Tuesday, July 30, 2013

21 Ramadhan sudah!!!

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah... sekejap je dah masok ke penghujung Ramadhan, arini hari ke 21 Ramadhan umat islam berpuasa. Persiapan raya??
Hurmm.....adalah sikit-sikit baru buat yang lain-lain akan dibuat beberapa hari sebelum menjelang raya. sempat ke?? hahaha.... nak tak nak kenala sempatkan jugak kan!!

Oklah... nak cerita pasal solat terawih malam tadi. Di imamkan oleh ustaz dari bumi Palestin ntah sape name pon cik Apple tak ingat. Masa sesi tazkirah ustaz tu bercerita bagaimana penderitaan rakyat di bumi Gaza yang sedang dilalui sekarang sungguh menyedihkan... (really cik Apple terharu!!) ustaz tu cakap dalam bahasa arab dan di translate ke dalam bahasa melayu... kalau tak comfirm cik Apple angkat kaki hehehe.....

Malam tadi jugak buat pertama kali nya cik Apple buat sujud sejadah / tilawah kerana imam baca surah as-sajadah dalam solat terawih. Nampak sangat ilmu cetek di dada.... cik Apple langsung tak tau apa yang nak dibaca semasa sujud hanya selawat Nabi saja. Nak google memang tak sempat la dah... tulah masa belajar dulu main-main lagipun tak pernah praktik dalam kehidupan seharian.Ape yang kesian ada makcik-makcik yang tak tau jugak.... dah nama sujud tapi dia buat rukuk pulak. Cik Apple tak salahkan mereka kerana cik Apple pon jahil jugak.

Apa yang cik Apple agak kurang berpuas hati pasal kanak-kanak yang dibawa oleh ibubapa mereka ke masjid. Memangla bagus bawak budak kecik ke masjid untuk mengajar mereka mendekatkan diri dengan masjid dan agama islam tapi kalau boleh janganlah sampai mengganggu para jemaah lain yang ingin menunaikan ibadah dengan berlari-lari (termasuk main kejar-kejar) dihadapan jemaah yang sedang solat berjemaah dan bermain mercun sampaikan ada makcik-makcik yang melatah sewaktu solat kerana terdengar letupan mercun diperkarangan masjid yang agak kuat. Astafirullah alazim..... mungkin cik Apple sarankan masjid tempat cik Apple tu kena sediakan orang dewasa yang memantau aktiviti kanak-kanak di masjid.

Satu lagi masjid tempat cik Apple berterawih dah semakin berkurangan barisan jemaah yang hadir di penghujung Ramadhan ni....ruangan lelaki dan wanita tak macam masa mula-mula Ramadhan dulu.Cuba bersangka baik ~ mungkin ahli kariah sibuk dengan tugasan seharian kot...

Nota : tingkatkan amal ibadah di sepuluh malam terakhir!!

Wednesday, July 17, 2013

Kisah cemas ~ 7 Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dah genap 7 hari umat islam berpuasa dan harini masuk hari ke 8 bulan Ramadhan.

cik Apple ingin berkongsi peristiwa cemas yang berlaku pada petang semalam apabila en.Bos dimasukkan ke Hospital Sabak Bernam akibat sesak nafas dan doktor mensarankan operation dilakukan dengan kadar segera kerana masalah jantung tersumbat. 'operation dgn kadar segera'!!! Ya Allah... hanya tuhan saja yang tahu perasaan kami adik beradik waktu itu.

Lagi kalut apabila dikhabarkan en.Bos akan dibawa ke Hospital Teluk Intan kerana lagi dekat dan tidak dapat dibawa ke Hospital Klang memandangkan tiada pakar di Hospital Sabak Bernam... ikutkan hati dan perasaan ingin terbang pulang malam td jugak... Semoga Allah memberi kesembuhan dibulan yang mulia ini agar en.Bos aka "Hj Basri bin Adnan" dapat diberi peluang untuk terus bernafas dan bersama-sama kami meraikan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.


