Thursday, October 20, 2011

cemburu...??!

Salam...

Apa topik kali ini yang ingin cik Apple kongsikan ye... tengok pada tajuk macam topik panas je kan... hehehe... mungkin panas pada sesetengah orang dan mungkin suam-suam pada orang lain...
Oklah berbalik pada topik kita ni sebenarnya berkaitan 'kakitangan kerajaan di cemburui' terutama pada mereka yang bekerja di pihak swasta... ermm... kenapa ye?? adakah kerana banyaknya kelebihan dan keistimewaan yang diberikan oleh pihak kerajaan pada kakitangannya... mungkin jugak kot.
Apa yang paling ketara dan terserlah kecemburuan apabila tiba musim belanjawan di umumkan biasanya dalam bulan oktober kan... apa2 pun pendapat dan komen yang diberikan itu semua adalah hak individu dan cik Apple tak nak komen apa2 dalam entri ini.

Nota: jauhi sifat cemburu InsyaAllah hati akan tenang :)

No comments:

Post a Comment