap on the way nak ke hotel

bangunan hotel yang warna putih tinggi tu hotel kami menginap

Selepas berehat sekejap dan solat kami keluar carik makan ke Pasar Ben Thanh dgn hanya berjalan kaki.. agak jauh jugak dalam 30 minit plus berenti rehat sambil menyaksikan suasana persekitaran hehe.... rupa2nya waktu petang segelintir pemuda vietnam ni akan bersukan dan main sepak takraw. Di Malaysia macam takde jer kan....


 sempat posing sebelum melintas jalan


ribuan motorsikal pulang bekerja

Penat cuci mata ala kadar.. kami yg kelaparan mencari tempat makan dan tempat yg dituju ialah kedai makan Hajah Basiroh (kedai yg sangat glamour di vietnam ni dan yg pasti harga sedikit mahal) oder makanan panas nasi goreng je dan jumlahnya 80,000VND... mahal pon mahal la janji halal. Masa ni baru sampai so kami no choice nak cari tempat makan lain lagipun dah lapar sangat... last makan nasi lemak dalam flight je tau..



Lepas makan sambung jalan2 sambil tgk pasar malam disekitar pasar Ben Thanh dan balik ke hotel utk Zzzzzz........ keletihan dgn perjalanan jauh seharian gitu...

 antara hotel lain sekitar pasar Ben Thanh

sempat cuci mata sebelum balik hotel

Hari kedua, awal2 pagi bersedia untuk ke Sg Mekong... kami punye tourist guide akan jemput di hotel jam 8.30am. (Pakej Sg Mekong ni 25USD untuk setiap org.. mintak tawar tp dah tak dapat kurang) Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. Naik mercedes benz gitu... rupa2nya ada lagi 4 orang pelancong join sekali kami untuk trip Sg Mekong ni. Hmmmmmm.........




jeti utama di Sg Mekong


Dari jeti kami naik feri dan berpusing2 di Sg Mekong.. lepastu kami di bawak minum teh madu dan naik feri balik untuk ke destinasi seterusnya kilang gula2 kelapa (hehe... bukan kilang tapi tmpt biasa je)


luasnya Sungai Mekong... ni sebahagian je
teh madu asli vietnam




Dari kilang gula2, kami berjalan disebalik gerai2 jualan yg menjual pelbagai jenis barangan antaranya pakaian, beg dan cenderahati sebelum dihidangkan dengan persembahan nyanyian gadis2 vietnam sambil menikmati buah2an tempatan. (Haa.... jgn lupe bg tips kat penyanyi vietnam ni ok!!)


antara gerai jualan di Sg Mekong



Seterusnya kami diberi peluang sendiri merasai pengalaman menaiki sampan menyelusuri sebahagian Sg Mekong sehinggalah sampai ke jeti tempat feri kami berhenti (kat sini pon kena bg tips kat makcik yg bawak sampan ni)
 


Dalam feri sebelum balik ke jeti utama kami dihidangkan dengan air kelapa bg menghilangkan dahaga. Fuhh!! Lega tekak... sempat posing gak hehe..


Sampai di jeti utama yg mula2 kami naik tadi... sempat beli barang2 sikit yg dijual kat jeti tu sebelum meneruskan perjalanan pulang. On the way tu... kami singgah makan dan solat di kedai tourist guide yg bawak kami.
ni tourist guide kami.. encik Karim namanya anak Pakcik Yusof Pa-hang

Menu memang sedap ada ala-ala masakan Malaysia gak. Kedai tu macam bangunan baru... sebelah tempat makan kami dan sebelah ada jual barang2... beg dan kain pasang.


Seterusnya ingatkan balik hotel... rupenya kami dibawak ke tempat menjual kain macam gudang kain dah cik Apple tgk... rambang mata..hehe.. lepas tu baru balik hotel bila mentari mula menghilang.


Tak abis dengan tu.. malam tu gigih lagi kami keluar ke pasar Ben Thanh + pasar malam sambung shopping lagi...huhu. Dekat pukul 12am baru ingat nak balik hotel. Tapi kami dah bijak..amik teksi je dalam 12,000-20,000VND terus sampai hotel.


Balik hotel....kira-kira barang... kira-kira duit... dan terus Zzzzzz..... keletihan melampau tapi disebabkan aktiviti hari ketiga adalah aktiviti bebas... so, boleh rehat lama sikit.


Masih banyak cerita yang cik Apple nak kongsikan pada entri akan datang.

Friday, April 11, 2014

Kursus Peningkatan Kualiti Kerja

Assalamualaikum wbt...

Kembali bersiaran dari Ipoh, Perak... huhu. Jauh betol cari idea nak buat entri kan. Eceh!!!.. tipu ok! Cik Apple sebenarnya berkursus di Ipoh ni 3 hari 2 malam menggantikan bos yg tak dapat hadir atas sebab-sebab yg tak dapat di elakkan. Dalam kemalasan dan berat hati cik Apple pegi jugak memandangkan thn ni nama cik Apple langsung 'tak naik' untuk mengikuti sebarang kursus. Almaklumlah.... kakitangan kerajaan ni kena berkursus sekurang2nya 7 hari setahun sebagai KPI hujung tahun.


