Sunday, October 23, 2011

Kurus : diet vs makan hati

Salam...


Kebelakangan ni ramai yang tegur cik Apple nampak kurus... ada kawan lama kata muka nampak cengkung (ek?? ye ke..) cik Apple rasa biasa jer hehehe... cuma bila timbang tu nampakla luar biasa sikit bila jarum timbang tak nak naik tp makin turun...


Opismate memang awal2 lagi tak bagi cik Apple diet. Memangla niat asal pada awal tahun cik Apple nak turunkan berat badan dengan mengamalkan diet atkins tp sepanjang tempoh tu macam2 perkara yang berlaku dalam hidup cik Apple.. yelah kan mana ada orang kat dunia ni yang tak de masalah kan kan.. jadinya cik Apple pun ada makan hati la jugak banyak kali dlm tahun ni (bukan hati ayam atau lembu tau.. tapi kalau makan yang tu memang sedap kan!!) dalam bahasa yang mudah faham patah hati la ermm... semua tu jadi penyumbang terbesar dalam penurunan berat badan. Bila kita dah biasa berdiet dengan makan sikit, masa tengah patah hati lagi la tak lalu nak makan kan.. lagi la sikit makan


Formula senang nak tambah berat badan... kenala cari calon suami yang pandai masak (suami ke yg kena masak ek??) nanti mesti cik Apple berisi aka gemuk sikit kan (ada ker?? hehe... bertuahla kalau dapat kan) Pape pun cik Apple menghargai mereka yang prihatin dengan perkembangan cik Apple hehe... jangan nanti bila cik Apple kembang terus tak kurus2 sudahla kan....

Nota : makan hati untuk kurus atau kurus kerana makan hati

Saturday, October 22, 2011

Terima atau tidak ??

Salam...

Perlu di ingat tak semua orang berfikiran sama... Tak semua yang sukar itu sukar dan tak semua yang mudah itu mudah. Berkata memang mudah tapi nak menjawab itu sukar walaupun hanya sepotong perkataan ringkas berbunyi "terima atau tak?"

Jadi apa yang harus cik Apple jawab???

Ermm... hanya terdiam tanpa kata. Tapi kata orang tua2 diam/senyum tanda setuju (yelah kot!!) Apa2 pun... buat siapa yang menuturkan persoalan itu hendaklah pastikan bila ada mukadimah, pastikan ada kesudahannya ye (ceh! ayat serius pulak da..)

Sebagai wanita, cik Apple perlu berhati2 dalam membuat keputusan (aik!! cik Apple pulak ke?? hehe...) Walaupun luka lama dah sembuh tapi parutnya masih ada (of course la kan). Bak kata pepatah "ikan dilaut, asam didarat dalam kuali bersatu juga" andai ada jodoh pasti tak ke mana kan kan...

"Jangan anggap diri terlalu sempurna dan ingin memilih sesuatu yang sempurna kerana sesuatu yang sempurna itu tak mungkin sempurna buat kita" mengharap pelangi indah akan muncul jua selepas hujan.. *_<

Nota : ketua pengawas -> sangat garang dan suka berdebat!!

Friday, October 21, 2011

Sesuatu yang berbeza ~ Sofaz

Ada sesuatu yang berbeza

saat ku lihat senyum manis mu

ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan

saat ku bertemu dengan dirimu

satu keinginan terpendam di hati


Bermain di dalam rahsia cinta ku

ku berharap tulus cinta ini

akan jadi kenyataan dalam hidupku

bukan hanya mimpi dalam tidurku

semoga tuhan mendengar doa ku

untuk cinta ini


Mungkin ini semua hanyalah perasaan

yang singgah dan pergi meninggalkan ku

satu keinginan terpendam di hati

bermain di dalam rahsia cinta ku

ku berharap tulus cinta ini

akan jadi kenyataan dalam hidupku

bukan hanya mimpi dalam tidurku

semoga tuhan mendengar doa ku

untuk cinta ini

Nota : ditujukan buat seorang teman lama cik Apple ~ in memory ~

Thursday, October 20, 2011

cemburu...??!

