Saturday, October 22, 2011

Terima atau tidak ??

Salam...

Perlu di ingat tak semua orang berfikiran sama... Tak semua yang sukar itu sukar dan tak semua yang mudah itu mudah. Berkata memang mudah tapi nak menjawab itu sukar walaupun hanya sepotong perkataan ringkas berbunyi "terima atau tak?"

Jadi apa yang harus cik Apple jawab???

Ermm... hanya terdiam tanpa kata. Tapi kata orang tua2 diam/senyum tanda setuju (yelah kot!!) Apa2 pun... buat siapa yang menuturkan persoalan itu hendaklah pastikan bila ada mukadimah, pastikan ada kesudahannya ye (ceh! ayat serius pulak da..)

Sebagai wanita, cik Apple perlu berhati2 dalam membuat keputusan (aik!! cik Apple pulak ke?? hehe...) Walaupun luka lama dah sembuh tapi parutnya masih ada (of course la kan). Bak kata pepatah "ikan dilaut, asam didarat dalam kuali bersatu juga" andai ada jodoh pasti tak ke mana kan kan...

"Jangan anggap diri terlalu sempurna dan ingin memilih sesuatu yang sempurna kerana sesuatu yang sempurna itu tak mungkin sempurna buat kita" mengharap pelangi indah akan muncul jua selepas hujan.. *_<

Nota : ketua pengawas -> sangat garang dan suka berdebat!!

No comments:

Post a Comment