- berfikiran jauh & berwawasan (sikit-sikit ada jugak...)
- mudah ditawan kerana sikap baik
- berperangai yg lemah lembut (sopan santun gitu la...)
- mudah berubah sikap, perangai, idea & mood (kadang-kadang ada jugak)
- idea yg terlalu banyak dikepala
- bersikap sensitif (bertempatla...)
- otaknya aktif /sentiasa berfikir
- sukar melakukan sesuatu dengan segera
- bersikap suka menangguh-nangguh (sesekali jer...)
- besikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik (of course la... semua nak yg terbaikkan)
- cepat marah & cepat sejuk (betul!!)
- suka bercakap & berdebat
- suka buat lawak & bergurau
- otaknya cerdas, berangan-angan
- mudah berkawan & pandai berkawan (T_T)
- org yg sangat tertib (cik Apple sbg perempuan melayu terakhir... ahaks)
- pandai mempamerkan sikap
- mudah kecil hati
- mudah kena selsema (tak jugak.... selalu amik vit C)
- suka berkemas (islam mementingkan kebersihan)
- cepat rasa bosan (kadang-kadang)
- sikap terlalu memilih & cerewet (dalam hidup perlu memilih... susah gak cik Apple ni)
- kurang mempamerkan perasaan (belajar melalui pengalaman lama)
- lambat nak sembuh apabila terluka hati (exactly 100%)
- suka kepada barang yg berjenama (tak jugak...)
- mudah menjadi eksekutif
- kedegilan yg tidak terkawal (bukan degil la tp manja)
- sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi
- siapa menegur saya adalah kawan saya.
Thursday, March 31, 2011
~PERIBADI BULAN JUN~
Salam... Ciri-ciri peribadi mereka yang lahir dalam bulan "JUN".... cik Apple la tu hehehe.... but not exactly 100% right:
Wednesday, March 30, 2011
Nervous!!!
Salam...
Situasi cik Apple kali ni -->
v
v
v
~NERVOUS~
v
v
v
waiting... waiting... waiting...
hurmm... senyum itu sedekah kan kawan-kawan T_T
Monday, March 28, 2011
Situasi yang diluar jangkaan
Salam...
Alhamdulillah.... akhirnya berlalu sudah hari ni (isnin --> monday blues)
Sepatutnya cik Apple tak serunsing harini tp keadaan jadi sebaliknya bila menerima perkabaran mengejut pagi td. Bila disuruh berjumpa dengan 'seseorang' yang mungkin boleh jd org penting dlm hidup ini dan mungkin juga tak begitu penting. Bergantung pada qada dan qadar Allah... kita hanya merancang... Amin
Dup... dap... dup... dap... dari pagi hingga petang kini berakhir sudah hanya menanti debaran 3/4/2011 sebagai penentu perjalanan masa depan. Semoga semuanya dipermudahkan Allah kerana kita hanya merancang... insyaAllah.
Sebenarnya dari minggu lepas lagi cik Apple dah wink*wink* ... so, maaflah kalau semenjak dua ni cik Apple sedikit tenggelam timbul baik di FB atau blog. Fikiran tengah tak berapa 'center' tp masih normal dan waras lagi taw.... hehe
Hari ahad lepas cik Apple ada buat puding jagung tapi gambar nanti cik Apple post kemudian tunggu fikiran tenang sikit dan arini cik Apple ada bergambar dengan Pengarah Jabatan nanti cik Apple post sekali ok!!
Nota : terimalah seadanya ~ 3/4/2011
Friday, March 25, 2011
Kopi dan cawan
Salam...
Kisah ni cik Apple baru dapat masa menghadiri perhimpunan bulanan jabatan pagi tadi. Satu cerita yang sesuai untuk dikongsi bersama-sama. Ceritanya begini....
Suatu hari sekumpulan pelajar dlm 10 orang datang untuk menziarahi bekas profesor tempat mereka belajar dulu. Mereka telah dihidangkan dengan seteko air kopi dan berbagai-bagai jenis cawan oleh profesor tersebut. Ada cawan kertas, polisterin dan plastik.... Ada juga cawan kaca, tembaga dan emas yang cantik-cantik..... tp hanya satu jenis cawan sahaja yg di sediakan dan berbeza antara satu sama lain.
Mereka dibenarkan memilih dan menuang sendiri air kopi di dalam cawan masing-masing. Pastinya semua inginkan cawan yang cantik dan mahal berbanding cawan yang biasa dan murah. Maka mereka yang awal sahaja dapat memilih dan menikmati air kopi di dalam cawan cantik dan mahal. Yang lambat hanya minum guna cawan biasa dan semestinya merasa sedikit terkilan kan!
Kalau lah cawan tu boleh dibawa pulang... sekiranya kita berada di tempat pelajar tersebut. Apa perasaan kita??
Semestinya cik Apple merasa terkilan dan sedih, betul tak korang? dalam hati sayu berkata "kalau profesor tu bgtau awal-awal mestilah cepat-cepat nak pilih yang cantik tadi" lebih-lebih lagi bila mereka yang dapat cawan cantik tu menunjuk-nunjuk dan sedikit riak betul tak?? mesti geram jer rasanya...
Pengajaran cerita --->>
1- kenapa berebut nak cawan cantik sedangkan air kopi yang dihidangkan adalah dalam teko yang sama dan rasanya pun pastilah sama kan!!
2- seteko air kopi merupakan kehidupan kita
3- dan cawan merupakan alat (kedudukan, gred, pangkat, harta kekayaan dunia saja)
4- tak semua orang dapat apa yang diinginkan dalam hidup --> hiduplah bersederhana walau siapapun kita dan yang pasti diakhirat kita adalah sama/serupa

