Saturday, February 7, 2015

Kursus asas AKMAL Melaka - Part 1

Assalamualaikum wbt...

Harini relaks sikit so, cik Apple bolehla update blog sepanjang kursus yg sudah 2 minggu berlalu. Semoga cik Apple terus bersabar lagi untuk tempoh 5 minggu. Sebenarnya kursus asas ni untuk tempoh 7 minggu (26/1 - 17/3) sebelum cik Apple ditempatkan di negeri mana.. doakan cik Apple ditempatkan di Selangor ye.. Amin. Oklah... cik Apple nak update sikit2 gambar sepanjang 2 minggu berkursus ni...




Gambar atas.. semasa sesi Interaksi Dinamika Kumpulan (IDK) iaitu lebih kepada sesi suai kenal antara ahli kumpulan sepasukan.. bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Cik Apple telah diletakkan dalam kumpulan Platun 4 drpd  6 buah kumpulan Platun...



Hari ke 4 bermula lah sesi berkawad untuk melatih disiplin peserta kursus supaya patuh kepada masa. Gambar atas antara denda yg cik Apple dan peserta semua kena lalui... berjalan atas track yg panas waktu tengahari tanpa memakai kasut dan stokin aka kaki ayam dan berguling di atas padang hingga ke hujung dan berpatah balik semula.... ape pon cik Apple memang seronok sangat.. walaupon dlm keadaan terpaksa.



Sempat bergambar dgn jurulatih Platun 4 en. Nazri  dan jurulatih lain sebaik sahaja tamat sesi latihan kawad petang tadi. Syukur Alhamdulillah...

Friday, February 6, 2015

Majlis Perpisahan - 23 Januari 2015

Assalamualaikum wbt...

Lama tak membuat entri...... baru taw betapa BUSY nyer cik Apple kan sejak dua menjak ni.... hmmmm ape pun Alhamdulillah.. cik Apple masih diberi kesihatan utk meneruskan kehidupan hari ini.

Berbalik pada tajuk di atas.. sebenarnya pd bln Januari lps cik Apple telah bertukar kerja. Tu yg tersangat sibuk sampai tak ter'update' walhal byk yg cik Apple nak kongsikan. Hari terakhir cik Apple berkhidmat di JPNS adalah pada 23 Januari 2015. Perasaan sedih memang tak dapat dibayangkan... maklumlah cik Apple dah berkhidmat lbh kurang 5 thn 2 bln di Unit PJPK sejak 19 November 2009. Mana tak sedih ye tak??.... yg takde perasaan je yg tak sedih... sayang nak tinggalkan kawan2 yg cik Apple sayang tp apakan daya.. peluang utk cik Apple bkn selalu ada.. bila dtg peluang tak mungkin dilepaskan.. sbnrnya waktu buat entri ni cik Apple rindu sangat2 kat kawan2 opis lama :(

Terima kasih buat kawan2 yg buat jamuan dan hadiah ingatan buat cik Apple... miss u muah... muah... muah...




Hadiah dari kawan-kawan



Makan2 di Nasi Kukus, Seksyen 7





Last day at PJPK.. will miss our moment.. huwaaa... Sempat bergambar saat-saat terakhir sebelum balik :(

Gambar kenangan terakhir meja kerja cik Apple yang sempat di snap sebelum ditinggalkan. Sehingga hari ini di khabarkan masih belum dihuni lagi.

Sunday, January 11, 2015

Misi Banjir 2015 ~ Gua Musang

Assalamualaikum wbt...

Hai...selamat pagi uolls. Hehe... sedikit bersemangat nampaknya cik Apple pagi ni. Walaupun dlm kepala ni sedikit berserabut dgn bermacam-macam perkara yg belum selesai. Nmpknya minggu depan sekolah dah bermula dan cik Apple dah tak boleh nak bersenang lenang lg keluar ke tmpt kerja lewat. Mulalah kehidupan kelam kabut kembali.

Oklah..berbalik kepada tajuk entri kali ni cik Apple sbnrnya baru blk dari misi banjir KPM sbg sukarelawan pada 6 - 9hb januari. Kami ditugaskan untuk mencuci dan membersih sekolah di SK Limau Kasturi, Gua Musang Kelantan. Totally  lost sbb air banjir smpai tingkat 2. Kalau ikut logik mcm tak percaya sbb sekolah terletak atas bukit.. tapi itulah kuasa Allah

Keadaan semasa banjir SK Limau Kasturi - gambar semasa banjir ehsan penduduk tempatan




Pengagihan sumbangan dan penginapan kami bertempat di SMK Tengku Indra Putra 2. Barang-barang sumbangan di edarkan kpd penduduk di sekitar Kg Limau Kasturi


Kerja-kerja pembersihan kami di asrama SK Limau Kasturi, Gua Musang


Ok.. cik Apple nak mengemas pulak. Next time ada kelapangan cik Apple update lagi ok

Sunday, January 4, 2015

Salam Tahun Baru 2015

Assalamualaikum wbt...