Hotel Ritz Garden, Ipoh


Kursus peningkatan kualiti kerja 9 - 11 April 2014 di harap dapat meningkatkan kualiti kerja cik Apple Insha Allah... Tingkat ke??? Huhu.... ntah2 menurun.... hishh... mintak di jauhkan. Masih panjang lagi perjalanan hidup yang cik Apple impikan

Sempat ber'posing' hari pertama sementara menanti waktu dinner. Bergambar selepas hujan nak keluar pun lemau...



Menu makanan hotel ni not bad. Memang sedap.... memang marvelous.... walaupun ada sesetgh peserta tak puashati dengan bilik yang diterima tapi mulut peserta dapat di tutup dengan hidangan makanan yang sedap dan lazat setiap waktu hidangan. Cik Apple masih mampu bertahan...





Nasi vangge @ nasi ganja... erkk??!!.. abis plan diet cik Apple selama ni. Rasanye camne?? Hurmm... bg cik Apple kureng sikit di sebabkan cik Apple ni tak berapa minat masakan mamak + kari ni. Dalam tak minat tu abis jugaklah sepinggan nasi tu. Makan dalam hujan gerimis, sejuk n perut sedikit lapar. Abis je taklimat 4.30 petang tu terus kuar jln kaki je ke kedai makan nasi vangge tu...

Antara penceramah iaitu Dato' Pengarah sendiri dgn 2 slot. Penceramah yg lain tak sempat nak snap akibat khusyuk sgt... ahaha... khusyuk tido baru betol hehe..


Selamat tinggal Ipoh, Perak.. panjang umur jumpa lagi


Saturday, April 5, 2014

Vietnam, Ho Chi Minh Mac (Part 2)

Assalamualaikum wbt....

Kembali lagi untuk berkongsi moment semasa bercuti di vietnam 12-15 Mac yang lalu...

Makan nasi lemak daun pisang dlm flight... ni songlap makanan dari luar nama nye... huhu.. nasib baik tak disuruh buang si abg pramugara tu... tgk sedap tak kami makan??






Posing tak di lupa walau di mana kami berada... dalam flight pun jadila kan.



Kami celebrate birthday dalam flight... nasib baik jugak kek yang kami beli lepas masa tapisan kastam hehe... pramugara siap announce dan nyanyi ramai2 dalam flight. Best gitu... very sporting staf airasia ni. Thumb up !!! Birthday girl (tudung biru tgh) sampaikan terketar dan tak terkata apa-apa... untung kan dapat kawan mcm kitorg ni hehe... (angkat bakul plak) ada masa gila-gila sikit tapi itulah pengalaman yang paling manis sebenarnya...


Turun flight posing lagi kat airport vietnam. Pastu masing-masing sibuk nak pegi toilet buang air... persediaan mental - toilet di vietnam takde air.. apa lagi bawakla botol air mineral kosong untuk isi air dan bawak masok dalam toilet. Untuk ape???hehe... paham-paham sudah ok..



Friday, April 4, 2014

Vietnam trip (part 1)

Assalamualaikum wbt...

Dah nak hampir sebulan berlalu tp cik Apple masih lagi tak sempat nak mengupdate cerita percutian cik Apple dan kawan-kawan ke Ho Chi Minh bulan lepas.. untuk kali ni cik Apple kongsi sikit jelah dulu. Sebenarnya kitorang dah plan percutian ni hampir setahun yang lalu. Beli masa tiket murah dan buat collection tiap-tiap bulan untuk perbelanjaan di sana termasuk tambang teksi, makanan, bayar tiket untuk ke sg mekong dan kegunaan lain-lain. Al maklumlah kitorang ni golongan marhaen yang punya keinginan jugak untuk bercuti+melancong kat negara orang kan... hehehe.... jadi kenalah ukur kemampuan di badan sendiri.. setahun pun setahunlah janji dapat bercuti gak kan..

Total tiket flight+hotel cume $342.00 untuk 3 hari 2 malam.... murah tak?? Murah kan... total collection bulanan pulak dapatla $450.00 untuk seorang. Kira oklah bawak duit sendiri untuk kegunaan belanje dan shoping sendiri je.... yang lain-lain tu tak payah nak pikir dah.

Oklah layan dulu gambar-gambar ni. Next entri cik Apple post lagi gambar kalau berkesempatan inshaAllah...


Preparation sebelum pergi. Bawak barang tak banyak pon. Backpack tu dalam 5kg je isi baju dan brg keperluan. Beg besar tu just letak makanan dan set toilet je. Bawak pon sebab tak nak beli beg kat vietnam untuk isi barang-barang shoping. Ahaks!!




