Monday, June 18, 2012

Salam Israk Mikraj

Assalamualaikum....

Bertemu kembali setelah lama tidak bersiaran. Hurm... sepatutnya semalam entri ni di tulis tp disebabkan kekangan masa (erk??...huhu.. tipu) baru hari ni dapat post entri... cik Apple cuma nak ucapkan salam Israk Mikraj kepada semua umat Islam bersamaan semalam 27 Rejab 1433H (ahad). Alhamdulillah... semalam cik Apple selamat menghabiskan puasa sunat.

Lagi seminggu cik Apple akan memasuki angka 30 (oh no!! me enter 3 series ok!) pejam celik pejam celik nak dekat 30thn dah cik Apple hidup dimuka bumi ni kan... Alhamdulillah masih diberi kesihatan yg baik. Syukur... macam tak percaya pun ada jugak... (rasa dah tua la pulak)
Oklah sebelum memasuki angka 30 cik Apple nak post gambar skit hehehe...... syok sendiri ok. xdela... ni kiranya gambar sebelum mencecah umur 30 thn la... ahaks... posing depan pintu 'ape classsss'.
Hurm.... ni plak gambar kek harijadi idaman... thanks to en. google. teringin nak makan kek pelangi ni macam sedap aje kan... bila dpt mkn kek colourful and beautiful macam ni mesti best dan sedap sesangat rasanya.... terus tak lena tido... uhuks (tipu lagi...)
cuba tengok sedap kan... kek pelangi ni


Nota : pra birthday ~ my wish

Monday, June 11, 2012

majlis nikah dan sanding

As salam....

Selamat datang bulan Rejab.... dlm tak sedar dah pon masuk 21 Rejab kan. pejam celik pejam celik lagi 2 bulan nak masuk bulan Ramadhan.... uikss!! terus ingat Ramadhan ek huhu... dan pastu Syawal... hurmm.... mesti rasa lain raya tahun ni kan... (mood sedih jap..)
Oklah cik Apple bukan nak cerita bulan Ramadhan ke Syawal ker tapi... nak kongsi sikit gambar2 sepanjang majlis pernikahan dan persandingan abang cik Apple bln lepas dan hujung minggu baru ni...

Gambar sepanjang majlis pernikahan 19/05/2012



 cik Apple terselit dibelakang tu... hehe

 promote mr.bean car hehe....

pembawa2 hantaran tak terlatih

berlenggang dan sempat posing gitu hehe...

hantaran kedua2 belah pihak

majlis persandingan 20/05/2012 (teluk intan)

majlis persandingan 03/06/2012 (sg besar)

sedondon - lepak with encik bos

 suasana sekitar majlis



urusetia majlis - tahniah

Saturday, June 9, 2012

Ekspedisi : Gunung Nuang

As salam...

Cik Apple muncul kembali... kali ni dengan cerita sepanjang ekspedisi cik Apple bersama kelab KESUBA ke Gunung Nuang.... yeehaa.... macam tak percaya bila melihat kembali potrait sepanjang perjalanan ke sana... cik Apple dan group bertolak pada 4/5/2012 (jumaat) dan kembali pada 6/5/2012 (ahad).

Ada masanya rasa hampir2 down jugak nak naik ke puncak tp Alhamdulillah cik Apple berjaya.... tapi masa nak turun dari puncak memang best... tak rasa penat pon boleh terus jln non stop dgn Mama Nina tp disebabkan waktu menginjak malam hari kami diminta berjalan dlm grup supaya takde jd pape yg tak diingini... Pengalaman yg sgt best....kalau mintak pegi lagi mungkin TIDAK!!! ahaha.... "makcik dah tua nak" cik Apple nak join aktiviti lain pulak.... ok!!

 sekitar majlis perasmian bersama timbalan pengarah


antara barisan peserta yg terlibat

posing depan pintu masuk

jalan menuju ke kem lolo

tiba di kem pacat - bersama ustaz anuar (jurulatih)

berehat kejap di kem pacat

ketika tiba di puncak pengasih

hampir2 down nak menuju ke puncak tp sempat posing

akhirnya!!! berjaya!! YES!! i can do it

gambar kenangan bersama peserta yg berjaya tiba di puncak

gantungan tanglung di atas pokok

muka2 excited nak balik rumah....

masa nak balik - hujan la pulak!!
Nota : TAHNIAH!! anda berjaya

Friday, June 8, 2012

cerita tertunda ~ cenderahati

As salam....

