Tuesday, December 31, 2013

Di penghujung 2013

Assalamualaikum wbt...

Diam tak diam dah setahun 2013 berlalu... 365 hari lengkap tanpa sehari pun yg gagal. Kuasa Allah... Subhanallah...

Cik Apple pun tak tau kenape tiba2 terpanggil untuk membuat entri terakhir di penghujung 2013 ni.. tanpa niat dan ketandusan idea sekadar memberitahu yg cik Apple masih wujud di bumi ini rupa2nya... huhu... ayat tak bleh blah tol kan!! Ape pon diharap korg2 yg membaca belog ni tak termuntah k

Sesungguhnya 2013 bg cik Apple ada yg pahit, manis, suka, duka, cabaran dan dugaan yg adakalanya membuatkan cik Apple hampir jatuh tersungkur dek kerana rapuhnya iman ni.. Ya Allah... sesungguhnya aku bermohon agar terus dipinjamkan kekuatanMu bg menghadapi hari mendatang.. Nak cite peristiwa yg berlaku sepanjang 2013 tapi tunggu next entri kot sebab malas nak taip gune henpon touch screen ni.... haha... ayat belagak poyo kan!!

Jumpe lagi next entri... InshaAllah

Saturday, November 23, 2013

Lukis inai

Assalamualaikum....

Wahh...rajin pulak membuat entri cik Apple kali ni hehehe....saje gatal tangan cuba-cuba meng'post' entri guna henpon dan berhasillah pulak.... dan... dan... terajin buat entri lain berkaitan inai ni...




Salam MaalHijrah 1435

Assalamualaikum wbt...

Lama jugak cik Apple tak meng'apdet' belog rupernye... disebabkan kekangan waktu nak menjenguk belog di musim akhir-akhir tahun ni.... semoga cik Apple masih belum terlambat mengucapkan Salam Maalhijrah 1435... lagipun masih dlm bulan Muharam lagi kan. Alhamdulillah... keje-keje dah semakin berkurangan menjelang cuti persekolahan. Begitulah lumrah kakitangan awam yg bekerja di sektor pendidikan walaupun tak terlibat sepenuhnya dalam bidang pendidikan tetapi tempiasnya tetap cik Apple rasai....huhu

Sekarang dah tiba musim untuk cik Apple bersuka ria dan bergembira buat sementara waktu je ok.... nanti masuk bln januari mula la sibuk yg dibuat2 sikit hehe....
Oklah... cerita pasal azam tahun baru hijrah kali ni cik Apple xtahu nak plan ape pada mulanya.... tp selepas pikir punye pikir punye pikir (berape byk pikir da.......) hmmm........................................... (lama nak pikir tu)




Cik Apple plan nak beli rumah... Ape???? RUMAH??? Biar betol ni...mcm xpercaye je tp tolong la percaye ye...tak tau nak tunggu sampai bila lagi sebab thn depan 2014 cik Apple dah masok 32tahun. Tiga puluh dua tahun ok!!! Mula-mula plan nak beli rumah lepas kawen tp sampai sekarang tak kawen2 lagi.. umur tiap hari semakin meningkat so....ape lagi rase nye dah sampai masa cik Apple merancang masa depan cik Apple sendiri. Soal jodoh cik Apple dah tak nak pening2 pikir.... inshaAllah... Dia sebaik2 perancang dan andai ada waktunya akan tiba jua namun andai tiada semoga cik Apple terus diberi kekuatan dan ketabahan meneruskan perjalanan.... Ameen....

(ni contoh rumah dari encik google... dapat rumah sebijik camni best jugak kan)

Buat masa ni cik Apple masih mencari lokasi rumah yang mampu milik.... nak beli rumah idaman memang takkan dapatla setakat gaji ciput cik Apple ni dan kalau terpaksa jugak.......rumah atas pokokla gamaknya yang cik Apple terpaksa beli nanti. Harapan dan doa semua semoga azam utk tahun depan akan terlaksana jua inshaAllah.....

Wednesday, October 9, 2013

Family Day JPS 28.09.13

Assalamualaikum wbt...

