Monday, February 28, 2011
cerita hujung minggu
Wahh!! syoknya setelah dpt kembali menjenguk ke blog cik Apple yg tersayang ni
Biasanya tajuk entri cik Apple menu hujung minggu tp kali ni jd cerita hujung minggu coz weekend ni cik Apple tak dapat nak masak memasak menu special utk dikongsi bersama dalam blog ni... cik Apple tak dapat nak stori mori panjang kali ni memandangkan cik Apple puasa sunat arini... belum sempat cas tenaga lagi utk menaip panjang2 (dah lembik sgt nak menunggu waktu maghrib nih... hehe)
Weekend td cik Apple balik kampung bertujuan utk men'servis' kereta (uikss... jauhnya servis sampai ke kampung hehehe.... padahal Encik Bos yg sponsor nak servis kereta tue..) alkisahnya banyak la pulak yg kene tukar dan kene balik kg lg utk next servis... kereta Mr.Bean cik Apple kene wat treatment supaya cepat sembuh... dan kisah yg tak dapat cik Apple lupakan bila Encik Bos bawak 2 ekor ayam hidup naik kereta cik Apple... uwwaaa... abisla kereta cik Apple bau ayam nasib baik ayam tu tak berak (kasarnya bunyi hehe) dalam kereta cik Apple
Cik Apple ada satu kisah utk dikongsikan bersama... "kisah makcik tempe" ni cik Apple dapat masa sesi ceramah lepas baca yasin kat opis jumaat baru ni... next entri cik Apple cite ok... untuk dikongsikan sebagai renungan bersama.. "sharing is caring"
Selamat berbuka puasa!!
Friday, February 25, 2011
~Episod sibuk~
Minggu ke'bizi'an cik Apple dah hampir sampai ke hujung iaitu nextweek.... Arghhh...tak sabar menunggu detik itu... ahahaha. Kesibukannya sampai tak menang tangan dan kering tekak nak menjawab. Sebabkan tu minggu ni cik Apple tak jadi nak puasa sunat takut tak cukup tenaga pulak nanti nak buat keje (hehe.... alasan jer kan)
Rasanya semalam seawal jam 8.30am dah mula bergerak, pukul 5.00pm baru dapat nak berehat panjang walhal waktu cik Apple balik 4.30pm disebabkan seorang lagi partner yg uruskan tak sihat dan dapat MC. Wahh... macam robot, nasib baik dah bekfest awal coz waktu lunch hour pon ada yg dtg dan terpaksa dilayan jugak.... grrrrhh
Minggu ni cik Apple akan pulang ke kampung halaman... yeaahh seronoknya!!! tp dalam keseronokan ada kesedihan jugak.... bila balik kampung tak dapatla nak menjengah blog ini coz line internet kat kg tu payah nak dapat... hurmmm.... tapi tak pe nanti cik Apple simpan semua stori mori 2 hari tu utk di update dalam next entri. Esok pagi2 lagi seawal 6.30am cik Apple akan berangkat pulang. Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik i'Allah... Amin..
nota : hope enjoy the holiday!!
Wednesday, February 23, 2011
Bila mulut takde insurans
Wahh!! Nampaknya 2 hari ni cik Apple dah semakin ceria setelah berada dalam mood sedih pada isnin lepas... sampaikan terkantoi dengan opismate kak Farah masa tengah senyum sorang2 (hehe... tengah berangan kot cik Apple ni... syyhhh!! jangan kantoi lagi ek)
Mood yang tengah baik dibawak sampai ke malam.. dengan rajin sesangat mengemaskini buku resepi yang berterabur sampaikan tido pun agak lewat dari biasa.. hehehe lewat la sangat kan
Hari ni pulak cik Apple telah memalukan diri sendiri apabila mulut cik Apple lbh dulu berkata dari akal... alamak!! sampaikan terlupa pangkat seseorang apabila berbicara "so.. sori sesangat buat kak Leha" seolah2 tindakan luar kawal plak. Sebagai peringatan cik Apple kenalah berhati2 apabila berbicara kelak
nota: terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Monday, February 21, 2011
Argghhh.... PANASNYA !!
