Wednesday, April 26, 2017

Mengimbau Nostalgia - Percutian budget ke Terengganu

Assalamualaikum wbt...
 
Hampir setahun tak menjengah belog ni... hampir-hampir terlupa password cik Apple hihihi... sabo jelah..tetiba malam ni teringin nak meng'update' pulak.. ntah ribut taufan mana yang melanda pon cik Apple tak tau huhu...
 
Oklah.. kali ni nak cerita sikit pengalaman bercuti ke Terengganu.. sebenarnya plan bercuti ni di buat last minute disebabkan plan untuk bercuti ke Sabah macam sukar untuk menjadi kenyataan dalam waktu terdekat... dan disebabkan itulah cik Apple dengan kawan masa belajar diploma plan nak mengimbau nostalgia kami belajar di KUSZA, Terengganu yang kini telah di tukar kepada UNISZA.
 
Kami berdua bercuti ke Kuala Terengganu ni pada bulan Mac yang lepas.. 16-18 Mac 2017. Untuk menjimatkan kos (jimat ke??!), kami berangkat dengan menaiki bas Express Kesatuan (RM55.00) di Terminal Amanjaya, Ipoh  pada 15 Mac jam 9.45 malam dan turun di Terminal Bas Kuala Terengganu.

Nasi Dagang
 
Sampai di stesen bas kuala Terengganu jam 6.10 pagi lebih kurangla... sementara menunggu kereta sewa sampai, kami lepak-lepak sambil pekena dulu sarapan pagi Terengganu..... nasi dagang!! Kereta sewa kami cari yang memang budget punya... range harga sehari paling murah RM90 perodua viva tu pon dah ada yang booking... setelah berusaha keras akhirnya dapat jugak cari kereta sewa budget...hihi. harga RM160.00 untuk 2 hari setengah...korang memang takkan jumpa la...owner nye pun sangat baik. kereta dihantar terus ke stesen bas jam 8.00 pagi dan dorang ambil di airport tanpa caj.. TANPA CAJ ok!! kereta kami adalah Myvi tu.. walau kereta tu kereta lama tapi so far kami pakai takde masalah.. Alhamdulillah...
 
Myvi - kereta sewa
 
HARI PERTAMA
Sementara menunggu waktu check in hotel jam 2.00 petang.. kami merayau-rayau di sekitar Chinatown.. dekat je dengan Pasar Payang..dibelakang tu ada tempat untuk pelancong makan angin... ahaha...takde idea nak cite dah adeh!!
 
 
Antara gambar yang di ambil di sekitar Chinatown.. (tunjuk yang pic yang ok jela ye!!)
 
Chinatown tu adalah perkampungan cina.. di tepi dinding-dinding di lukis dengan lukisan-lukisan yang cantik dan hidup...sempat la kami bergambar jugak. Selepas puas di Chinatown kami melawat pulak ke tempat kami belajar... di situlah sebenarnya tujuan kami bercuti ke kuala Terengganu ni.. sebab nak mengimbau nostalgia zaman belajar dulu-dulu kononnya lah.. masuk ke dalam kawasan KUSZA terus terasa rindu... rupanya telah banyak perubahan dan pembangunan yang berlaku selepas lebih 14 tahun meninggalkan bumi KUSZA. Pusing-pusing... amik gambar dan terus menuju ke Masjid KUSZA pulak.. rehat-rehat dan bergambar lagi.. hihi.
 
 
lokasi ni di depan dewan besar.. dulu-dulu takde tau
 
Dewan Kuliah Utama (DKU)

Dewan Al Muktafi Billah Shah aka Dewan Besar atau dewan kami konvo

Ni Pejabat Pentadbiran kami dulu

Masjid UNISZA @ KUSZA
 
Selepas dapat green light hotel untuk check in awal... barulah kami bergegas menuju ke hotel... hotel kami adalah hotel budget jugak.. KT Treveller's Inn RM90.00 semalam untuk 2 single bed tanpa breakfast. Sebelum ke hotel, kami singgah makan nasi air dulu.. kang lapar pulak hihi.. masuk hotel terus Zzzzzz.... lepas asar kami keluar makan sotong celup tepung dekat Warung Pok Nong, area gong badak..memang famous dan sentiasa ramai pelanggan kat warung ni... recommended!! tapi takde pulak gambar seafood celup tepung tu nak tunjuk..cari-cari tak jumpa huhu...adeh!!


Nasi air - feberet cik Apple dulu-dulu
HARI KEDUA
Hari kedua selepas sarapan pagi kami terus ke Pulau Warisan, Taman Tamadun Islam.. tapi tak masuk dalam pun sebab ada bayaran yang dikenakan untuk masuk.. kami lalu je amik gambar dan melawat ke Masjid Kristal... amik gambar seolah-olah pelancong luar hihi... setelah selesai sekali lagi kami menghala ke KUSZA tapi cuma untuk mengambil gambar di bahagian depan pulak.. minta izin dengan 'guard' untuk parking kereta dan mengambil gambar di signboard pintu masuk KUSZA.. kami juga amik gambar di hadapan Istana Maziah.. port wajib untuk bergambar masa dulu-dulu.. sebelah petang kami cari warung gelas besar pulak... Air Buah Pak San.. makan laksam dan kepok lekor.. sebelah petang lepas asar, kami ke Pantai Batu Buruk.. menikmati pemandangan matahari terbenam. Asalnya kami dah booking Batu Buruk Beach Resort, tapi disebabkan beberapa kekangan dan terutama masalah budget, maka kami tukar dengan hotel budget lain.

Laksam dan kapok di kedai air buah gelas besar

nak tunjuk tgh minum air buah la tu... huhu
 
Jambatan Sultan Mahmud.. dulu ada tol tapi telah dimansuhkan

Port selalu kami berenti untuk bergambar

Sepetang di Pantai Batu Buruk dengan Cik Tulip

Hari terakhir... kami pegi borong keropok lekor je untuk di bawak balik sebelum berangkat pulang kembali ke sarang... kami balik naik flight Airasia turun KLIA2 harga RM59.00 sorang. Itulah serba sedikit perkongsian dan pengalaman cik Apple bercuti ke Kuala Terengganu bersama travel partner cik Apple aka cik Tulip.


Sempat posing sebelum naik flight.. masa ni tengah tunggu owner kereta sewa datang untuk amik kunci kereta di airport Sultan Mahmud, K. Terengganu.

Note : Flight Airasia dah straight, luggage tak boleh besar dan lebih 7kg

No comments:

Post a Comment