Saturday, June 30, 2012

Penghujung Jun 2012

Assalamualaikum....

Diam tak diam dah pun sampai penghujung bln iaitu 30hb Jun 2012 bersamaan 10 Syaaban. Maknanya lbh kurang 20 hari lagi sebelum umat islam menyambut bulan Ramadhan.... Alhamdulillah masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas sehingga ke hari ni... Cik Apple pun dah sah masuk '3 series' hurm.... 30thn la tu.

 inilah kek besday cik Apple baru dapat nak letak gambar. sedap kan...

Tiada tempahan bunga telur setakat ni jadi bolehlah nak berehat dan bermalas-malas merangkap meng'update' belog yg kesepian ni. Esok 1 Julai cik Apple ada 2 jemputan majlis kawen kawan yg akan dihadiri.... satu di Klang dan satu di P.Jaya. InsyaAllah esok cik Apple sampai ye kawan2 sekalian. Nanti cik Apple amik gambar byk2 dan letak kat belog ok!!

Minggu depan (selasa) cik Apple akan berangkat ke Sabah... bercuti dan merehatkan minda sebelum menyambut kedatangan bulan puasa. Bercerita pasal bulan puasa kali ni cik Apple rasa 'touching' sikit... sedih sangat bila thn ni cik Apple dan ahli keluarga yg lain buat pertama kalinya menyambut puasa dan hari raya tanpa bonda tersayang.. tak taulah macam mana perasaan bila tiba masa dan ketika itu nanti. Kami masing2 cuba tabahkan hati dan berdoa arwah bonda ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Baju raya???hurm... thn ni cik Apple tak rasa semangat nak raya so, setakat ni tak de niat nak beli baju dan tak tempah apa2 pun baju raya... entahla... dah hilang sedikit keseronokan berhari raya kot.. apa yg penting sekarang cik Apple berharap Allah beri kesempatan waktu untuk sampai dan menyambut bulan Ramadhan thn ni dan diberi ketabahan untuk cik Apple meneruskan perjalanan sisa-sisa kehidupan yg penuh berliku dan beronak duri. Mudah2an ada hikmat disebaliknya. InsyaAllah....

Nota : mudah-mudahan Allah pinjamkan sedikit kekuatan buatku

No comments:

Post a Comment