Lama sudah tidak bersiaran di dunia blogging... terfikir utk mengambil bersara pilihan... cehhhh!!! nak buat mcm kerja pulak.hehe.... mesti ada yg rindu nak membaca cerita cik Apple.. takpe kalau tak rindu pon cik Apple paham jgk sbb cik Apple sbnr nya yg rindu nak membuat entri di blog ni. Maafkan cik Apple atas kehilangan tanpa khabar selama beberapa bln ni. Bertapa di dlm gua mencari ketenangan dan ilham sblm cik Apple membuat come back hihihi......

Dlm tak sedar kita dah masuk thn 2015... cepat betul masa berlalu kan. Dah bertambah usia lg thn ni hmmm... bermcm2 peristiwa yg berlaku dlm thn 2014 hinggakan cik Apple tak terkejar utk menulis dlm blog ni. Takpe lah... semoga semua perkara yg berlaku menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua dan anggap ia sebagai ujian dari Allah.

Sebenarnya mulai bln 10 thn lepas cik Apple dah ditugaskan utk membuat kerja dibahagian lain. Masih di unit yg sama tapi ada sedikit job rotation... Alhamdulillah sekarang cik Apple dah semakin mahir belajar tugasan baru.

Cukuplah dulu setakat ni bg entri kali ni. Next time cik Apple buat entri lagi. Insha Allah...


Cik Apple akhiri dgn gambar tarian samba beramai2 sempena hari keluarga JPS

Saturday, July 12, 2014

Ramadhan Kareem...

Assalamualaikum wbt...

Agak lama tidak bersiaran di dunia blogging ni... rasa-rasa ada yang rindu cik Apple tak??hehe....perasan lah pulak kan!!! Oklah... pejam celik pejam celik sekarang ni dah masuk 14 Ramadhan kan... sekejap je masa berlalu rupanye, usia pun semakin meningkat lagi thn ni.. rindu zaman muda-muda dulu tp apakan daya semua itu tinggal kenangan....

Cehhh!!!tetibe keluar ayat feeling pulak pepagi ni. Sebenarnya kejap lg cik Apple nak balik kg nak merasa puasa di kg. Fikir jap!! Selama ni mcm tak pernah puasa kat kg je kan... ini semua poyo!!hehe.... sebelum packing brg tetiba teringin nak update blog yg dah agak lama ditinggalkan.. sebenarnya sblm puase aritu ada buat entri tp tak sempat nak update bl bace blk mcm tak sesuai pulak nak post entri tu so buatla entri baru pg ni....

Disaat kita di negara ni hidup aman dan dapat berpuasa dgn tenang... jgn dilupa saudara seislam kita di Gaza yg diserang tentera israel laknatullah... semoga kita sama-sama mendoakan mereka terus kuat dan dilindungi Allah swt... semoga doa kita diperkenankan Allah swt kerana doa adalah senjata mukmin yg paling tajam. Itu je nasihat cik Apple dan kalau mampu boleh menyumbang melalui wang ringgit dan barangan juga tapi pastikan melalui saluran yg betul ye jgn sampai tertipu dan ditipu..

Satu lagi ingat tak cik Apple pernah cerita dlm entri lepas pasal pasangan rakyat kita yang ditahan di Sweeden thn lepas dan Alhamdulillah... salah seorang pasangan tu dah dibebaskan manakala seorang lagi masih ditahan sehingga september nanti. Sekurang-kurangnya dapatla anak mereka menyambut raya thn ni bersama ayah mereka walaupun tanpa ibu mereka.. semoga mereka terus tabah..

Bulan Jun lepas cik Apple genap 32 tahun bernafas di bumi Allah ini.. syukur alhamdulillah hampir setengah kehidupan Allah berikan dgn sempurna kpd cik Apple. Tiada sambutan besar-besaran cuma kejutan 'indah' saje yg cik Apple dapat tp cukup bermakna... terima kasih yg tak terhingga pd semua yg wish, hadiah dan kek... love you all sooooooooooooo much!!!! ♥♥♥







Nota : Semoga Allah merahmati cik Apple dan cepat jodoh... Amin

Tuesday, April 22, 2014

Vietnam trip (part 3)

Assalamualaikum wbt...

