Thursday, April 28, 2011

Solusi isu No.31

Salam...



"Sabar itu Indah" tajuk majalah Solusi isu 31.... Marah itu mudah, Sabar itu indah. Sabar itu ganjarannya syurga maka sabarlah dalam bersabar menghadapi hentaman pertama.



Sebuah majalah yang berbentuk motivasi dan mengandungi hukum berkaitan fardu ain yang baik sebagai bacaan ringan dan sumber pengetahuan tambahan (wah... promote nampak cik Apple ni hikhik). Sabar itu besar ganjarannya tapi tidak semua orang mampu bersabar pada musibah atau kesedihan yang menimpa kali pertama hurmm... begitu juga dengan cik Apple (cik Apple mengaku dan sedang berusaha untuk belajar bersabar)



Sesungguhnya 'Dia mendekatkan aku dengan Allah' bermula dengan membelek dan menyelak helaian sepintas lalu terus berminat untuk memiliki lantaran isi-isinya cukup bermanfaat setelah disyorkan oleh 'seseorang' ... oppss cut!! topik yang mendekatkan cik Apple pada keinsafan dan kesabaran (ahaks... ini serius tau bukan main-main tapi kedengaran sedikit lucu kan)


'Jangan membina cinta di dalam kuburan' memastikan kita sebagai umatnya tahu setakat mana klasifikasi cinta yg sepatutnya diberikan untuk membentuk cinta kelas pertama. Untuk cik Apple, perlu lebih lagi belajar 'Cara untuk meraih sifat tenang' dalam menghadapi dugaan.




Nota: dapatkan majalah Solusi di pasaran

No comments:

Post a Comment