Lama jugak cik Apple tidak membuat entri ye... agak kesibukan jugaklah dengan kerja-kerja opis yang tak pernah surut. Bermula dengan 5's lepas tu kena kursus kat ipoh seminggu membantu unit pembangunan untuk penilaian tender... balik2 esoknya pergi hari keluarga JPS pulak siap sesat2 masa balik dari Hulu Langat tu hehe... masuk keje meja penuh dengan keje yg menanti.

 antara warga JPS yang hadir bersama keluarga. ramai yg tak de waktu ni termasuk cik Apple 

 post cik Apple yang tak boleh blah ahaha....

 aktiviti berkayak.... besttt
jengg.... jengg.... jengg...


Nota : Selamat Hari Raya Aidiladha in advance!! hehe

Saturday, September 21, 2013

Tanggal 31

Assalamualaikum....

Tetiba teringin nak menulis lagi..... bangun tido terus bukak belog huhu.... tak senonoh betol kan bukan nak cuci muka ke solat tapi terus terjah belog cik Apple ni.... ermm.... abaikan air liur basi dan terus menaip sebelum masok kerja.... tido tghari waktu lunch kat opis bila xde plan ke mana-mana.

 Oklah nak cerita pada tanggal 31 Ogos yang lepas.... sesi menghantar rombongan meminang anak dara orang ... kelam kabut balik kampung pagi2 sabtu sebabnya nak menhgantar rombongan selepas solat zuhur pada tarikh hari kemerdekaan. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar sekali dan hanya perlu tunggu masa kenduri besar je nanti.

Tapi biasalah dalam kegembiraan pasti ada terselit kekalutan apabila kakak sulong  cik Apple tersalah bawak baju kurung untuk dipakai ke majlis tersebut. Dibawaknya pulak baju anak dia yang kecik dan semestinya saiz yg paling kecik walhal yang nak pakai semua saiz boleh tahan jugaklah (sebab baju mereka anak-beranak sama warna) apa lagi kalut la masa nak bersiap. Nak tak nak terpaksa mereka empat beranak bertukar-tukar baju memandangkan saiz masing-masing semua berbeza-beza.

Sebenarnya entri ni telah di buat awal tapi belum sempat lagi nak post sebab ingat nak adjust sikit-sikit  sebelum post tapi rupa-rupanya.... hahaha.... dah nak basi kat dalam ni. oklah harini takde adjust2 dah ok.

bergambar bersama bakal ahli keluarga baru

ermm.... sedapnye buah tu...
.
 antara rombongan yang hadir

 antara balasan hantaran yang berupa makanan yang diterima.... banyak kan??

sempat lagi posing tu hikhikhik.....

Cerita selanjutnya akan diupdate kemudian jika ada kelapangan inshaAllah...


Nota : get new ring for me

Thursday, September 5, 2013

Jodoh itu milik Allah

Assalamualaikum....

Dalam entri kali ni cik Apple akan menggunakan kata ganti nama 'saya' supaya lbh senang utk bercerita dan entri ini lebih kepada pengalaman peribadi cik Apple sendiri.

~Siapa saya untuk melawan takdir dan siapa kita untuk mengatur hidup~

"Bila nak kawin?"
"Umur dah lanjut tp tak kawin2 lagi dah jd anak dara tua"
"Memilih la tu padan la tak laku"

Itu antara statement yang familiar bg kebanyakkan org  yg masih bujang di usia lanjut. Oh tidak!!!! huhu... senyum jelah bila orang bertanya sebab bukan jawapan ada dlm tangan saya pon. Dulu saya pernah merancang ingin berkahwin di usia 28 tahun iaitu umur yang sangat cantik dan sesuai untuk berumahtangga tetapi kini dah masuk 31 tahun still single and available. Apa nak buat!!

Tak semua orang aturan dan perjalanan hidupnya Allah jadikan sama, mudah dan senang.... menangislah sampai keluar airmata darah sekalipun kalau jodoh belum sampai tak kawin jugak. Pertahankan sekuat mana pun ikatan kasih sayang a.k.a cinta andai 'si dia' bukan Allah ciptakan milik saya tetap tak akan kawin jugak sampai sekarang. Saya bercakap berdasarkan pengalaman hidup.... bukan seorang tapi dah 2,3 orang 'si dia' yang saya cuba pertahankan akhirnya saya yang tewas... apa yang saya boleh buat?? 'si dia' bukan milik saya dan pasti bukan jodoh saya. menangis, frust usah cerita la sampaikan dah kebal rasanya hehehe..... 

