Salam...
Ni dia kisah "makcik tempe" yang cik Apple janjikan beberapa hari lepas...
Di sebuah kampung tinggal seorang makcik yang terkenal dengan kepakaran membuat tempe sehinggakan dia digelar dengan panggilan makcik tempe dan bila sebut jer makcik tempe seluruh kampung hinggakan ke kampung sebelah pun kenal siapa gerangannya makcik tempe tu dan kat mana rumahnya....
Makcik tempe ni menjual semua tempe2 nya kat pasar dikampung tersebut setiap hari sebagai punca pendapatan hariannya... bak kata orang kais pagi makan pagi... yelah kan setakat jual tempe tu berapa lah sangat pendapatan yang diperolehi sekadar cukup makan jer...
Pada suatu pagi, makcik tempe ni pun dah bersiap sedia untuk ke pasar menjual tempenya yang telah 3 hari dibuat (biasanya tempe perlukan masa lebih kurang 3 hari untuk masak) tetapi apabila dibukak salah satu bungkusan tempe tu alangkah terperanjatnya makcik tersebut apabila tempe yang dibuat masih belum masak...
Dengan susah hati dan penuh harapan makcik tempe berdoa agar tempenya masak dan bolehlah dia jual di pasar pada hari tu. Dengan hati yang berberat makcik tempe meneruskan niatnya untuk ke pasar dengan harapan tempenya akan memjadi dalam perjalanannya ke pasar yang memakan masa lbh kurang 30-40 minit.
Setiap 10 minit berjalan makcik tempe akan berhenti dan memeriksa bungkusan tempenya tetapi malangnya tempe tersebut masih belum masak. Dan makcik tempe tidak putus2 berdoa dengan penuh pengharapan dan kesungguhan agar Allah memakbulkan permintaannya supaya tempenya masak sepanjang perjalanannya ke pasar.
Tetapi sehingga ke tengahari tempenya masih belum masak... "mintak maaf nak, tempe makcik harini belum jadi lagi... makcik tak dapat nak jual mungkin kejap lagi masaklah" kata makcik tempe dengan jujur tetapi sedih kerana tiada lah pendapatan pada hari tersebut. Bagaimanapun dia tetap tidak putus2 berdoa..
Masuk ke waktu petang... makcik tempe masih lagi mengharap agar tempenya menjadi tetapi hampa setelah membuka bungkusan tempenya... lewat petang tu makcik tempe bersiap2 mengemas semua tempenya dengan perasaan kecewa. Sedang dia berkira2 utk berjalan pulang datangla seorg pemuda "makcik2... saya nak beli tempe makcik"kata pemuda itu dengan tercungap2...
"maaf nak, tempe makcik harini tak jadi lagi, belum masak sepenuhnya mungkin esok baru jadi... anak dtg esok ye"jawab makcik dgn sedih "eh saya memang nak beli yg belum jadi makcik, esok nak bawak ke luar negara.. puas saya cari tempe yg belum jadi ni. saya nak beli semua makcik" kata pemuda tu lagi.. "semua nak??" tanya makcik tempe terkejut. "iye makcik.. semua" jawab pemuda tu. Itulah rezeki makcik tempe hari tu.
Pengajarannya, sentiasalah berusaha dan berdoa kerana terkadang Allah lambat memakbulkan doa kita kerana ingin menguji kita. Tetapi Allah tidak akan menguji sesuatu yg diluar kemampuan hambaNya. Selagi kita berusaha insyaAllah... rezeki tidak akan putus
No comments:
Post a Comment