Thursday, March 10, 2011

Selamat berpuasa sunat

Salam....

Sesungguhnya ujian Allah itu ada hikmahnya... dan cik Apple cuba menghadapinya dengan tabah dan tenang. InsyaAllah akan ada ganjaranya kelak sama ada di dunia atau di akhirat... Ceh2x tiba-tiba lak bagi tazkirah petang kamis nie. Ntah angin apa yang merasuk... eh! ape pulak bukan ke bagus saling menasihati sesama insan. Oppss!! bukan nasihat tapi semangat untuk diri sendiri ahaha...

Sebenarnya arini cik Apple berpuasa sunat hari kamis. tu yang tiba-tiba jadi baik dan mood pun dalam keadaan yang sangat baik... Alhamdulillah. Ikutkan niat asal malas nak puasa sunat (Malas!! Ya Allah... apa nak jadi ni) coz waktu maghrib pun lambat sekarang ni dalam 7.30pm tapi ntah macam mana bila semalam dah terlebih makan (nak betulkan statement.. bukan makan tp melantak) terus malam tadi pasang niat puasa dan berpuasa la cik Apple pada hari yang redup dan sejuk ni... memang best sangat. Alhamdulillah... tinggal beberapa minit lagi tibalah waktu berbuka. Menu berbuka petang ni cik Apple nak meratah ikan dan sayur jer... diet tu


nota: Selamat berbuka puasa dan selamat harijadi kawanku

Wednesday, March 9, 2011

Durian runtuh!!

Salam....

Wah2x.... murah rezeki cik Apple kali ni Alhamdulillah... tengah2 runsing ditimpa pelbagai musibah (masalah kereta) rupa2nya still ada hikmahnya. Yippii.... dapat bonus opis lama 1/2 bulan gaji syukur.... walaupun tak banyak tp jadilah kan sekurang2nya opis lama masih ingat lagi kat staff sambilan ni adalah dapat 4++... ni bonus tahun 2009 yang punya... ahahaha...

Aritu dah dapat 1 1/2 bln utk 2009 ni tambah lagi 1/2 bulan... kira byklah tu... jangan tamak cik Apple jgn lupa org yg susah taw. Rezeki kena kongsi sama2.. InsyaAllah barulah berkat.... Amin

Ishhh.... jgn gumbira sangat.. duit tu pun tak lama kat tangan coz nak repair kereta cik Apple lagi. Kali ni water pump pulak~ Adusss.... kuat betul dugaan Allah kali ni. Abis korek akaun bank dah... moga cik Apple terus tabah dan kuat semangat. Kena blajar banyak benda pasal kereta ni... nak kena carik sifu'

nota: saya budak baru belajar... hehehe

Tuesday, March 8, 2011

Menu apam comel

Salam dan selamat hari wanita...

Hurmm... ikutkan cik Apple nak citer pasal entri hari ni semalam tp disebabkan beberapa masalah mengejut yg menimpa langsung tak sempat nak mengupload gambar2 apam yg dah diposing cantek2 tu (cantek la sangat hehe..)

Mode : sedih ---->> semestinya bila kereta mr.bean cik Apple tak sihat. sepatutnya bila dah bawak pegi klinik mestilah semakin sihat tp jd sebaliknya pulak... uhuk... uhuk.. last week adik cik Apple bawak kereta mr.bean cik Apple blk kg utk di servis.. last 2 week tukar time belt then last week tukar clutch pad plak... tiba2 clutch jd xsedap & lampu enjin menyala (ala... kat meter tu kan ada lambang enjin so, bl dia menyala jer means masa bengkel tu pasang balik enjin tu adala yg tak kena @ tak menepati spesifikasi) dalam kata lain minggu ni kena la balik kg lagi.... haa.. lari budget cik Apple bulan ni... uwwaaa....

Oklah... ni dia gambar apam2 comel yg cik Apple buat hari ahad lepas... comel tak?? cik Apple buat kuih ni ikut resepi asal kak hana memories atas nama apam dot dot tp disebabkan cik Apple punya takde dot dot tu yg tukar apam comel inti blueberi. Akceli baru 1st time buat apam ni, cik Apple kurang berpuas hati sikit dengan prestasinya... tunggulah nanti cik Apple akan cuba lagi hingga jadi betul2 perfect macam kak hana punya..
apam yg kurang menunjukkan prestasi yg memberangsangkan cik Apple tp still delicious....
bubuh inti blueberry beli kat kedai 2ply (ewah... promote lak hehe..)

nota: gagal sekali tidak bererti gagal selamanya!!

Sunday, March 6, 2011

Masakan hujung minggu

Salam & selamat berhujung minggu....

Selamat pagi semua... dah beberapa hari tak menjengah blog ni rindu rasanya. cik Apple sedikit tak sedap badan (mungkin simptom2 demam tak jadi) selepas buat operasi kemas mengemas kat opis ari jumaat lepas... mengemas stor yg berhabuk & menyusun BRP (buku rekod perkhidmatan bkn BPR ek)... debu seinci pon ada (ehh!! ada ke?? macam menipu pulak)

Pagi ni dah rasa ok sikit.tu yg menggatal nak buat something.hehe...
Apa menu masakan yang akan cik Apple buat minggu ni....???
v
v
v
v
SUPRISE!!!! mane boleh bagi tau hehehe... ngada-ngada betol kan...
Tunggu cik Apple post kat next entri... okey



nota: sebenarnya cik Apple tak decide lagi nak try resepi apa hari ni ahaha...

Thursday, March 3, 2011

Kek batik versi biskut jejari

Salam...

Haii... biasanya hujung minggu jer cik Apple rajin memasak tetapi entah mengapa tiba-tiba kali ni terajin pulak nak masak memasak selepas cik Apple mengemaskini buku resepi dan akhirnya menu yang jadi pilihan selepas penat belek-belek buku resepi adalah kek batik ni.... sonang pon sonang gak aihh..

