Sunday, February 13, 2011

Air tangan di Hujung minggu

Salam...

Menu hujung minggu ni berasaskan ubi keledek...hehehe... tiba-tiba rasa rajin lak nak masak-memasak ni... alkisahnya bermula setelah melihat keledek di pasar malam Kg. Delek tp langsung tak terfikir untuk membeli. Bila malam menjelma terbayang2 keledek yg cumel dan cun tu tp biasala bila dah pakai uniform (baju kelawar la...) dah malas nak keluar. Esoknya pagi2 lagi dah mencari keledek di kedai...hehehe... inilah cik Apple yang ada angin kus-kus ni...

ubi keledek (gambar ehsan google)


Niat asal beli ubi keledek ni nak buat kuih buah melaka... dapat jugak siapkan sepinggan atas pertolongan anak buah cikApple yang suke menyebuk (sori Amy... dia ni memang suka menyibuk time orang nak masak) bila letak keledek kuih ni rasa xliat sangat. ni kata orang la... tp memang betol (caya la cakap cik Apple...) bila bubuh tepung pulut semata kuih jadi macam liat sikit, sian kat budak2 kecik kan (ke gigi cik Apple yg kurang kalsium nak mengunyah benda liat kot hehehe..)

kuih buah melaka

Lebihan keledek ada 2 biji tak tau nak buat apa... daripada dibiarkan busuk cik Apple dah berangan nak buat karipap plak... beberapa hari yg lepas ada ternampak resepi karipap bulat kat blog kawan2 cik Apple... keledek tu boleh gak di buat inti karipap... taste more better dari inti ubi kentang tau... dengan semangat waja cik Apple mula menguli tepung... ahaha... semangat tu mula2 jer baru separuh jalan dah xde tenaga (kantoi...dah lame tak excercise...) kesudahannya adunan tu di uli ala kadar jer... (dasar pemalas kan... hangat-hangat ta** ayam). Hasilnya jadilah karipap yang berjerawat... tak licin langsung kulitnya, menderhaka la katakan


karipap goreng inti ubi keledek

Friday, February 11, 2011

.:: TaHNiaH ::.

Salam...



Tahniah dan semoga bahagia diucapkan kepada kawan2 yang sedang meniti alam kebahagiaan.. kenapa tiba2 cik Apple wish ni ye....?? hehehe... sebenarnya semasa sedang ralit melayari FB ternampak la gambar kat bawah ni >
Akhirnya mereka bersatu juga... Alhamdulillah... walaupun ada sedikit kesedihan dalam hati ini (kisah lama ~ teman tapi mesra ~ ahaks...) tapi diharap cik Apple akan terus tabah mengharungi perjalanan hidup. Kepada pasangan Kamal & Izah semoga kalian berdua bahagia...

nota: tidak semua yang kita impikan jadi kenyataan

Thursday, February 10, 2011

Reunion SAMBT 1999 : 2011

Salam...


Perjumpaan semula pelajar2 SAMBT yang dijadualkan pada 4 Feb 2011 (Jumaat) telah dilangsungkan dengan jayanya walaupun tidak ramai kehadiran kawan2 seperti yang dijanjikan... salah satu sebabnya mungkin perubahan tempat perjumpaan di saat-saat akhir...

(antara kaum hawa yang hadir)

Mungkin kekhilafan itu akan dijadikan panduan untuk mengurus perjumpaan2 lain di masa akan datang... walaupun sedikit kekecewaan dan kekesalan diatas kehadiran kawan2...cik Apple akan jadikan itu sebagai pengajaran ~ sesungguhnya bukan mudah untuk mengatur perjumpaan yang memerlukan komitmen kwn2 lain ~ seperti yg telah dijangkakan awal2 lagi...

(antara kaum adam yang hadir)

Apapun... "terima kasih" yang tidak terhingga kepada kawan2 yg sudi meluangkan sedikit masa untuk menghadirkan diri dalam perjumpaan tersebut walaupun mempunyai komitmen lain...

