As salam...
Alhamdulillah..... sekarang dah pun masuk bulan Mac. sedar tak sedar cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. usia pun makin hari makin bertambah.... tapi pahala tak jugak bertambah. Syukur.... di saat dan kesempatan ini cik Apple masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ini. sedang berusaha mencari keredhaan Illahi dan ketenangan jiwa.... almaklumlah bila tak de pembimbing ni selalunya lambat sikit dapat hidayah dan Cik Apple sedar bila kita berusaha memperbaiki diri ke jalanNya dugaan dan cabarannya cukup besar.
Oklah.... bertukar ke cara cik Apple.... hehehe... boleh pulak tukar nada dan intonasi kan. semalam cik Apple menghadiri majlis perkahwinan bestfren opis lama di kampung halaman. Alhamdulillah... cik Mimi sekarang dah pun bertukar gelaran kepada pn. Mimi... Tahniah buat beliau!! Tarikh istimewa 04 Mac 2012
Cik Mimi yang comel... cantik kan
Cik Apple pulak nyaris-nyaris tak datang majlis cik Mimi gara-gara merajuk dengan seorang kawan sekolah lama yang janji nak temankan tapi tiba2 nak batalkan pulak.... dahla cuaca memang panas semakin panas la hati cik Apple kan... kan... hehehe... mengada2 pulak.. tapi nasib baik akhirnya dia sudi menemankan.... Dapat jugak berjumpa dengan bekas kawan2 opis lama walaupun tak sempat berbual panjang dan terserempak jugak dengan seseorang yang cuba dielakkan untuk bersua muka -- bahagia sungguh dia kini. Alhamdulillah.
Nota : 'awak' terima kasih kerana sudi menemani cik Apple
No comments:
Post a Comment