Dan saya berpegang pada prinsip walau saya lari sejauh mana sekalipun kerana tak suka dan tak nak pada seseorang andai takdir itu jodoh saya pasti akan bersatu jugak.... tapi jika dah 'si dia' bukan jodoh saya dan saya menolak tetap takkan bersatu jugak.... korang paham tak??hehe... bahasa mudahnya camni la. Kalau dah dia jodoh saya tapi saya menolak tetap akan kawin dengan dia jugak betol tak?? manusia tak boleh melawan takdir... yang boleh kita buat hanya berdoa dan berusahan sahaja.

Jodoh milik Allah... kita hanya merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang. Jangan putus usaha, doa dan tawakal walaupun sesekali saya pernah jugak putus asa dan harapan untuk meneruskan kehidupan yang penuh liku-liku. Tidak dinafikan kuatnya syaitan menghasut hinggakan terlintas difikiran Allah tidak adil dan kenapa saya?? Nauzubillah..... mudah-mudahan mintak di jauhkan.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" - Surah Al-Baqarah 286

Insha Allah saya mampu dan sebab itu Allah uji saya... jalan nya ada dan saya hanya perlu memilih sama ada untuk terus melangkah kehadapan atau berpatah balik, memilih laluan disebelah kanan atau membelok ke kiri... Ya!!! saya perlu melilih tetapi alangkah bersyukurnya jika perjalanan saya di pandu dan di pimpin oleh seorang lelaki bernama suami.

Dan jangan ingat bila kita dah kawin, ada suami, ada anak, kerja pulak dapat jawatan bagus dengan mudah menunding jari pada insan lain yang masih belum sempurna dalam kehidupan sama ada dari segi perbuatan dan perkataan. Ahh!! perempuan memang lemah... Ya betul saya akui saya lemah... sebab itu setiap manusia yang dilahirkan ada pasangannya untuk saling melengkapi iaitu lelaki untuk membantu perempuan yang lemah cuma....... tak semua bernasib baik dapat bertemu pasangan di dunia ini.

Semoga saya terus kuat dan tabah meneruskan kehidupan dan belajar untuk senyum dan pekak kan telinga. Mulut orang biarlah dia nak cakap apa pun dan biarlah apa dia nak fikir bukan saya boleh tutup mulut dan padam pemikiran orang terhadap perspektif andartu.

Nota : hati yang kau sakiti

Tuesday, September 3, 2013

Sambutan raya dan hari kemerdekaan JPS

Assalamualaikum....

Sekitar sambutan raya dan hari kemerdekaan opis cik Apple yang disambut bulan lepas... baru sempat nak upload gambar dalam blog hehe.... boleh gitu??! tak kesah la kan... kan...


Sambutan kemerdekaan opis cik Apple bertemakan warna MERAH.... huhu tapi cik Apple pakai tudung putih... ahaha... ada aku kesah!!
Sambutan raya opis plak cik Apple pakai baju seragam unit P&P warna hijau sebab kena menyanyi atas pentas macam thn2 lepas.... hurm macam la suara ni sedap sangat org nak dengar kan padahal org lain dah tak sabar nak makan jamuan raya yang menghidangkan pelbagai menu yang sangat menarik.... cik Apple mkn satay dan laksam je... dah kenyang ok... pastu cuit2 menu kengkawan sebelah sikit2 buat rasa2... sekurang2nya tak la kempunan kan hehe....




Nota : Semangat MERDEKA!!!

Friday, August 23, 2013

Eid Mubarak 1434H

Assalamualaikum....


SELAMAT HARI RAYA!!!.... lama pulak cik Apple tenggelam selepas raya ye.. hehehe...nak kata sibuk tak la jugak tapi tak berkesempatan untuk menjengah dan mencoret dalam belog ni disebabkan bermacam-macam hal yang berlaku pada cik Apple sejak dua menjak ni... suka, duka, sedih dan gembira asam garam kehidupan setiap manusia.