(mee jawa antara menu petang)


SAMBT selamanya di hati...


nota: cik Apple rasa sedikit terkilan... tp nak buat camne kan :(

Tuesday, February 8, 2011

Lukisan sekeping Hati

Di sini...
Di muka bumi ini
Dia menumpang kasih secebis kehidupan
Sekelumit perjalanan dalam kepiluan

Onak duri liku-liku kehidupan
Asam garam, pahit manis
Lakaran lukisan terbentang
Di setiap gerak langkah tari yang dimainkan

Dia...
Seorang wanita yang sempurna
Namun
Sudah suratan tidak semua kesempurnaan itu
Mampu mengundang mentari jingga di lautan biru
Itulah takdir Illahi

Dia...
Sentiasa mengukir senyuman
Namun, gelodak hatinya
Hanya padaMu dia mengadu

Lantaran itu...

Dia selalu memohon
Agar di pinjamkan sekelumit
Ketabahan, kesabaran dan kekuatan
Bagi mengharungi gerak langkah
Perjalanannya yang kian kelam

Moga 'DIA' akan damai DI SANA kelak
InsyaAllah...

~Amin~

Monday, February 7, 2011

Cerita setelah KemBaLi

Salam...

Setelah bercuti 4 hari di kampung halaman tercinta (Sungai Besar dihatiku)... cik Apple telah kembali untuk menulis di entri ini....banyak untuk dikongsikan bersama-sama.. Wahh!! macam best sangat kan.... hehehe

Ape yang best ek....ermm... musim menuai di kampung halaman ku. Sempat ambik gambar mesin padi tengah posing lagi tu... hehehe mengalahkan model popular pulak...

Cuba tengok burung-burung yang berterbangan mengutip rezeki selepas padi di tuai


Pagi2 sempat berjalan di belakang rumah dengan anak2 buah... kitorg kat kampung panggil "palong" (macam terusan air mengalir tu...) sambil menikmati suasana pagi yang nyaman...
Anak-anak buah yang menyibok nak ikut walaupon belum mandi lagi.... (masing2 tak tukar uniform lagi tu) Nun... dihujung sana kereta cumel cik Apple sempat nak posing gak (ahahaha kantoi... naik kereta bukan jalan kaki)

Siapakah ini?? hikhik


Sempat jugak cik Apple menghadirkan diri di perjumpaan kawan2 lama... nanti cik Apple cerita di entri lain pasal perjumpaan tu ye...

Dan yang palinggggg tak best dalam 4 hari tu adalah kesesakan lalulintas yang sangaattt teruk (lenguh kaki2 cik Apple bawak kereta manual tu dari sg. besar ke klang...)

Thursday, February 3, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Wahh!! ....kali ni kita semua bercuti panjang sempena thn baru cina... 4 hari.. cik Apple pun sedang berkemas2 utk berangkat pulang ke kampung halaman tercinta di Sg. Besar (Sg Besar dihatiku hehe...) nak cepat pulang pagi ni takut jalan sesak terutamanya di Kuala Selangor, Tjg Karang dan Sekinchan..

Dikesempatan ini cik Apple nak ucapkan Selamat thn baru cina...Gong xi fa chai...Xin nian kuai lek (yeke ejaan ni...da lama tinggalkan bhs mandarin) kepada semua rakyat Malaysia...kita kan 1Malaysia.....hehehe :)

Selamat Bercuti dan berhati-hati di jalan raya!!

Wednesday, February 2, 2011

Hujan Oh Hujan !!

Musim hujan telah melanda negeri kita kini....(mode: sejuk)

Antara negeri yang telah dilanda banjir -Johor, Melaka, N.Sembilan dan Pahang- (teringat masa belajar kat UPM dulu beramai2 menyertai misi menyelamat mangsa banjir kat Muar, Johor) tolong masak kat pusat pemindahan mangsa banjir dan basuh rumah penduduk yg kotor akibat banjir...fuhhh!! memang memenatkan dan kesian kat penduduk yang majoritinya orang kampung dan tiada pendapatan tetap. Sekali lg cik Apple pegi kat Kedah...situasinya sama jer..kawasan kampung yang banyak terjejas teruk. Ada sekali tu siap tolong basuh cadar, selimut...memang kesian barang2 semua rosak teruk dan tak boleh digunakan lagi.

Pesanan cik Apple berhati2 dengan hujan lebat dan jgn main air terutama kepada anak-anak kecil yang bercuti panjang sempena cuti sekolah thn baru cina. Esok cik Apple akan wish utk thn baru plak...pastu cik Apple akan bercuti panjang ~balik kampung~ yahhooo...

-Malaysia dengan banjir air hujan, Jepun banjir dengan hujan salji-