Wednesday, September 6, 2017

2017 : Trip Vietnam pulak

Assalamualaikum wbt...

Dah lama menyepi terasa malas untuk menulis entri walaupun banyak cerita untuk diabadikan di sini. Kali ni trip ke Ho Chi Minh, Vietnam pulak. Trip gegirl jugak pada 27 hingga 30 Julai 2017. Cik Apple bertolak dari Ipoh menaiki bas di terminal amanjaya pada 26hb malam dan sampai seawal 4.00pagi di KLIA2. Pegi surau niat nak sambung tido tapi.................... hampeh.. sejuk yakmat kat dalam surau tu. Bertabahlah tunggu flight jam 11.00pagi sambil tunggu partner gegirl sampai airport. Dalam flight qada tidoo zzzZ............. bangun makan nasi lemak dan sambung balik zzzZ....
 
HARI PERTAMA
Landing je terus pi cari toilet. hihi... biasala kan menahan 2 jam. dan pengalaman pertama kali ni kami naik bas ke hotel.. bas nombor 152 mintak driver berenti kat pasar ben than.. nak cakap tak pandai tapi sebut je ben than nanti bila dah sampai driver bas bagitau suh turun pastu korang pun turun la ye huhu.... kami booking Cat Hotel berdekatan dengan Ben Than Market.. Sampai hotel rehat kejap dan terus cari kopi Vietnam... sedap woooii.. terus booking trip sungai Mekong untuk esok hari di Bismillah Tour area Ben Than tu.
tiket bas.. kene caj 10k dong sebab ada bawak beg besar..
double queen bed - city view 4d3n RM604.99
pemandangan dari hotel - meriah tengah malam
stok makanan kami berempat

kakak jual kopi

menu sepinggan rm10.. sehari makan nasi sekali je

cari mood nak shopping.. cuci mata dulu
HARI KEDUA
Pagi-pagi siap terus ikut trip ke sungai Mekong.. naik satu bas dengan beberapa orang lain lagi yang dah deal dengan Bismillah Tour..sebelum pegi sungai Mekong, travel ni bawak kitorang pi kedai kain dulu...kat kilang ni memang murah sikit...rugi tak beli tudung banyak kat sini hmmm....tapi kene beli borong la untuk setengah item tu baru dapat murah.

Kebetulan nak ke Sg Mekong tu hujan, so..kami dibekalkan dengan baju hujan.. nasib baik hujan tak lama sangat dan tak lebat. Makan tengahari jugak disediakan termasuk dalam pakej... so, tak payah susah nak bawak bekal atau cari makanan halal sepanjang tempoh trip tersebut ye. Penuh jugak aktiviti Sg Mekong ni.. pegi tangkap gambar dengan ular sawa, makan buah-buah segar sambil dengar nyanyian lagu dan tengok tempat pemprosesan gula-gula kelapa... cik Apple tak beli pun sebab budget tak banyak dan beg luggage kecik je huhu... lepas tu sebelum balik berenti pulak untuk shopping cenderahati kat kedai cenderahati... petang baru balik semula ke hotel dan malam tu apa lagi keluar la berjalan lagi ke pasar Ben Than... dah dekat kan.. apa susah... cuci mata je..
bas yang bawak kitorang
laluan sempit di Sg Mekong

Sg Mekong - hujan

hidangan buah-buahan segar


madu asli campur limau
 
HARI KETIGA
Hari ketiga kami punya plan round bandar Ho Chi Minh... ni satu lagi pengalaman baru bagi cik Apple kerana sebelum ni tak pernah round bandar pun... jalan kaki je pegi semua tempat bersejarah dan menarik di sekitar bandar HCM.. memang best dan happening join grup travel dorang ni. Pagi-pagi lepas breakfast ringan kat hotel mula la jalan nak ke bandar tapi on the way tu Nampak satu kedai kain pegi singgah dan terus melekat beli... cik Apple terbeli kain lace jugak.. huhu.

Dah penat mental tawar menawar kat kedai kain tu kitorang decide nak makan tengahari dulu.. mana tak penat, tengok lace semua cantik-cantik belaka oooo... tapi harga mahal (murah sikit dari kat Malaysia tapi stil mahal bagi cik Apple) lepas kenyang makan baru sambung pegi pusing sekitar bandar dan bergambar... panas dan penat pun dah tak kisah sebab seronok dapat jalan-jalan macam tu tengok Negara orang.. sampai petang baru balik semula ke hotel.. malam sambung semula ke pasar ben than bagi membeli belah kali terakhir sebelum berangkat pulang esok... malam ni memang menghabiskan duit je kejenya...

di hadapan Hard Rock Café, HCM

deretan kedai buku

banyak kan buku-buku dijual

ini bangunan persekutuan dorang... eh!! xingatla hihi
depan pejabat pos besar HCM
dalam pejabat pos ni boleh lepak dan bergambar macam ni hihi..

macam ala-ala tugu peringatan.. nama apa xingat huhu..

HARI KEEMPAT
Hari ni pagi-pagi dah standby kemas beg-beg nak balik flight jam 12.00tghari. memang tak shopping dah masa ni.. terus book teksi ke airport dan berbaris menunggu giliran. Pengalaman jugak kena tahan dengan kastam kat airport Malaysia gara-gara banyak beli barang.. tapi kami pecah dua group..group cik Apple selamat tapi group satu lagi kena tahan tapi nasib baik tak kena tax fuhhhh!!! Gambar baju dan barang-barang yang kami shopping lupa nak ambik gambar tapi pegi kali ni cik Apple tak aim baju banyak sangat tapi beli beg deuter dan kasut sport je. Ada jugak sangkut kain cotton 2 helai dengan kain lace satu hihi...
 
Then, bila setel semua masalah dan cerita di airport pun kami salam-salam dan cik Apple terus bergerak balik Ipoh naik ETS di KL Sentral.. Sempat jugak plan next trip ke Jepun.... adakah cik Apple akan ikut sekali?? kita tunggu bulan November nanti ok. Kalau ada rezeki.. ke Jepun la cik Apple ye huhu...

No comments:

Post a Comment