Alhamdulillah... arini dah masuk 16 Syawal umat islam menyambut bulan kemenangan eid mubarak. cik Apple pun aritu berkesempatan bercuti seminggu di kampung halaman tersayang. Menu pagi raya ada nasi impit, lemang, ketupat palas, rendang kerang, rendang ayam, rendang daging, ayam masak merah, serunding dan apa lagi ye cik Apple pun dah tak ingat.... tapi memang marbeles yummy...yummy!! SEDAP!! (huhu... kena la puji sebab bukan cik Apple yg masak)

cik Apple tak nak cerita panjang so, tengoklah sekeping dua gambar raya cik Apple di pagi raya bersama family di kampung cuma kekurangan kakak sulung sekeluarga.... ramai tak?? gambar ni diambil sebelum kami menziarah pusara arwah mak (thn kedua beraya tanpa arwah mak.... moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman) selamat berjumpa lagi di lain entri.



Nota : Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Tuesday, July 30, 2013

21 Ramadhan sudah!!!

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah... sekejap je dah masok ke penghujung Ramadhan, arini hari ke 21 Ramadhan umat islam berpuasa. Persiapan raya??
Hurmm.....adalah sikit-sikit baru buat yang lain-lain akan dibuat beberapa hari sebelum menjelang raya. sempat ke?? hahaha.... nak tak nak kenala sempatkan jugak kan!!

Oklah... nak cerita pasal solat terawih malam tadi. Di imamkan oleh ustaz dari bumi Palestin ntah sape name pon cik Apple tak ingat. Masa sesi tazkirah ustaz tu bercerita bagaimana penderitaan rakyat di bumi Gaza yang sedang dilalui sekarang sungguh menyedihkan... (really cik Apple terharu!!) ustaz tu cakap dalam bahasa arab dan di translate ke dalam bahasa melayu... kalau tak comfirm cik Apple angkat kaki hehehe.....

Malam tadi jugak buat pertama kali nya cik Apple buat sujud sejadah / tilawah kerana imam baca surah as-sajadah dalam solat terawih. Nampak sangat ilmu cetek di dada.... cik Apple langsung tak tau apa yang nak dibaca semasa sujud hanya selawat Nabi saja. Nak google memang tak sempat la dah... tulah masa belajar dulu main-main lagipun tak pernah praktik dalam kehidupan seharian.Ape yang kesian ada makcik-makcik yang tak tau jugak.... dah nama sujud tapi dia buat rukuk pulak. Cik Apple tak salahkan mereka kerana cik Apple pon jahil jugak.

Apa yang cik Apple agak kurang berpuas hati pasal kanak-kanak yang dibawa oleh ibubapa mereka ke masjid. Memangla bagus bawak budak kecik ke masjid untuk mengajar mereka mendekatkan diri dengan masjid dan agama islam tapi kalau boleh janganlah sampai mengganggu para jemaah lain yang ingin menunaikan ibadah dengan berlari-lari (termasuk main kejar-kejar) dihadapan jemaah yang sedang solat berjemaah dan bermain mercun sampaikan ada makcik-makcik yang melatah sewaktu solat kerana terdengar letupan mercun diperkarangan masjid yang agak kuat. Astafirullah alazim..... mungkin cik Apple sarankan masjid tempat cik Apple tu kena sediakan orang dewasa yang memantau aktiviti kanak-kanak di masjid.

Satu lagi masjid tempat cik Apple berterawih dah semakin berkurangan barisan jemaah yang hadir di penghujung Ramadhan ni....ruangan lelaki dan wanita tak macam masa mula-mula Ramadhan dulu.Cuba bersangka baik ~ mungkin ahli kariah sibuk dengan tugasan seharian kot...

Nota : tingkatkan amal ibadah di sepuluh malam terakhir!!

Wednesday, July 17, 2013

Kisah cemas ~ 7 Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dah genap 7 hari umat islam berpuasa dan harini masuk hari ke 8 bulan Ramadhan.

cik Apple ingin berkongsi peristiwa cemas yang berlaku pada petang semalam apabila en.Bos dimasukkan ke Hospital Sabak Bernam akibat sesak nafas dan doktor mensarankan operation dilakukan dengan kadar segera kerana masalah jantung tersumbat. 'operation dgn kadar segera'!!! Ya Allah... hanya tuhan saja yang tahu perasaan kami adik beradik waktu itu.

Lagi kalut apabila dikhabarkan en.Bos akan dibawa ke Hospital Teluk Intan kerana lagi dekat dan tidak dapat dibawa ke Hospital Klang memandangkan tiada pakar di Hospital Sabak Bernam... ikutkan hati dan perasaan ingin terbang pulang malam td jugak... Semoga Allah memberi kesembuhan dibulan yang mulia ini agar en.Bos aka "Hj Basri bin Adnan" dapat diberi peluang untuk terus bernafas dan bersama-sama kami meraikan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.


