Thursday, March 3, 2011

Kek batik versi biskut jejari

Salam...

Haii... biasanya hujung minggu jer cik Apple rajin memasak tetapi entah mengapa tiba-tiba kali ni terajin pulak nak masak memasak selepas cik Apple mengemaskini buku resepi dan akhirnya menu yang jadi pilihan selepas penat belek-belek buku resepi adalah kek batik ni.... sonang pon sonang gak aihh..

Apalagi mulalah cik Apple operasi godek menggodek di dapur tu sebaik saja balik dari keje hehehe.... Hasilnya jadilah kek batik yang ringkas dan sedap dimakan anak-anak buah cik Apple walaupun rupanya tak secantik resepi asal dari k.am flora...
taa daa ------ >>>

Buruk la pulak tengok masa dalam bekas ni... tak kemas coz malas nak susun satu2 main sekali gaul jer semua biskut dlm kuali

Ni kes malas nak potong cumel-cumel... anak buah pun dah tak sabar sgt time ni

No comments:

Post a Comment