Saturday, September 21, 2013

Tanggal 31

Assalamualaikum....

Tetiba teringin nak menulis lagi..... bangun tido terus bukak belog huhu.... tak senonoh betol kan bukan nak cuci muka ke solat tapi terus terjah belog cik Apple ni.... ermm.... abaikan air liur basi dan terus menaip sebelum masok kerja.... tido tghari waktu lunch kat opis bila xde plan ke mana-mana.

 Oklah nak cerita pada tanggal 31 Ogos yang lepas.... sesi menghantar rombongan meminang anak dara orang ... kelam kabut balik kampung pagi2 sabtu sebabnya nak menhgantar rombongan selepas solat zuhur pada tarikh hari kemerdekaan. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar sekali dan hanya perlu tunggu masa kenduri besar je nanti.

Tapi biasalah dalam kegembiraan pasti ada terselit kekalutan apabila kakak sulong  cik Apple tersalah bawak baju kurung untuk dipakai ke majlis tersebut. Dibawaknya pulak baju anak dia yang kecik dan semestinya saiz yg paling kecik walhal yang nak pakai semua saiz boleh tahan jugaklah (sebab baju mereka anak-beranak sama warna) apa lagi kalut la masa nak bersiap. Nak tak nak terpaksa mereka empat beranak bertukar-tukar baju memandangkan saiz masing-masing semua berbeza-beza.

Sebenarnya entri ni telah di buat awal tapi belum sempat lagi nak post sebab ingat nak adjust sikit-sikit  sebelum post tapi rupa-rupanya.... hahaha.... dah nak basi kat dalam ni. oklah harini takde adjust2 dah ok.

bergambar bersama bakal ahli keluarga baru

ermm.... sedapnye buah tu...
.
 antara rombongan yang hadir

 antara balasan hantaran yang berupa makanan yang diterima.... banyak kan??

sempat lagi posing tu hikhikhik.....

Cerita selanjutnya akan diupdate kemudian jika ada kelapangan inshaAllah...


Nota : get new ring for me

No comments:

Post a Comment