Thursday, April 28, 2011
Solusi isu No.31
Saturday, April 23, 2011
Masakan hujung minggu ~ full package
Saturday, April 16, 2011
Edisi : senaman
Wednesday, April 13, 2011
Manisnya iman
Sunday, April 10, 2011
Selamat Hari Lahir
.:: Selamat Hari Lahir ::.
~10 April~
Hari ni adalah hari lahir abang ku (Mohd Shafie) dan anak buah ku (Nazmi Syahmi)....
Buat mereka yang menyambut tarikh kelahiran yang sama diucapkan semoga panjang umur dan berbahagia selalu. Mudah2an dapat dimurahkan lagi rezeki mereka... Insya Allah. Amin.
Semalam cik Apple ada buat kuih apam pisang tapi sedikit kuciwa bila mana tidak menjadi. Kenapalah sejak dua menjak ni semua serba tak menjadi sampai kan kakak ku sendiri mengomen "pasni tak yah buat kuih tunggu emosi stabil baru buat balik... asyik tak menjadi jer" ahaha... "emosi tak stabil" (ek??) buat-buat tak faham pulak si cik Apple ni kan.. kan.
Nota: semoga cik Apple tenang-tenang selalu T_T
Wednesday, April 6, 2011
e-Filling : LHDNM
Hari ni cik Apple dah menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar cukai (yeke bayar cukai...!!) padahal tak pernah bayar dan tak pernah kena cukai pun. ahaks!!
Bukanlah bayar tapi mengisi borang cukai taksiran tahun 2010 punya... walaupun gaji tak pernah kena cukai (gaji ciput sangat la ni) tapi setiap individu yang mempunyai no pendaftaran cukai pendapat 'WAJIB' mengisi dan mentaksir pendapatan tahunan mereka dengan LHDN. Wah!! promote nampak.. cik Apple ni pon ada no cukai sebab terpaksa dulu pernah kerja sementara dengan LHDN padahal gaji bukan la besar mana pun kan..
Tarikh akhir penghantaran borang BE adalah 30 April ni (sabtu) dan borang B adalah 30 Jun (khamis). Mentaliti rakyat Malaysia suka buat kerja last minit sama la macam masa bayar saman hari tu. Lepas tu bila dah berduyun-duyun menyerbu disaat-saat gawat (akhir) mulalah menyalahkan staf buat kerja lambat la... itu la.. ini la.. line internet pon akan jadi slow macam kura-kura baru belajar merangkak. Ahaha... padan muka mereka kan siapa suruh buat kerja last minit atau boleh digelar 'individu last minit'.
Nota: cepat.. cepat.. !!
Tuesday, April 5, 2011
Smart TAG
Wowww.... Cik Apple dah ada Smart TAG. hehehe.... biasa pagi2 pegi keje terpaksa beratur kat lorong tunai di tol seringgit Sg. Rasau tapi kini tidak lagi. Ngeee... melebar senyum sampai ke telinga.
Ini disebabkan cik Apple telah diberikan kad Smart TAG oleh abang cik Apple setelah berabad memintak darinya (ayat macam dah lama sgt kan..) dan kini pemanduan terasa lebih lancar dengan smart tag... clean n clear... hehe sedikit bangga jugak cik Apple rasa ketika melalui lorong itu setiap pagi (poyo!! macam kerbau masuk kampung je gayanya kan.. kan..) Maklumlah dulu terpaksa beratur panjang di laluan tunai tapi kini tidak lagi (macam ayat dalam iklan jer)
Akceli cik Apple mintak kad touch n go jer.. tp bila dapat siap smart tag la pulak tapi tak pelah janji kad kalau dpt kredit kad or kad ATM lagi syiokk.... mau senyum sampai ke telinga (jangan berangan la wei...)
Uwwaaaaa........ (eh! pasal pulak tetiba nangis ni??!!)
Yelah kan... sebab ni cik Apple terpaksa melayang RM ok!! kena bayar bukan dapat free. Hurmm... saje je abang cik Apple suka mendera kewangan cik Apple disaat-saat nazak begini :(
Saturday, April 2, 2011
5 kg untuk 3 bulan
Wahh.... Cik Apple dah kehilangan 5kg dalam tempoh 3 bulan. Macam tak percaya jer (percayalah korg hehe...)
Mula-mula dulu memang tak plan nak turun kan berat secepat ini (plan 1/2kg sebulan jer) tp hasilnya... memang memuaskan. Akceli cik Apple try atkin diet program tp tak la 100% ikut dier punya peraturan cuma kawal pengambilan karbohidrat = karbohidrat diet la... ada jugak protein diet tp cik Apple prefer carb diet.
Mula-mula ikut diet ni dulu memang terseksa lah perut ni (sian perut cik Apple.... alah bisa tegal biasa) tp lama kelamaan macam dah biasa pulak kawal makan ni. InsyaAllah... cik Apple akan teruskan program diet ni sampai cik Apple rasa malas nak diet dah.... sebab dah rasa seronok tak payah susah-susah fikir nak makan apa, jimat duit jugak ahaks... perut pun dah biasa makan sikit, bila sampai tahap dah rasa overlimit.
Semoga berjaya!!!
Nota: chaiyok... chaiyok!!!