Tuesday, July 30, 2013

21 Ramadhan sudah!!!

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah... sekejap je dah masok ke penghujung Ramadhan, arini hari ke 21 Ramadhan umat islam berpuasa. Persiapan raya??
Hurmm.....adalah sikit-sikit baru buat yang lain-lain akan dibuat beberapa hari sebelum menjelang raya. sempat ke?? hahaha.... nak tak nak kenala sempatkan jugak kan!!

Oklah... nak cerita pasal solat terawih malam tadi. Di imamkan oleh ustaz dari bumi Palestin ntah sape name pon cik Apple tak ingat. Masa sesi tazkirah ustaz tu bercerita bagaimana penderitaan rakyat di bumi Gaza yang sedang dilalui sekarang sungguh menyedihkan... (really cik Apple terharu!!) ustaz tu cakap dalam bahasa arab dan di translate ke dalam bahasa melayu... kalau tak comfirm cik Apple angkat kaki hehehe.....

Malam tadi jugak buat pertama kali nya cik Apple buat sujud sejadah / tilawah kerana imam baca surah as-sajadah dalam solat terawih. Nampak sangat ilmu cetek di dada.... cik Apple langsung tak tau apa yang nak dibaca semasa sujud hanya selawat Nabi saja. Nak google memang tak sempat la dah... tulah masa belajar dulu main-main lagipun tak pernah praktik dalam kehidupan seharian.Ape yang kesian ada makcik-makcik yang tak tau jugak.... dah nama sujud tapi dia buat rukuk pulak. Cik Apple tak salahkan mereka kerana cik Apple pon jahil jugak.

Apa yang cik Apple agak kurang berpuas hati pasal kanak-kanak yang dibawa oleh ibubapa mereka ke masjid. Memangla bagus bawak budak kecik ke masjid untuk mengajar mereka mendekatkan diri dengan masjid dan agama islam tapi kalau boleh janganlah sampai mengganggu para jemaah lain yang ingin menunaikan ibadah dengan berlari-lari (termasuk main kejar-kejar) dihadapan jemaah yang sedang solat berjemaah dan bermain mercun sampaikan ada makcik-makcik yang melatah sewaktu solat kerana terdengar letupan mercun diperkarangan masjid yang agak kuat. Astafirullah alazim..... mungkin cik Apple sarankan masjid tempat cik Apple tu kena sediakan orang dewasa yang memantau aktiviti kanak-kanak di masjid.

Satu lagi masjid tempat cik Apple berterawih dah semakin berkurangan barisan jemaah yang hadir di penghujung Ramadhan ni....ruangan lelaki dan wanita tak macam masa mula-mula Ramadhan dulu.Cuba bersangka baik ~ mungkin ahli kariah sibuk dengan tugasan seharian kot...

Nota : tingkatkan amal ibadah di sepuluh malam terakhir!!

No comments:

Post a Comment