Inilah cenderahati yang telah siap untuk diberi kepada tetamu yg hadir pada majlis perkahwinan abang cik Apple. Setelah amik sana.. amik sini... inilah hasilnya... macam2 idea yg dtg tapi utk lebih budget guna paper beg, doly dan reben jer....ok x?? huhu.... puji la diri sendiri. Idea ni dtg dari kawan opis cik Apple ok. kat dalam isi air kotak, gula2, sumi dan keropok... akceli paper ni agak nipis dan mudah koyak... tak boleh nak isi yg berat2 sangat...



 Ni plak special gift utk tetamu2 khas sahaja... tak banyak pun oder dalam 30pcs  jer... dalamnya boleh isi macam2... tp cik Apple isi gula2 dgn sumi yg lebih tu jer... jimat kan...hehe. 1 bekas ni dapat harga 0.78sen je... tu pun sebab tumpang order kat kawan yg order 2500pcs beli kat Klang.



oppss!!! selingan jer... siapakah yg tekun dan rajin ni ek.... huhu


Nota : mood cenderahati

cerita tertunda ~ bunga telur

As salam...

Nampak bz sesangat cik Apple ni kan sampaikan rasa dah lama tak meng'update' blog ni... tak nak cerita banyak... korang tgklah ape benda yg cik Apple bz kan sangat ni sampaikan takde masa (ceh...konon!!) nak menjenguk apatah lagi meng'update' blog ni....
Ni lah hasil bunga telur yang dah siap diproses utk majlis awal bulan 6 nanti InsyaAllah... (akceli masa entri ni di'update' majlis dah pun berlangsung sebab tu la korang tengok bunga tu dah siap berisi telor...huhu... dahsyat betol kan cik Apple ni peram dia punya entri sampai dah basi baru nak post)

ni la bunga telur yang mendapat perhatian kawan2 opis kakak cik Apple sampaikan dia mintak buatkan stok baru untuk kawan2 dia.....haishhh!! sabo jela ek...


sebenarnya bunga telor pink ni cik Apple buat untuk pihak pengantin sebelah pompuan tp last2 diorg kata lari tema la plak... buat yg pink ni sebab geram tengok bunga telor yg customer oder kat kedai nak tiru tapi tak amik gambar main ingat2 gitu jer....

yang ni pulak buat sebab nak tambah bilangan bunga telor yang warna ungu.... bersengkang mata la jugak nak menyiapkan bunga2 ni semua... Alhamdulillah... hasil sesudah siap sampaikan tak cukup2 nak bagi kat orang yg datang...
Yang kat bawah ni pulak bunga yang belum siap. masa cik Apple dalam proses untuk menyiapkannya... macam nilah bentuk dan gayanya....



Tuesday, April 24, 2012

Ekspedisi : Bukit Broga vs Sg Tekala

As salam...

Apa khabar semua??rindu tak dgn cik Apple?Dah lama tak jenguk blog ni kan... bukak2 dah design baru la pulak... agak makan masa la jugak nak mencari2 macam mana nak post entri ni...huhuhu. Kali ni cik Apple nak bercerita aktiviti hujung minggu lepas. Aktiviti panjat Bukit Broga dengan team Ekspedisi Gunung Nuang... wah.. wah...macam tak percaya kan!! tapi percayalah sebab cik Apple dah sampai pun kat atas bukit tu.... hehehe.... memang mencabar bagi insan yang tak berapa biasa aktiviti lasak ni... Abis sakit otot-otot kaki - betis dan peha terutama semasa nak turun naik tangga opis ni...adoiiii!!!

Tapi cik Apple anggap semua tu sebagai pengalaman yang mungkin tak dapat dilupakan. Hurmmm....ntahla... masa belajar dulu tak pernah pun join xtvt macam ni walaupun roommate (nazuha) aktif kelab mendaki. masa kerja ni la baru terhegeh2 nak join....dah agak berusia berbanding masa belajar dulu2 huhuhu....aduhai cik Apple.... oklah malas cakap banyak cik Apple upload je gambar2 yang sempat di 'snap' aritu..
gantungan kasut-kasut diatas pokok
berehat sekejap menghilangkan penat dan lelah
pandangan dari atas
sempat posing bersama Danish
cantik tak view ni??

Selepas penat dan badan berpeluh2....cuba tengok baju yang basah tu sebagai bukti hehehe....semasa balik tu terus plan pegi mandi sungai kat Hutan Rekriasi Sunga Tekala....main redah jer... tak de dalam perancangan semuanya idea on the spot dgn cik Siti Khadijah. Tak bawak baju spare pun dan balik basah2 hehehe.....idea giler...tapi kitorg tak giler ok!!

kaki siapakah ini???cer teka... cer teka... hehehe
posing dalam air sungai yang sejokk!!
aksi main air bersama cik Siti Khadijah

Nota : penat tapi sangat seronok!!