Monday, July 8, 2013

Happy Monday...

Assalamualaikum.....

Ermm....diam tak diam dah masok hari isnin dan arini bersamaan 29 Syaaban 1434H. bermakna kalau tak esok mungkin lusa umat islam akan menyambut bulan mulia bulan puasa Ramadhan Al Mubarak InshaAllah...
Sesungguhnya Cik Apple bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bernafas menyambut kemeriahan Ramadhan... Alhamdulillah

Cik Apple nak kongsikan sedikit pesanan dari ustaz semasa mengikuti majlis bacaan Yassin di opis hari jumaat lepas. Mungkin ramai dah maklum tapi takpelah kita kongsi bersama sebagai peringatan:

Kelebihan bulan Ramadhan - Awal Ramadhan (Rahmat), Pertengahan Ramadhan (Keampuan/Magrifat), Penghujung Ramadhan (Dapat membebaskan dari api neraka) - sekiranya kita memanfaatkan kehadiran bulan Ramadhan InshaAllah, Allah tidak akan menghampakan hambanya dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Persediaan menjelang Ramadhan - antara persediaan yang perlu dilakukan adalah dari segi iman (mengukuhkan keimanan), amal (sentiasa beramal baik), rohani (memperbaiki dalaman) dan kewangan (jangan melakukan pembaziran).

Mood : Hepi Besday to my niece Diyana

No comments:

Post a Comment