Thursday, August 16, 2012

Salam Ramadhan 1433H & Salam Aidilfitri

Assalamualaikum....

(gambar google)

Hurmm... agak lama jugak cik Apple tak buat entri disebabkan kesibukan dan kesesakan waktu sejak dua menjak ni. keje di opis... di rumah... di kampung... semuanya memerlukan komitmen yang tinggi dan kekadang terasa macam nak bercuti panjang lagi.

Alhamdulillah... setelah hampir sebulan dan kira-kira 27 hari umat islam berpuasa di bulan mulia ini... Syawal menjelma kembali.. cik Apple tak berkesempatan langsung buat entri bulan ramadhan. So...... combinekan sekali la dgn entri pra-raya ni...hehehe boleh???!

Hampir tiap minggu di bulan puasa ni cik Apple balik ke kampung halaman menjenguk en.bos yg keseorangan sejak arwah tiada.... yelah kan...bulan2 puasa ni senang je nak teringat dan terkenang pada insan yang telah tiada. Dan kini cik Apple telah merasainya dan mengalaminya sendiri....ntah mcm mana suasana pagi raya kami adik beradik nanti agaknya. Memang agak sedih tp apepun hidup perlu diteruskan.... Inshaallah.

Dikesempatan ini, cik Apple nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua umat islam yang meraikannya. Tiada manusia yang sempurna tanpa melakukan sebarang kesalahan mohon ampun dengan rendah hati dan berhati-hati memandu semasa pulang ke kampung halaman. Doakan cik Apple selamat pulang ke kampung esok dan akan bercuti selama seminggu... seminggu ok!! 

Salam lebaran minalaidil wal faizin ~

Thursday, July 19, 2012

majlis kawin opismate 01-07-2012

Assalamualaikum...

Aritu cik Apple janji nak upload gambar kawin kawan. tapi...... yang dapat amik hanya kawan opis je... coz kawan yg sorang lagi buat majlis kat dewan dan tak sempat nak tunggu pengantin datang nak kena rushing pegi kenduri yang kat pj pulak (ntahla... cik Apple pun tak paham apa yg cik Apple tulis nie ahaha...) ini sajelah koleksi gambar yang sempat diambil waktu majlis berlangsung...

 antara hantaran yg diterima dari pihak pengantin lelaki



sempat posing bersama pengantin sebelum bersanding

 posing bersama bos dan anaknya

ekslusif dgn pengantin di pelamin - muka excited ker??

Semoga bahagia buat Jamilah dan pasangannya dan berharap kekal hingga ke akhir hayat..... Inshaallah. Amin.

Alhamdulillah.... setelah diselongkar dapat jugak cik Apple gambar kawin ex-opismate dlm fb dia utk disemadikan dlm belog ni.... ahaha.... amik tanpa kebenaran ker?? majlis kwn ni dilangsungkan 2 serentak dgn adik dia. warna tema purple dan adik - hijau.
 senyuman bahagia wahhahaha....
berjumpa dan bercinta - pasangan satu opis
semasa majlis akad nikah

semoga Amilah dan pasangan Fadil bahagia hingga ke akhir hayat.... Inshaallah... Amin

Friday, July 13, 2012

cuti-cuti edisi Sabah

Assalamualaikum.....

Hurmm.... dekat 2 minggu cik Apple tidak bersiaran dan lagi seminggu umat islam akan menyambut bulan penuh keberkatan bulan Ramadhan.... inshaAllah mudah2an diberi kesempatan berpuasa pada thn ni.

Kat bawah ni gambar2 sekitar Sabah yg cik Apple pergi tempoh hari ~

menaiki penerbangan Airasia


tips of borneo - tanjung simpang mengayau


sekitar rumah terbalik

bermain-main dengan ikan yg jinak

di ladang teh sabah

canopy walk

air panas @ poring hot spring

kaki gunung kinabalu - sayang cuaca berkabus


snorkeling @ pulau manukan, sabah


pulang selepas snorkeling

 bergambar di lagoon park - karambunai


 muka ceria nak balik semenanjung

Nota : seronok

Saturday, June 30, 2012

Penghujung Jun 2012

Assalamualaikum....

Diam tak diam dah pun sampai penghujung bln iaitu 30hb Jun 2012 bersamaan 10 Syaaban. Maknanya lbh kurang 20 hari lagi sebelum umat islam menyambut bulan Ramadhan.... Alhamdulillah masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas sehingga ke hari ni... Cik Apple pun dah sah masuk '3 series' hurm.... 30thn la tu.

 inilah kek besday cik Apple baru dapat nak letak gambar. sedap kan...

Tiada tempahan bunga telur setakat ni jadi bolehlah nak berehat dan bermalas-malas merangkap meng'update' belog yg kesepian ni. Esok 1 Julai cik Apple ada 2 jemputan majlis kawen kawan yg akan dihadiri.... satu di Klang dan satu di P.Jaya. InsyaAllah esok cik Apple sampai ye kawan2 sekalian. Nanti cik Apple amik gambar byk2 dan letak kat belog ok!!