Apalagi mulalah cik Apple operasi godek menggodek di dapur tu sebaik saja balik dari keje hehehe.... Hasilnya jadilah kek batik yang ringkas dan sedap dimakan anak-anak buah cik Apple walaupun rupanya tak secantik resepi asal dari k.am flora...
taa daa ------ >>>

Buruk la pulak tengok masa dalam bekas ni... tak kemas coz malas nak susun satu2 main sekali gaul jer semua biskut dlm kuali

Ni kes malas nak potong cumel-cumel... anak buah pun dah tak sabar sgt time ni

Wednesday, March 2, 2011

Kisah makcik tempe

Salam...

Ni dia kisah "makcik tempe" yang cik Apple janjikan beberapa hari lepas...

Di sebuah kampung tinggal seorang makcik yang terkenal dengan kepakaran membuat tempe sehinggakan dia digelar dengan panggilan makcik tempe dan bila sebut jer makcik tempe seluruh kampung hinggakan ke kampung sebelah pun kenal siapa gerangannya makcik tempe tu dan kat mana rumahnya....

Makcik tempe ni menjual semua tempe2 nya kat pasar dikampung tersebut setiap hari sebagai punca pendapatan hariannya... bak kata orang kais pagi makan pagi... yelah kan setakat jual tempe tu berapa lah sangat pendapatan yang diperolehi sekadar cukup makan jer...

Pada suatu pagi, makcik tempe ni pun dah bersiap sedia untuk ke pasar menjual tempenya yang telah 3 hari dibuat (biasanya tempe perlukan masa lebih kurang 3 hari untuk masak) tetapi apabila dibukak salah satu bungkusan tempe tu alangkah terperanjatnya makcik tersebut apabila tempe yang dibuat masih belum masak...

Dengan susah hati dan penuh harapan makcik tempe berdoa agar tempenya masak dan bolehlah dia jual di pasar pada hari tu. Dengan hati yang berberat makcik tempe meneruskan niatnya untuk ke pasar dengan harapan tempenya akan memjadi dalam perjalanannya ke pasar yang memakan masa lbh kurang 30-40 minit.

Setiap 10 minit berjalan makcik tempe akan berhenti dan memeriksa bungkusan tempenya tetapi malangnya tempe tersebut masih belum masak. Dan makcik tempe tidak putus2 berdoa dengan penuh pengharapan dan kesungguhan agar Allah memakbulkan permintaannya supaya tempenya masak sepanjang perjalanannya ke pasar.

Tetapi sehingga ke tengahari tempenya masih belum masak... "mintak maaf nak, tempe makcik harini belum jadi lagi... makcik tak dapat nak jual mungkin kejap lagi masaklah" kata makcik tempe dengan jujur tetapi sedih kerana tiada lah pendapatan pada hari tersebut. Bagaimanapun dia tetap tidak putus2 berdoa..

Masuk ke waktu petang... makcik tempe masih lagi mengharap agar tempenya menjadi tetapi hampa setelah membuka bungkusan tempenya... lewat petang tu makcik tempe bersiap2 mengemas semua tempenya dengan perasaan kecewa. Sedang dia berkira2 utk berjalan pulang datangla seorg pemuda "makcik2... saya nak beli tempe makcik"kata pemuda itu dengan tercungap2...

"maaf nak, tempe makcik harini tak jadi lagi, belum masak sepenuhnya mungkin esok baru jadi... anak dtg esok ye"jawab makcik dgn sedih "eh saya memang nak beli yg belum jadi makcik, esok nak bawak ke luar negara.. puas saya cari tempe yg belum jadi ni. saya nak beli semua makcik" kata pemuda tu lagi.. "semua nak??" tanya makcik tempe terkejut. "iye makcik.. semua" jawab pemuda tu. Itulah rezeki makcik tempe hari tu.

Pengajarannya, sentiasalah berusaha dan berdoa kerana terkadang Allah lambat memakbulkan doa kita kerana ingin menguji kita. Tetapi Allah tidak akan menguji sesuatu yg diluar kemampuan hambaNya. Selagi kita berusaha insyaAllah... rezeki tidak akan putus

Tuesday, March 1, 2011

Sesi salam kaut

Salam...

Harini tanggal 1 Mac 2011... sekelip mata jer rasanya dah masuk bulan Mac dan dah 2 bulan berlalunya tahun 2011. Sesi ke'bizi'an cik Apple pun telah berlalu.... Alhamdulillah lega sangat rasanya tak payah nak terkejar-kejar lagi lepas ni... hehehe dah jadi tanggungjawab kena la laksanakan dengan ikhlas...

Tak sampai seminggu pun kakitangan kerajaan dapat gaji tapi gaji cik Apple dah abis di agih-agihkan kepada yang berkenaan... bak kata orang umpama sesi salam kaut dengan mesin ATM dan bank-bank terpilih. Mujur jugak dapat merasa salam kaut dan menghidu bau duit walaupun sekejap sbb ada sesetengahnya hanya sempat melihat angka2 di skrin PC jer bila transaksi dibuat secara online... bau duit pun cik Apple tak sempat nak hidu...hahaha

Apa yang dibayarnya tu...??

SUK Selangor - loan blajar KUSZA
PTPTN - loan blajar UPM
Public Bank - loan kereta
duit minyak petrol
duit tol
duit utk parent
barang keperluan peribadi (tak dapat nak list kat sini)

Wahh!! banyaknya bayaran yang nak kena settle tiap bulan. Apepun sebagai peminjam berhemah kena la bayar semuanya kan... jangan jadi kacang lupakan kulit macam iklan PTPTN kat tv tu... ahaha