Apa khabar semua??rindu tak dgn cik Apple?Dah lama tak jenguk blog ni kan... bukak2 dah design baru la pulak... agak makan masa la jugak nak mencari2 macam mana nak post entri ni...huhuhu. Kali ni cik Apple nak bercerita aktiviti hujung minggu lepas. Aktiviti panjat Bukit Broga dengan team Ekspedisi Gunung Nuang... wah.. wah...macam tak percaya kan!! tapi percayalah sebab cik Apple dah sampai pun kat atas bukit tu.... hehehe.... memang mencabar bagi insan yang tak berapa biasa aktiviti lasak ni... Abis sakit otot-otot kaki - betis dan peha terutama semasa nak turun naik tangga opis ni...adoiiii!!!
Tapi cik Apple anggap semua tu sebagai pengalaman yang mungkin tak dapat dilupakan. Hurmmm....ntahla... masa belajar dulu tak pernah pun join xtvt macam ni walaupun roommate (nazuha) aktif kelab mendaki. masa kerja ni la baru terhegeh2 nak join....dah agak berusia berbanding masa belajar dulu2 huhuhu....aduhai cik Apple.... oklah malas cakap banyak cik Apple upload je gambar2 yang sempat di 'snap' aritu..
gantungan kasut-kasut diatas pokok
berehat sekejap menghilangkan penat dan lelah
pandangan dari atas
sempat posing bersama Danish
cantik tak view ni??
Selepas penat dan badan berpeluh2....cuba tengok baju yang basah tu sebagai bukti hehehe....semasa balik tu terus plan pegi mandi sungai kat Hutan Rekriasi Sunga Tekala....main redah jer... tak de dalam perancangan semuanya idea on the spot dgn cik Siti Khadijah. Tak bawak baju spare pun dan balik basah2 hehehe.....idea giler...tapi kitorg tak giler ok!!
kaki siapakah ini???cer teka... cer teka... hehehe
posing dalam air sungai yang sejokk!!
aksi main air bersama cik Siti Khadijah
Nota : penat tapi sangat seronok!!
No comments:
Post a Comment