Sempat bergambar dgn artis masa kat lcct sebelum pegi... Posing sekejap dgn Izzue Islam. Masa nak check in luggage pon sempat posing... hahaha... kawan-kawan sibuk check in beg tapi cik Apple sempat berposing sambil menunggu mereka yang lain.




View dari atas flight... daratan dan lautan serta view negara vietnam... here we come!!!



Oklah... akan bersambung next entri.

Tuesday, March 25, 2014

Mac yang penuh dugaan!!!

Assalamualaikum wbt....

Terpanggil cik Apple untuk berkongsi cerita terbaru negara...... ecehh!! macam orang besar-besar je hehe.... tak delah... sebenarnya dalam bulan ni terlalu banyak perkara yang berlaku dalam negara kita. Tanpa sedar sebenarnya kita semakin hampir ke penghujung zaman... Masya Allah...

Cerita 1 :
Misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac memang cukup menggemparkan negara kita. bukan setakat negara malah seluruh dunia turut terkejut dengan misteri kehilangan MH370... Pesawat Boeing 777 yang sepatutnya mendarat di Beijing, China telah terputus hubungan dan tidak dapat dikesan semasa berada di antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Apapun setakat ni cik Apple tak nak mengulas lanjut kerana hanya Allah sebaik-baik perancang berhubung apa yang telah berlaku. Terlalu banyak spekulasi, andaian dan ramalan yang cik Apple baca di laman-laman sosial dan ada beberapa kesimpulan yang cik Apple boleh anggarkan tetapi siapalah kita untuk meramal sesuatu yang belum pasti. Biarlah mereka yang pakar membuat keputusan dan demi menjaga hati dan perasaan keluarga penumpang juga. Sehingga kini (hari ke 18) pesawat masih belum ditemui. Namun jauh disudut hati, cik Apple masih berharap semua penumpang dan krew MH370 terselamat dari segala musibah dan bencana walaupun akal yang waras menyatakan sebaliknya. Al-fatihah....

Cerita 2 :
Musim panas yang berpanjangan di negara kita dalam bulan Mac ni turut mengakibatkan paras air di empangan semakin berkurangan dengan cepat. Sampaikan di sesetengah negeri terpaksa membuat catuan air termasuklah negeri kelahiran cik Apple ni... Selangor. Hasilnya di tempat kerja cik Apple (Shah Alam) terlibat dengan jadual catuan 2 hari ada air dan 2 hari takde air... Alhamdulillah... sekurang-kurangnya masih ada air untuk meneruskan rutin harian dan rumah cik Apple setakat ni langsung tak terlibat dengan catuan air begitu juga dengan kampung halaman cik Apple. hehehe...... sila jeles ok!!

Cerita 3:
Percutian ke Vietnam antara cik Apple dengan opismate juga sedikit sebanyak turut mewas-waskan.. Hinggakan ke saat-saat akhir hampir-hampir saja ingin menarik diri dari meneruskan percutian yang telah setahun dirancang. tetapi Alhamdulillah....segalanya berjalan lancar. Al maklumlah... kehilangan pesawat pada 8 Mac dan penerbangan kami ke Vietnam pulak adalah pada 12 Mac... masih panas dan hangat isu kehilangan pesawat boeing 777 ni. Cerita selanjutnya tentang percutian ke Vietnam ni akan di buat pada entri lain kelak. Hehe....

Cerita 4:
Pilihanraya kecil Dun Kajang yang berlangsung hujung minggu lepas (23 Mac) menyaksikan kemenangan berpihak pada parti PKR Dr. Wan Azizah... Tahniah pada beliau dan semoga dapat memimpin dan membangunkan kawasan Kajang InshaAllah... berhubung politik ni cik Apple tak berani nak komen lebih-lebih. Hehehe.... cukuplah setakat ni je

Nota : semoga Malaysia masih aman dan selamat

Saturday, March 1, 2014

Back to the normal!!!

Assalamualaikum wbt....

Agak lama cik Apple tak meng'apdet' belog kerana kesibukan tugasan harian... dari sehari ke sehari tak sempat nak menjenguk belog ni..hihi macam banyak sgt la keje nye kan....

Oklah nak cite ni... dah hampir sebulan rumah kakak cik Apple renovation and now.......we are back to the normal life!!!!!!!!! Yeehhhaaaa!!!!!! Hepi bangat rasanya... dah tak payah bangun awal berebut bilik air n dah tak payah mkn menu beli lagi. Baru terasa nikmatnya kehidupan n kebebasan sebegini. Alhamdulillah syukur ya Allah.....

 Ni gmbr yg di ambik semasa dalam proses pengubahsuaian umah. Gambar atas untuk bilik air dan tandas serta bingkai pintu bilik dan gambar bawah untuk pagar belakang umah.


Ni pulak gambar bila dah siap.... gambar atas untuk bilik air n toilet dan gambar bawah untuk pagar belakang umah.. dah boleh buat lari-lari dah ni... tapi dah xdelah tmpt untuk cik Apple bercucuk tanam...