Monday, February 21, 2011

Argghhh.... PANASNYA !!

Salam...

Sungguh panas cuaca hari ni dan cik Apple pun dah mula rasa sakit2 tekak (ke gara2 melantak aiskrim hujung minggu tadi...) harap keadaan tak berterusan ehem... ehem... ehem... testing suara hehe.. ok lagi

Rindu rasa bila dua hari dihujung minggu tak dapat nak menjengah ke dunia cyber ni... akibat masalah teknikal hehe... arini baru dapat menjengah dan mencoret sesuatu di entri ni. Hujung minggu tadi cik Apple buat menu laksa goreng setelah menjengah ke blog kawan2... kebetulan ada baki laksa yang dibawak balik masa hari jumaat tu... so, ape lagi stat la godek menggodek kat dapur sebagai menu hari sarapan pagi sabtu tadi..

(menu pagi - laksa goreng)

Akceli sebenarnya tajuk entri kali ni bukan pasal cuaca panas tp pasal hati cik Apple yang panas hari ni... :( kene marah dengan pengunjung di kaunter lepas rehat tadi... kebetulan pulak ramai yang bertandang di kaunter... malu dan marah di hati hanya mampu di simpan bak kata pepatah "customer alwaz rite" dan "saya yang menurut perintah" ermmm.... apa nak buat kan...

Sebenarnya kesalahan tu bukan salah cik Apple 100% (hehehe.... sapa la yg nak ngaku salah kan) memang wakil dibenarkan mengambil permohonan CBBP dan HLP tapi tak sangka wakil tu tak sama opis dengan pemohon... apa lagi mengamuk sakan la kat kaunter tu dah la cuaca memang panas kat luar (aircond pun tak terasa sejuk!!) boleh kata satu opis dengar suara dia.... cik Apple??? tak mampu berkata ape bak kata pepatah (asyik2 pepatah lagi...) "api jangan disiram dengan minyak" kang tambah melarat... ermm...korang sedih tak bila kene marah?? mestila sedih kan.. kan..

So, sekarang ni cik Apple masih dalam keadaan sedih... ~mengharap esok yang ceria~

~layan coklat pemberian kak Leha dulu~


Nota: demam monday's blues

No comments:

Post a Comment