Friday, October 7, 2011

Dia untukku

Salam...

Wahh.... terkesan sungguh cik Apple tengok siaran Semanis Kurma malam tadi bertajuk "Dia Untukku" yang disiarkan di tv9 dan diacarakan oleh pasangan suami isteri Ustazah Siti Norbayah dan Ustaz Wan Akashah. Memang sepatutnya sebegitulah yang sepatutnya dilakukan untuk memcari pasangan (betul ke ayat cik Apple ni ek??)

Apa yang cik Apple terkesan dalam ucapan pengacara malam tadi berbunyi "untuk mendapat pasangan yang terbaik, kita hendaklah menjadi yang terbaik" dan "untuk mendapat yang sempurna, kita hendaklah menjadi yang sempurna terlebih dahulu". Kebanyakkan orang zaman kini nak cari yang terbaik, nak yang sempurna walhal diri sendiri tu sempurna tak? baik tak?... Wallahhuaklam... itulah pernyataan yang cik Apple suka sangat..

Bagi cik Apple, memanglah nak cari yang terbaik dan sempurna untuk cik Apple tapi mungkin Allah belum tunjukkan... siapa saja yang Dia tentukan cik Apple terima seadanya kerana Dia lebih mengetahui dan semuanya dalam perancanganNya... InsyaAllah

No comments:

Post a Comment