Kembali bersiaran dari Ipoh, Perak... huhu. Jauh betol cari idea nak buat entri kan. Eceh!!!.. tipu ok! Cik Apple sebenarnya berkursus di Ipoh ni 3 hari 2 malam menggantikan bos yg tak dapat hadir atas sebab-sebab yg tak dapat di elakkan. Dalam kemalasan dan berat hati cik Apple pegi jugak memandangkan thn ni nama cik Apple langsung 'tak naik' untuk mengikuti sebarang kursus. Almaklumlah.... kakitangan kerajaan ni kena berkursus sekurang2nya 7 hari setahun sebagai KPI hujung tahun.
Hotel Ritz Garden, Ipoh
Kursus peningkatan kualiti kerja 9 - 11 April 2014 di harap dapat meningkatkan kualiti kerja cik Apple Insha Allah... Tingkat ke??? Huhu.... ntah2 menurun.... hishh... mintak di jauhkan. Masih panjang lagi perjalanan hidup yang cik Apple impikan
Sempat ber'posing' hari pertama sementara menanti waktu dinner. Bergambar selepas hujan nak keluar pun lemau...
Menu makanan hotel ni not bad. Memang sedap.... memang marvelous.... walaupun ada sesetgh peserta tak puashati dengan bilik yang diterima tapi mulut peserta dapat di tutup dengan hidangan makanan yang sedap dan lazat setiap waktu hidangan. Cik Apple masih mampu bertahan...
Antara penceramah iaitu Dato' Pengarah sendiri dgn 2 slot. Penceramah yg lain tak sempat nak snap akibat khusyuk sgt... ahaha... khusyuk tido baru betol hehe..
Selamat tinggal Ipoh, Perak.. panjang umur jumpa lagi
No comments:
Post a Comment