Syukur... Alhamdulillah... hanya itu yang mampu cik Apple ungkapkan selepas mendapat berita pukul 12.30am bahawa en.Bos telah dimasukkan dalam wad biasa dan keadaan dah stabil. Berita operation masih belum diterima sehingga pagi ni sama ada tetap akan dijalankan atau tak.... mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. inshaAllah...

Nota : doakan kesihatan ayah cik Apple ye...

Thursday, July 11, 2013

Hujan - 2 Ramadhan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.... harini dah masuk hari kedua bulan Ramadhan yang mulia. Harap semua umat islam masih bersemangat untuk terus meningkatkan amal ibadat. Masjid-masjid jugak masih penuh dikunjungi umat islam yg ingin menunaikan solat sunat terawih berjemaah.... Cik Apple pun dapat berjemaah di beranda masjid jer. Harap-harap suasana berpesta ibadat ini berpanjangan sehingga ke penghujung Ramadhan... InshaAllah...

(gambar en. google)

Seawal jam 3.00am barangkali hujan sudah mula turun membasahi bumi.... Sejukkk!!! dan tarik selimutla jawabnya... sehingga saat ini hujan masih turun renyai-renyai... cik Apple pun jadi renyai lah kat opis pagi ni.... ahakss.... alasan yang tak munasabah kan!! Salam Ramadhan buat semua pengunjung d'apppLe diary's

Nota : Rahmat hujan di hari kedua Ramadhan

Tuesday, July 9, 2013

Selamat menyambut Ramadhan 1434H

Assalamualaikum....

(gambar ehsan en. google)

Anak bulan Ramadhan tidak kelihatan...bermakna arini adalah 30 Syaaban... dan 1 Ramadhan jatuh pada esok 10 Julai (Rabu) selepas diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar malam tadi. Dikesempatan ini cik Apple nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.... semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermanfaat dan dirahmati InshaAllah....

Cik Apple akan berusaha meningkatkan amal dan ibadah pada bulan puasa kali ni... kita digalakkan meningkatkan ibadah seolah2 ini adalah Ramadhan terakhir.


Nota : Tak sabar menanti 1 Ramadhan !!!

Monday, July 8, 2013

Happy Monday...

Assalamualaikum.....

Ermm....diam tak diam dah masok hari isnin dan arini bersamaan 29 Syaaban 1434H. bermakna kalau tak esok mungkin lusa umat islam akan menyambut bulan mulia bulan puasa Ramadhan Al Mubarak InshaAllah...
Sesungguhnya Cik Apple bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bernafas menyambut kemeriahan Ramadhan... Alhamdulillah

Cik Apple nak kongsikan sedikit pesanan dari ustaz semasa mengikuti majlis bacaan Yassin di opis hari jumaat lepas. Mungkin ramai dah maklum tapi takpelah kita kongsi bersama sebagai peringatan:

Kelebihan bulan Ramadhan - Awal Ramadhan (Rahmat), Pertengahan Ramadhan (Keampuan/Magrifat), Penghujung Ramadhan (Dapat membebaskan dari api neraka) - sekiranya kita memanfaatkan kehadiran bulan Ramadhan InshaAllah, Allah tidak akan menghampakan hambanya dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Persediaan menjelang Ramadhan - antara persediaan yang perlu dilakukan adalah dari segi iman (mengukuhkan keimanan), amal (sentiasa beramal baik), rohani (memperbaiki dalaman) dan kewangan (jangan melakukan pembaziran).

Mood : Hepi Besday to my niece Diyana

Wednesday, July 3, 2013

I'm Back...!!!

Assalamualaikum.....

Hye all.... i'm back now!! Rindu tak?? muah.. muah.. muah.. Setelah berbulan menyepi dari dunia blogging buat sementara waktu, kini cik Apple kembali.... suke tak?? hurmm... rindu sebenarnya tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa dilupakan buat seketika sementara waktu.

Oklah... kita lupakan kisah lalu dan bukak buku baru sekarang. Now... cik Apple in the house!!

Nota : mood berbunga-bunga