Hari ni cik Apple dah menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar cukai (yeke bayar cukai...!!) padahal tak pernah bayar dan tak pernah kena cukai pun. ahaks!!
Bukanlah bayar tapi mengisi borang cukai taksiran tahun 2010 punya... walaupun gaji tak pernah kena cukai (gaji ciput sangat la ni) tapi setiap individu yang mempunyai no pendaftaran cukai pendapat 'WAJIB' mengisi dan mentaksir pendapatan tahunan mereka dengan LHDN. Wah!! promote nampak.. cik Apple ni pon ada no cukai sebab terpaksa dulu pernah kerja sementara dengan LHDN padahal gaji bukan la besar mana pun kan..
Tarikh akhir penghantaran borang BE adalah 30 April ni (sabtu) dan borang B adalah 30 Jun (khamis). Mentaliti rakyat Malaysia suka buat kerja last minit sama la macam masa bayar saman hari tu. Lepas tu bila dah berduyun-duyun menyerbu disaat-saat gawat (akhir) mulalah menyalahkan staf buat kerja lambat la... itu la.. ini la.. line internet pon akan jadi slow macam kura-kura baru belajar merangkak. Ahaha... padan muka mereka kan siapa suruh buat kerja last minit atau boleh digelar 'individu last minit'.
Nota: cepat.. cepat.. !!
No comments:
Post a Comment