Saturday, January 11, 2014

Mahasabah diri 2014

Assalamualaikum wbt...

Tahu tak surah ape kat bawah ni??? Korang hafal tak... hehehe mestilah hafal surah lazim cuma 8 ayat je kot.... masa sekolah rendah agama lagi dah kene hafal kan tapi............ setakat hafal jelah tanpa mendalami makna dan kelebihan disebaliknya. Itu cik Apple la.... harap2 korang tak sama cam cik Apple ni ok!!


Surah al-Insyirah


Untuk thn 2014 ni cik Apple nak buat sesi tazkirah dlm belog cik Apple ni mudah2an dapat sama2 berkongsi ilmu. Melalui surah ini kita dapat muhasabah diri. Bukan 'kita' tapi cik Apple inshaAllah....

Melalui ayat 5 & 6 surah al insyirah atau sesetengah panggil surah alam nasroh... korang ingat tak ape ayat 5 & 6 tu..... kat bawah ni cik Apple letak ayat 5 & 6 tersebut







Maksud surah ayat 5 & 6 ni yang memberi kesedaran pada cik Apple bahawa janji Allah itu pasti kerana Dia takkan pernah sesekali mungkir janji. Kita sebagai hambaNya kena belajar bersabar dengan setiap dugaan dalam kehidupan.... lain orang semestinya lain dugaan yang di uji.... tapi kita hidup di zaman ni tak sama dengan mereka yang hidup di zaman Nabi swt.... cabaran onak duri lagi kuat tak tau la cik Apple kalau hidup zaman tu kuat iman ke tak. Sedangkan dugaan kecik yg sekarang ni pon hampir2 putus harapan. Bezanya kita di zaman sekarang berhadapan dengan dugaan dunia tanpa sempadan, musuh dalam selimut yang cuba memesongkan akidah islam kita... eh eh!! ke situ plak panjang lebar cite.... huhu. Ok kat bawah ni cik Apple bagi makna ayat 5 & 6 surah al insyirah.....



Di ulang dua kali "sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".... janji Allah dalam surah ni akan kemudahan yang akan diberi selepas kesulitan yang di alami. Jangan pernah sesekali kita meragui janji Allah.... mungkin kemudahan itu bukan di dunia tapi di akhirat kelak inshaAllah..... kenapa di ulang dua kali?? Menunjukkan Allah bersungguh2 memang akan memberi kemudahan itu dan tidak sekali akan dimungkiri dan kita hambaNya haruslah bersabar dan tak perlu meragui.

Oklah mood pon dah hilang.... idea pon dah takde.huhu... sekadar perkongsian... sesungguhnya yang baik itu dari Allah


ct with love

No comments:

Post a Comment