Wednesday, July 17, 2013

Kisah cemas ~ 7 Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dah genap 7 hari umat islam berpuasa dan harini masuk hari ke 8 bulan Ramadhan.

cik Apple ingin berkongsi peristiwa cemas yang berlaku pada petang semalam apabila en.Bos dimasukkan ke Hospital Sabak Bernam akibat sesak nafas dan doktor mensarankan operation dilakukan dengan kadar segera kerana masalah jantung tersumbat. 'operation dgn kadar segera'!!! Ya Allah... hanya tuhan saja yang tahu perasaan kami adik beradik waktu itu.

Lagi kalut apabila dikhabarkan en.Bos akan dibawa ke Hospital Teluk Intan kerana lagi dekat dan tidak dapat dibawa ke Hospital Klang memandangkan tiada pakar di Hospital Sabak Bernam... ikutkan hati dan perasaan ingin terbang pulang malam td jugak... Semoga Allah memberi kesembuhan dibulan yang mulia ini agar en.Bos aka "Hj Basri bin Adnan" dapat diberi peluang untuk terus bernafas dan bersama-sama kami meraikan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.


Syukur... Alhamdulillah... hanya itu yang mampu cik Apple ungkapkan selepas mendapat berita pukul 12.30am bahawa en.Bos telah dimasukkan dalam wad biasa dan keadaan dah stabil. Berita operation masih belum diterima sehingga pagi ni sama ada tetap akan dijalankan atau tak.... mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. inshaAllah...

Nota : doakan kesihatan ayah cik Apple ye...

No comments:

Post a Comment