Minggu depan (selasa) cik Apple akan berangkat ke Sabah... bercuti dan merehatkan minda sebelum menyambut kedatangan bulan puasa. Bercerita pasal bulan puasa kali ni cik Apple rasa 'touching' sikit... sedih sangat bila thn ni cik Apple dan ahli keluarga yg lain buat pertama kalinya menyambut puasa dan hari raya tanpa bonda tersayang.. tak taulah macam mana perasaan bila tiba masa dan ketika itu nanti. Kami masing2 cuba tabahkan hati dan berdoa arwah bonda ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Baju raya???hurm... thn ni cik Apple tak rasa semangat nak raya so, setakat ni tak de niat nak beli baju dan tak tempah apa2 pun baju raya... entahla... dah hilang sedikit keseronokan berhari raya kot.. apa yg penting sekarang cik Apple berharap Allah beri kesempatan waktu untuk sampai dan menyambut bulan Ramadhan thn ni dan diberi ketabahan untuk cik Apple meneruskan perjalanan sisa-sisa kehidupan yg penuh berliku dan beronak duri. Mudah2an ada hikmat disebaliknya. InsyaAllah....

Nota : mudah-mudahan Allah pinjamkan sedikit kekuatan buatku

Thursday, June 21, 2012

Marhaban ya Sya'aban

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.... arini dah masuk 1 Sya'aban... maksudnya lagi sebulan nak masuk bulan Ramadhan. Mudah-mudahan kita semua dapat sampai ke bulan Ramadhan dan dapat melaksanakan ibadahnya dengan sempurna. Anggaplah ini Ramadhan terakhir kita dan belum tentu tahun depan kita akan bertemu Ramadhan kembali. INSAF...

Baru ni cik Apple terlibat sebagai urusetia APC 2011.... sebab tu agak sibuk dicampur pulak dengan tempahan bunga telor yg masih belum siap hurmm.... tak tido lah gamak nyer.

Inilah hasilnya bunga telur yg dah siap. cantik tak??? huhu...perasan betul la kan. whatever la ~
Tempahan dari cik Jamilah a.k.a opismate kini sudah memegang title 'puan' sebanyak 200pcs. Thanks ye
warna krim dan gold


Nota : boleh terima tempahan macam ni hehe....

Monday, June 18, 2012

Salam Israk Mikraj

Assalamualaikum....

Bertemu kembali setelah lama tidak bersiaran. Hurm... sepatutnya semalam entri ni di tulis tp disebabkan kekangan masa (erk??...huhu.. tipu) baru hari ni dapat post entri... cik Apple cuma nak ucapkan salam Israk Mikraj kepada semua umat Islam bersamaan semalam 27 Rejab 1433H (ahad). Alhamdulillah... semalam cik Apple selamat menghabiskan puasa sunat.

Lagi seminggu cik Apple akan memasuki angka 30 (oh no!! me enter 3 series ok!) pejam celik pejam celik nak dekat 30thn dah cik Apple hidup dimuka bumi ni kan... Alhamdulillah masih diberi kesihatan yg baik. Syukur... macam tak percaya pun ada jugak... (rasa dah tua la pulak)
Oklah sebelum memasuki angka 30 cik Apple nak post gambar skit hehehe...... syok sendiri ok. xdela... ni kiranya gambar sebelum mencecah umur 30 thn la... ahaks... posing depan pintu 'ape classsss'.
Hurm.... ni plak gambar kek harijadi idaman... thanks to en. google. teringin nak makan kek pelangi ni macam sedap aje kan... bila dpt mkn kek colourful and beautiful macam ni mesti best dan sedap sesangat rasanya.... terus tak lena tido... uhuks (tipu lagi...)
cuba tengok sedap kan... kek pelangi ni


Nota : pra birthday ~ my wish

Monday, June 11, 2012

majlis nikah dan sanding

As salam....

Selamat datang bulan Rejab.... dlm tak sedar dah pon masuk 21 Rejab kan. pejam celik pejam celik lagi 2 bulan nak masuk bulan Ramadhan.... uikss!! terus ingat Ramadhan ek huhu... dan pastu Syawal... hurmm.... mesti rasa lain raya tahun ni kan... (mood sedih jap..)
Oklah cik Apple bukan nak cerita bulan Ramadhan ke Syawal ker tapi... nak kongsi sikit gambar2 sepanjang majlis pernikahan dan persandingan abang cik Apple bln lepas dan hujung minggu baru ni...

Gambar sepanjang majlis pernikahan 19/05/2012



 cik Apple terselit dibelakang tu... hehe

 promote mr.bean car hehe....

pembawa2 hantaran tak terlatih

berlenggang dan sempat posing gitu hehe...

hantaran kedua2 belah pihak

majlis persandingan 20/05/2012 (teluk intan)

majlis persandingan 03/06/2012 (sg besar)

sedondon - lepak with encik bos

 suasana sekitar majlis



urusetia majlis - tahniah