Tuesday, January 21, 2014

Moga Allah melindungi kalian ~

Assalamualaikum wbt....

Tiba-tiba terajin plak cik Apple buat entri sejak dua menjak ni hehehe..... azam thn baru ke?? Hurmm..... sekadar nak berkongsi cerita dan luahan hati.

Hari ni (oppss!! bkn hari ni tp petang tadi je....) cik Apple agak busy skit hahaha.... selama ni pon busy gak tapi ada perkara yg cik Apple nak kongsikan tapi sebelum tu korang kene baca la dulu celoteh cik Apple ni... sibukkan dengan nak mohon peruntukan ganjaran kontrak 'org kaya' (bak kata kak fiza opismate hehe...) dok la menelefon sekolah2 mintak submit cepat, dok call kwsp plak tanya pengesahan borang n pastu menyiasat keje urgent orang lain yg kebetulan EL plak arini, org insurans mintak semak semula..... tgh sibuk2 tu bos plak dtg ada kes urgent jugak mintak tlg cek fail segera n kebetulan tugasan tu dibawah jagaan cik Apple dulu....

Kes seorg guru yang bercuti tanpa gaji mengikut pasangan yang ditahan diluar negara kerana merotan anak yang tak nak solat!!!! Allahuakbar... sedih bila dgr kes ni tapi kita tak boleh nak mempertikaikan prosedur negara luar... hanya berdoa semoga Allah melindungi dan merahmati pasangan tersebut dan semoga pasangan tersebut dapat disatukan kembali dalam ikatan kekeluargaan yang sempurna. Insha Allah.... Moga Allah melindungi kalian sekeluarga~

Cik Apple kalau ada anak (cehh!!!berangan je kawin pon tak lagi huhu....) memang harap sgt agar anak-anak cik Apple mendapat pendidikan agama yang sempurna kerana anak2 itulah yang akan mendoakan kita kelak. Tak de orang yang lahir2 je terus pandai dan kuat pegangan agama jika tidak di didik dan di ajar dari kecik oleh ibubapa mereka.


Wallahuaklam...

1 comment:

  1. :) agak2x bilalh nk merasa ns myk org tu kn? kih3x.., :)

    ReplyDelete