Sunday, March 20, 2011
sesi walimatul urus
Salam...
Selamat hari ahad kawan2... wah!! letih betul aktiviti cik Apple hari ni dan cuaca pulak hujan sepanjang hari. Apa nak buat kan hujan turun dari pagi hingga petang dari cik Apple keluar rumah 10.30am sehinggalah kembali ke rumah 4.30pm. Hujan tu kan satu rahmat
Aktiviti cik Apple hari ni pergi kenduri kawin kawan opis lama. Satu kat port klang dan satu lagi kat tanjung karang. Ni gambar kenduri kawin Baharuddin kat Tjg Karang yang lain tak sempat nak snap gambar dengan pengantin sebab keadaan masa tu tak begitu mengizinkan. Wow.. sakan makan kenduri tapi masih boleh dikawal lagi... fuhhh!!nasib baik tak kantoi sangat diet

bergambar dengan pengantin + ajip yang ni special coz dapat tangkap gambar dua kali
tq abang cameraman yg sporting
kenangan bersama pengantin + kawan-kawan opis lama
Friday, March 18, 2011
Hujan... hujan... hujan
Salam...
Dah lama tak menjenguk blog cik Apple...ye?? harini nak update sikit. Nak cite ape ek... mesti korang bosan nak baca. Bencana di Jepun masih belum berakhir. Kali ni dengan serangan toksid akibat letupan kilang nuklear... memang amat bahaya dan membimbangkan. Takziah dan semoga mereka semua selamat terutama kepada rakyat Malaysia yang berada di sana.
Di negara kita pulak cuaca hujan setiap hari terutama di sebelah petang sampaikan cik Apple tak sempat nak menghantar baju untuk ditempah. Ermm... merangkap baju raya la tu hikhik... tapi bukan warna tema raya. Petang ni hujan di sertai dengan petir, guruh dan kilat (kira pakej la tu... nasib baik takde angin ribut) sampaikan masa balik tadi cik Apple terpaksa u-turn balik akibat pokok tumbang dan menghalang laluan di Sek 7 kena lalu jalan lain.
Lampu isyarat pulak rosak, lagi menghuru-hara kan keadaan jalanraya yang sedia sesak dengan pemandu yang 'selfish' termasuk cik Apple gak. Maaflah ye... kalau terlalu berhemah pasti kena hon dengan kereta belakang pastu kereta lain takkan bagi peluangnyer untuk melintas. Tak taw la macam mana dengan mentaliti rakyat M'sia kita ni kan. Tak dapat lagilah nak menempah baju huhuhu....
Nota: Biar lambat asal selamat!!

Wednesday, March 16, 2011
menu petang tiba-tiba
Salam...
Takde angin takde ribut tiba-tiba petang ni cik Apple teringin nak makan lempeng. Balik-balik rumah tengok ada ikan tongkol masak kari atas meja. Ermm... macam taw-taw jer cik Apple mengidam (hehe.... ngidam lempeng la) dan hasilnya jadilah lempeng cicah kuah kari marvelous!! terangkat masa makan tambahan pulak lepas hujan (kantoi diet lagi arini) ingat nak buat sambal ikan bilis tapi kemalasan melanda tu yang makan dengan kari ikan jer akhirnya

Lempeng + kuah kari
Pasni nak try buat penkek jagung lak tadi search resepi macam senang jer. Bahan pun semua ada kat dapur tapi bila masa nak buat tu tak sure la sebab wekend ni banyak jemputan kawin yg terpaksa cik Apple penuhi. Mungkin bila ada masa nak mencuri-curi masak nanti cik Apple buat la tu pun ntah bila. Teringin nak buat penkek ni gara-gara baca novel 'murni kasih'.... best gak cite tu tapi dia buat penkek epal... tak kisahlah janji penkek!!
Subscribe to:
Posts (Atom)