Sungguh panas cuaca hari ni dan cik Apple pun dah mula rasa sakit2 tekak (ke gara2 melantak aiskrim hujung minggu tadi...) harap keadaan tak berterusan ehem... ehem... ehem... testing suara hehe.. ok lagi
Rindu rasa bila dua hari dihujung minggu tak dapat nak menjengah ke dunia cyber ni... akibat masalah teknikal hehe... arini baru dapat menjengah dan mencoret sesuatu di entri ni. Hujung minggu tadi cik Apple buat menu laksa goreng setelah menjengah ke blog kawan2... kebetulan ada baki laksa yang dibawak balik masa hari jumaat tu... so, ape lagi stat la godek menggodek kat dapur sebagai menu hari sarapan pagi sabtu tadi..
(menu pagi - laksa goreng)
Akceli sebenarnya tajuk entri kali ni bukan pasal cuaca panas tp pasal hati cik Apple yang panas hari ni... :( kene marah dengan pengunjung di kaunter lepas rehat tadi... kebetulan pulak ramai yang bertandang di kaunter... malu dan marah di hati hanya mampu di simpan bak kata pepatah "customer alwaz rite" dan "saya yang menurut perintah" ermmm.... apa nak buat kan...
Sebenarnya kesalahan tu bukan salah cik Apple 100% (hehehe.... sapa la yg nak ngaku salah kan) memang wakil dibenarkan mengambil permohonan CBBP dan HLP tapi tak sangka wakil tu tak sama opis dengan pemohon... apa lagi mengamuk sakan la kat kaunter tu dah la cuaca memang panas kat luar (aircond pun tak terasa sejuk!!) boleh kata satu opis dengar suara dia.... cik Apple??? tak mampu berkata ape bak kata pepatah (asyik2 pepatah lagi...) "api jangan disiram dengan minyak" kang tambah melarat... ermm...korang sedih tak bila kene marah?? mestila sedih kan.. kan..
So, sekarang ni cik Apple masih dalam keadaan sedih... ~mengharap esok yang ceria~
~layan coklat pemberian kak Leha dulu~
Nota: demam monday's blues
Friday, February 18, 2011
it's Friday story!!!
Yippi... akhirnya jumaat muncul jugak... esok adalah CUTI... *wink wink*
Hari ni merupakan agak bizi bagi cik Apple lebih kurang bizi semalam gak dengan permohonan CBBP dan HLP yang agak menimbum dan banyakk...
Apepun layanan sama ada dikaunter atau panggilan telefon cuba diberikan dengan senyuman yang sangattt manis.... (perasan la tu...) walaupun agak penat (cik Apple bosan sebenarnya) kerana asyik bercakap dan terpaksa mengulang ayat yang sama banyak kali semuanya mampu dilakukan dengan baik... Alhamdulillah :)
Pagi tadi selepas menghadiri perhimpunan bulanan bulan Januari (yang tertunda aritu) dapat pulak makan laksa free (my faberet) di belanja oleh staff senior yang dah pindah... Tengahari pulak dapat makan ABC special (Predo, Sek 2) di sponsor oleh mama Cik Nina... thanks all moga murah rezeki korang ye.... masalah cik Apple diet arini dah kantoi... :(
Thursday, February 17, 2011
Busy Thursday...
Bizi sungguh cik Apple hari ni kat opis sampai tak sempat nak merayap atau mengular ke meja kawan2 (port biasa melepak time bosan dan bila tensen...hehehe)
Sebenarnya kat opis tu ada satu tempat yang kitong muda2 ni suke lepak (hehe... muda la sgt dah lbh suku abad pon umur kan) dan tempat tu jugak la kitorg suke berpesta makan...
Disebabkan arini terlalu bizi jadi cik Apple pon tak nak tulis banyak2 dalam entri ni... nak rehat sambil melelapkan minda... eh mata la... hehe
Tuesday, February 15, 2011
Salam Maulidur Rasul
Akceli sebenarnya kitorang nak tengok rumah baru abang (umah abang cik Apple... bujang lagi tu) dah lame dia beli tp tak pernah sampai... almaklumlah jauh nun....di hujung dunia....ahaks macamlah hujung sangat kan padahal dalam Selangor gak.... kat Mawar Perdana, B.B. Salak Tinggi