Syukur... Alhamdulillah... hanya itu yang mampu cik Apple ungkapkan selepas mendapat berita pukul 12.30am bahawa en.Bos telah dimasukkan dalam wad biasa dan keadaan dah stabil. Berita operation masih belum diterima sehingga pagi ni sama ada tetap akan dijalankan atau tak.... mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. inshaAllah...

Nota : doakan kesihatan ayah cik Apple ye...

Thursday, July 11, 2013

Hujan - 2 Ramadhan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.... harini dah masuk hari kedua bulan Ramadhan yang mulia. Harap semua umat islam masih bersemangat untuk terus meningkatkan amal ibadat. Masjid-masjid jugak masih penuh dikunjungi umat islam yg ingin menunaikan solat sunat terawih berjemaah.... Cik Apple pun dapat berjemaah di beranda masjid jer. Harap-harap suasana berpesta ibadat ini berpanjangan sehingga ke penghujung Ramadhan... InshaAllah...

(gambar en. google)

Seawal jam 3.00am barangkali hujan sudah mula turun membasahi bumi.... Sejukkk!!! dan tarik selimutla jawabnya... sehingga saat ini hujan masih turun renyai-renyai... cik Apple pun jadi renyai lah kat opis pagi ni.... ahakss.... alasan yang tak munasabah kan!! Salam Ramadhan buat semua pengunjung d'apppLe diary's

Nota : Rahmat hujan di hari kedua Ramadhan

Tuesday, July 9, 2013

Selamat menyambut Ramadhan 1434H

Assalamualaikum....

(gambar ehsan en. google)

Anak bulan Ramadhan tidak kelihatan...bermakna arini adalah 30 Syaaban... dan 1 Ramadhan jatuh pada esok 10 Julai (Rabu) selepas diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar malam tadi. Dikesempatan ini cik Apple nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.... semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermanfaat dan dirahmati InshaAllah....

Cik Apple akan berusaha meningkatkan amal dan ibadah pada bulan puasa kali ni... kita digalakkan meningkatkan ibadah seolah2 ini adalah Ramadhan terakhir.


Nota : Tak sabar menanti 1 Ramadhan !!!

Monday, July 8, 2013

Happy Monday...

Assalamualaikum.....

Ermm....diam tak diam dah masok hari isnin dan arini bersamaan 29 Syaaban 1434H. bermakna kalau tak esok mungkin lusa umat islam akan menyambut bulan mulia bulan puasa Ramadhan Al Mubarak InshaAllah...
Sesungguhnya Cik Apple bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bernafas menyambut kemeriahan Ramadhan... Alhamdulillah

Cik Apple nak kongsikan sedikit pesanan dari ustaz semasa mengikuti majlis bacaan Yassin di opis hari jumaat lepas. Mungkin ramai dah maklum tapi takpelah kita kongsi bersama sebagai peringatan:

Kelebihan bulan Ramadhan - Awal Ramadhan (Rahmat), Pertengahan Ramadhan (Keampuan/Magrifat), Penghujung Ramadhan (Dapat membebaskan dari api neraka) - sekiranya kita memanfaatkan kehadiran bulan Ramadhan InshaAllah, Allah tidak akan menghampakan hambanya dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Persediaan menjelang Ramadhan - antara persediaan yang perlu dilakukan adalah dari segi iman (mengukuhkan keimanan), amal (sentiasa beramal baik), rohani (memperbaiki dalaman) dan kewangan (jangan melakukan pembaziran).

Mood : Hepi Besday to my niece Diyana

Wednesday, July 3, 2013

I'm Back...!!!

Assalamualaikum.....

Hye all.... i'm back now!! Rindu tak?? muah.. muah.. muah.. Setelah berbulan menyepi dari dunia blogging buat sementara waktu, kini cik Apple kembali.... suke tak?? hurmm... rindu sebenarnya tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa dilupakan buat seketika sementara waktu.

Oklah... kita lupakan kisah lalu dan bukak buku baru sekarang. Now... cik Apple in the house!!

Nota : mood berbunga-bunga