Sunday, January 11, 2015

Misi Banjir 2015 ~ Gua Musang

Assalamualaikum wbt...

Hai...selamat pagi uolls. Hehe... sedikit bersemangat nampaknya cik Apple pagi ni. Walaupun dlm kepala ni sedikit berserabut dgn bermacam-macam perkara yg belum selesai. Nmpknya minggu depan sekolah dah bermula dan cik Apple dah tak boleh nak bersenang lenang lg keluar ke tmpt kerja lewat. Mulalah kehidupan kelam kabut kembali.

Oklah..berbalik kepada tajuk entri kali ni cik Apple sbnrnya baru blk dari misi banjir KPM sbg sukarelawan pada 6 - 9hb januari. Kami ditugaskan untuk mencuci dan membersih sekolah di SK Limau Kasturi, Gua Musang Kelantan. Totally  lost sbb air banjir smpai tingkat 2. Kalau ikut logik mcm tak percaya sbb sekolah terletak atas bukit.. tapi itulah kuasa Allah

Keadaan semasa banjir SK Limau Kasturi - gambar semasa banjir ehsan penduduk tempatan




Pengagihan sumbangan dan penginapan kami bertempat di SMK Tengku Indra Putra 2. Barang-barang sumbangan di edarkan kpd penduduk di sekitar Kg Limau Kasturi


Kerja-kerja pembersihan kami di asrama SK Limau Kasturi, Gua Musang


Ok.. cik Apple nak mengemas pulak. Next time ada kelapangan cik Apple update lagi ok

Sunday, January 4, 2015

Salam Tahun Baru 2015

Assalamualaikum wbt...

Lama sudah tidak bersiaran di dunia blogging... terfikir utk mengambil bersara pilihan... cehhhh!!! nak buat mcm kerja pulak.hehe.... mesti ada yg rindu nak membaca cerita cik Apple.. takpe kalau tak rindu pon cik Apple paham jgk sbb cik Apple sbnr nya yg rindu nak membuat entri di blog ni. Maafkan cik Apple atas kehilangan tanpa khabar selama beberapa bln ni. Bertapa di dlm gua mencari ketenangan dan ilham sblm cik Apple membuat come back hihihi......

Dlm tak sedar kita dah masuk thn 2015... cepat betul masa berlalu kan. Dah bertambah usia lg thn ni hmmm... bermcm2 peristiwa yg berlaku dlm thn 2014 hinggakan cik Apple tak terkejar utk menulis dlm blog ni. Takpe lah... semoga semua perkara yg berlaku menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua dan anggap ia sebagai ujian dari Allah.

Sebenarnya mulai bln 10 thn lepas cik Apple dah ditugaskan utk membuat kerja dibahagian lain. Masih di unit yg sama tapi ada sedikit job rotation... Alhamdulillah sekarang cik Apple dah semakin mahir belajar tugasan baru.

Cukuplah dulu setakat ni bg entri kali ni. Next time cik Apple buat entri lagi. Insha Allah...


Cik Apple akhiri dgn gambar tarian samba beramai2 sempena hari keluarga JPS