Friday, March 25, 2011

Kopi dan cawan

Salam...

Kisah ni cik Apple baru dapat masa menghadiri perhimpunan bulanan jabatan pagi tadi. Satu cerita yang sesuai untuk dikongsi bersama-sama. Ceritanya begini....

Suatu hari sekumpulan pelajar dlm 10 orang datang untuk menziarahi bekas profesor tempat mereka belajar dulu. Mereka telah dihidangkan dengan seteko air kopi dan berbagai-bagai jenis cawan oleh profesor tersebut. Ada cawan kertas, polisterin dan plastik.... Ada juga cawan kaca, tembaga dan emas yang cantik-cantik..... tp hanya satu jenis cawan sahaja yg di sediakan dan berbeza antara satu sama lain.

Mereka dibenarkan memilih dan menuang sendiri air kopi di dalam cawan masing-masing. Pastinya semua inginkan cawan yang cantik dan mahal berbanding cawan yang biasa dan murah. Maka mereka yang awal sahaja dapat memilih dan menikmati air kopi di dalam cawan cantik dan mahal. Yang lambat hanya minum guna cawan biasa dan semestinya merasa sedikit terkilan kan!

Kalau lah cawan tu boleh dibawa pulang... sekiranya kita berada di tempat pelajar tersebut. Apa perasaan kita??

Semestinya cik Apple merasa terkilan dan sedih, betul tak korang? dalam hati sayu berkata "kalau profesor tu bgtau awal-awal mestilah cepat-cepat nak pilih yang cantik tadi" lebih-lebih lagi bila mereka yang dapat cawan cantik tu menunjuk-nunjuk dan sedikit riak betul tak?? mesti geram jer rasanya...

Pengajaran cerita --->>
1- kenapa berebut nak cawan cantik sedangkan air kopi yang dihidangkan adalah dalam teko yang sama dan rasanya pun pastilah sama kan!!
2- seteko air kopi merupakan kehidupan kita
3- dan cawan merupakan alat (kedudukan, gred, pangkat, harta kekayaan dunia saja)
4- tak semua orang dapat apa yang diinginkan dalam hidup --> hiduplah bersederhana walau siapapun kita dan yang pasti diakhirat kita adalah sama/serupa

No comments:

Post a Comment