Salam...

Apa topik kali ini yang ingin cik Apple kongsikan ye... tengok pada tajuk macam topik panas je kan... hehehe... mungkin panas pada sesetengah orang dan mungkin suam-suam pada orang lain...
Oklah berbalik pada topik kita ni sebenarnya berkaitan 'kakitangan kerajaan di cemburui' terutama pada mereka yang bekerja di pihak swasta... ermm... kenapa ye?? adakah kerana banyaknya kelebihan dan keistimewaan yang diberikan oleh pihak kerajaan pada kakitangannya... mungkin jugak kot.
Apa yang paling ketara dan terserlah kecemburuan apabila tiba musim belanjawan di umumkan biasanya dalam bulan oktober kan... apa2 pun pendapat dan komen yang diberikan itu semua adalah hak individu dan cik Apple tak nak komen apa2 dalam entri ini.

Nota: jauhi sifat cemburu InsyaAllah hati akan tenang :)

Monday, October 17, 2011

Buah roselle




Salam...


Arini cik Apple dapat buah roselle, kawan opis bagi macam kat gambar atas tu.... balik ni nak buat air roselle dan jem... sedap tak?? ermm... mesti tak sedap sebab cik Apple tak suka benda yang masam2 ni. Tak nak cerita banyak so, tengoklah hasilnya kat bawah ni... hehehe macam tak sedap kan sebab cik Apple tak berapa suka sangat



jem buah roselle




air roselle

Sunday, October 16, 2011

PM : Selangor vs Perak

Salam...

Seperti yang semua sedia maklum bola sepak piala Malaysia suku akhir pertama dan kedua telah berlangsung dengan jayanya.. eh!! sejak bila pulak cik Apple ni minat dengan bola sepak ek?hehe... korang jangan tak caya cik Apple ni dulu2 hantu bola tau... itu cerita lebih 10 thn lepas tapi dalam Malaysia jelah. sejak dah takde kawan-kawan bercerita cik Apple jadi slow skit.. dan pasukan selangor pun makin slow prestasinya dan cik Apple lagi slow... sekadar mendengar dari kejauhan. cewahh...!!!

Perlawanan suku akhir pertama yang berlangsung pada 10/10/11 di Stadium Shah Alam berkesudahan 3-1 (selangor 3 dan perak 1) dan perlawanan suku akhir kedua yang berlangsung pada 14/10/11 di Perak berkesudahan 1-0 (selangor 1 dan perak 0). Tahniah buat pasukan Red Giant kita.... (gergasi merah)



vs


Diharap pasukan selangor akan berjaya menentang terengganu dalam perlawanan separuh akhir nanti... wish u all best of luck!!

Nota: Go go Selangor go

Friday, October 7, 2011

Dia untukku

Salam...

Wahh.... terkesan sungguh cik Apple tengok siaran Semanis Kurma malam tadi bertajuk "Dia Untukku" yang disiarkan di tv9 dan diacarakan oleh pasangan suami isteri Ustazah Siti Norbayah dan Ustaz Wan Akashah. Memang sepatutnya sebegitulah yang sepatutnya dilakukan untuk memcari pasangan (betul ke ayat cik Apple ni ek??)

Apa yang cik Apple terkesan dalam ucapan pengacara malam tadi berbunyi "untuk mendapat pasangan yang terbaik, kita hendaklah menjadi yang terbaik" dan "untuk mendapat yang sempurna, kita hendaklah menjadi yang sempurna terlebih dahulu". Kebanyakkan orang zaman kini nak cari yang terbaik, nak yang sempurna walhal diri sendiri tu sempurna tak? baik tak?... Wallahhuaklam... itulah pernyataan yang cik Apple suka sangat..

Bagi cik Apple, memanglah nak cari yang terbaik dan sempurna untuk cik Apple tapi mungkin Allah belum tunjukkan... siapa saja yang Dia tentukan cik Apple terima seadanya kerana Dia lebih mengetahui dan semuanya dalam perancanganNya... InsyaAllah