Byk pulak entri cik Apple ni dah masuk part 3... hehe. Sampai Ho Chi Minh, perkara pertama yg kami buat di airport beli simcard vietnam tp cik Apple tak beli so tak dapat nak cerita detail.. kalau xsilap harga satu simcard rm10.. lepastu carik teksi pegi hotel.. kami naik teksi macam mpv tu muat untuk kami berlapan bayar tambang sebanyak VND550,000. Agak mahal tapi no choice sebab teksi lain caj lagi mahal dari airport ke hotel kami - Saigon Mini 5 @ Bizu Hotel.

 sempat snap on the way nak ke hotel

bangunan hotel yang warna putih tinggi tu hotel kami menginap

Selepas berehat sekejap dan solat kami keluar carik makan ke Pasar Ben Thanh dgn hanya berjalan kaki.. agak jauh jugak dalam 30 minit plus berenti rehat sambil menyaksikan suasana persekitaran hehe.... rupa2nya waktu petang segelintir pemuda vietnam ni akan bersukan dan main sepak takraw. Di Malaysia macam takde jer kan....


 sempat posing sebelum melintas jalan


ribuan motorsikal pulang bekerja

Penat cuci mata ala kadar.. kami yg kelaparan mencari tempat makan dan tempat yg dituju ialah kedai makan Hajah Basiroh (kedai yg sangat glamour di vietnam ni dan yg pasti harga sedikit mahal) oder makanan panas nasi goreng je dan jumlahnya 80,000VND... mahal pon mahal la janji halal. Masa ni baru sampai so kami no choice nak cari tempat makan lain lagipun dah lapar sangat... last makan nasi lemak dalam flight je tau..



Lepas makan sambung jalan2 sambil tgk pasar malam disekitar pasar Ben Thanh dan balik ke hotel utk Zzzzzz........ keletihan dgn perjalanan jauh seharian gitu...

 antara hotel lain sekitar pasar Ben Thanh

sempat cuci mata sebelum balik hotel

Hari kedua, awal2 pagi bersedia untuk ke Sg Mekong... kami punye tourist guide akan jemput di hotel jam 8.30am. (Pakej Sg Mekong ni 25USD untuk setiap org.. mintak tawar tp dah tak dapat kurang) Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. Naik mercedes benz gitu... rupa2nya ada lagi 4 orang pelancong join sekali kami untuk trip Sg Mekong ni. Hmmmmmm.........




jeti utama di Sg Mekong


Dari jeti kami naik feri dan berpusing2 di Sg Mekong.. lepastu kami di bawak minum teh madu dan naik feri balik untuk ke destinasi seterusnya kilang gula2 kelapa (hehe... bukan kilang tapi tmpt biasa je)


luasnya Sungai Mekong... ni sebahagian je
teh madu asli vietnam




Dari kilang gula2, kami berjalan disebalik gerai2 jualan yg menjual pelbagai jenis barangan antaranya pakaian, beg dan cenderahati sebelum dihidangkan dengan persembahan nyanyian gadis2 vietnam sambil menikmati buah2an tempatan. (Haa.... jgn lupe bg tips kat penyanyi vietnam ni ok!!)


antara gerai jualan di Sg Mekong



Seterusnya kami diberi peluang sendiri merasai pengalaman menaiki sampan menyelusuri sebahagian Sg Mekong sehinggalah sampai ke jeti tempat feri kami berhenti (kat sini pon kena bg tips kat makcik yg bawak sampan ni)
 


Dalam feri sebelum balik ke jeti utama kami dihidangkan dengan air kelapa bg menghilangkan dahaga. Fuhh!! Lega tekak... sempat posing gak hehe..


Sampai di jeti utama yg mula2 kami naik tadi... sempat beli barang2 sikit yg dijual kat jeti tu sebelum meneruskan perjalanan pulang. On the way tu... kami singgah makan dan solat di kedai tourist guide yg bawak kami.
ni tourist guide kami.. encik Karim namanya anak Pakcik Yusof Pa-hang

Menu memang sedap ada ala-ala masakan Malaysia gak. Kedai tu macam bangunan baru... sebelah tempat makan kami dan sebelah ada jual barang2... beg dan kain pasang.


Seterusnya ingatkan balik hotel... rupenya kami dibawak ke tempat menjual kain macam gudang kain dah cik Apple tgk... rambang mata..hehe.. lepas tu baru balik hotel bila mentari mula menghilang.


Tak abis dengan tu.. malam tu gigih lagi kami keluar ke pasar Ben Thanh + pasar malam sambung shopping lagi...huhu. Dekat pukul 12am baru ingat nak balik hotel. Tapi kami dah bijak..amik teksi je dalam 12,000-20,000VND terus sampai hotel.


Balik hotel....kira-kira barang... kira-kira duit... dan terus Zzzzzz..... keletihan melampau tapi disebabkan aktiviti hari ketiga adalah aktiviti bebas... so, boleh rehat lama sikit.


Masih banyak cerita yang cik Apple nak kongsikan pada entri akan datang.