Friday, September 8, 2017

2017 : Trip Cameron Highland

Assalamualaikum wbt...

Seminggu balik Vietnam, member belajar KUSZA pulak ajak pi jalan kat Cameron Highland.. dah lama plan dari sebelum puasa tapi asyik cancel je.. so, kali ni kasi jadi la. kitorang ni main belasah je, tak booking hotel sume.. biasala CH ni memang sentiasa ramai orang tak kiralah hari cuti ke hari kerja kan... kami pegi sabtu 5hb dan balik esoknya ahad 6hb.

acah-acah posing hihi

makan dulu sebelum bertolak
Minggu tu ada plak kenduri kawin anak staf ofis so, terpaksa ajak member pegi kenduri dulu baru kami naik Cameron tu...dalam tengahari gak campur jalan jem... petang baru sampai sana cari hotel yang murah semua dah penuh nak tak nak amik jugak hotel walaupun mahal sikit.. Tak banyak destinasi sebab jalan jem dan dah banyak makan masa kat atas jalan je..

gigih berenti tepi jalan sebab nak snap picture dekat tulisan ni
Sebelum bergerak balik sempat singgah di Kea Farm untuk shopping sikit-sikit buah tangan... cik Apple of course la beli buah stoberi, ubi keledek dan sayur2 segar.. jagung nak beli tapi tangan dah penuh... kereta pulak park jauh... hmm... lupakan jelah hasrat si jagung manis. On the way... singgah ladang teh untuk posing sekeping dua, pastu panjat naik 'Boh Centre Sg. Palas' untuk posing jugak adehh!! huhu...

dah terbayang-baying scone strawberi yang tak kesampaian
Satu je yang cik Apple tak dapat nak makan dan teringin sangat nak makan adalah scone strawberi.. ahaha... kelakar tak?

inilah travel partner cik Apple.. kalau suh drive kete kasi kat dia je.. mmg power cik maybanker ni
Ok tu je nak cerita kali ni dan tunggu la next entri cik Apple ye.. yang ni tak tau pasal trip jalan jugak ke atau makan-makan ke atau pape jelah bergantung pada masa dan keadaan rajin ke tak.
 
p/s : tetiba jadi blog travel pulak dah huhu....

Wednesday, September 6, 2017

2017 : Trip Vietnam pulak

Assalamualaikum wbt...

Dah lama menyepi terasa malas untuk menulis entri walaupun banyak cerita untuk diabadikan di sini. Kali ni trip ke Ho Chi Minh, Vietnam pulak. Trip gegirl jugak pada 27 hingga 30 Julai 2017. Cik Apple bertolak dari Ipoh menaiki bas di terminal amanjaya pada 26hb malam dan sampai seawal 4.00pagi di KLIA2. Pegi surau niat nak sambung tido tapi.................... hampeh.. sejuk yakmat kat dalam surau tu. Bertabahlah tunggu flight jam 11.00pagi sambil tunggu partner gegirl sampai airport. Dalam flight qada tidoo zzzZ............. bangun makan nasi lemak dan sambung balik zzzZ....
 
HARI PERTAMA
Landing je terus pi cari toilet. hihi... biasala kan menahan 2 jam. dan pengalaman pertama kali ni kami naik bas ke hotel.. bas nombor 152 mintak driver berenti kat pasar ben than.. nak cakap tak pandai tapi sebut je ben than nanti bila dah sampai driver bas bagitau suh turun pastu korang pun turun la ye huhu.... kami booking Cat Hotel berdekatan dengan Ben Than Market.. Sampai hotel rehat kejap dan terus cari kopi Vietnam... sedap woooii.. terus booking trip sungai Mekong untuk esok hari di Bismillah Tour area Ben Than tu.
tiket bas.. kene caj 10k dong sebab ada bawak beg besar..
double queen bed - city view 4d3n RM604.99
pemandangan dari hotel - meriah tengah malam
stok makanan kami berempat

kakak jual kopi

menu sepinggan rm10.. sehari makan nasi sekali je

cari mood nak shopping.. cuci mata dulu
HARI KEDUA
Pagi-pagi siap terus ikut trip ke sungai Mekong.. naik satu bas dengan beberapa orang lain lagi yang dah deal dengan Bismillah Tour..sebelum pegi sungai Mekong, travel ni bawak kitorang pi kedai kain dulu...kat kilang ni memang murah sikit...rugi tak beli tudung banyak kat sini hmmm....tapi kene beli borong la untuk setengah item tu baru dapat murah.

Kebetulan nak ke Sg Mekong tu hujan, so..kami dibekalkan dengan baju hujan.. nasib baik hujan tak lama sangat dan tak lebat. Makan tengahari jugak disediakan termasuk dalam pakej... so, tak payah susah nak bawak bekal atau cari makanan halal sepanjang tempoh trip tersebut ye. Penuh jugak aktiviti Sg Mekong ni.. pegi tangkap gambar dengan ular sawa, makan buah-buah segar sambil dengar nyanyian lagu dan tengok tempat pemprosesan gula-gula kelapa... cik Apple tak beli pun sebab budget tak banyak dan beg luggage kecik je huhu... lepas tu sebelum balik berenti pulak untuk shopping cenderahati kat kedai cenderahati... petang baru balik semula ke hotel dan malam tu apa lagi keluar la berjalan lagi ke pasar Ben Than... dah dekat kan.. apa susah... cuci mata je..
bas yang bawak kitorang
laluan sempit di Sg Mekong

Sg Mekong - hujan

hidangan buah-buahan segar


madu asli campur limau
 
HARI KETIGA
Hari ketiga kami punya plan round bandar Ho Chi Minh... ni satu lagi pengalaman baru bagi cik Apple kerana sebelum ni tak pernah round bandar pun... jalan kaki je pegi semua tempat bersejarah dan menarik di sekitar bandar HCM.. memang best dan happening join grup travel dorang ni. Pagi-pagi lepas breakfast ringan kat hotel mula la jalan nak ke bandar tapi on the way tu Nampak satu kedai kain pegi singgah dan terus melekat beli... cik Apple terbeli kain lace jugak.. huhu.

Dah penat mental tawar menawar kat kedai kain tu kitorang decide nak makan tengahari dulu.. mana tak penat, tengok lace semua cantik-cantik belaka oooo... tapi harga mahal (murah sikit dari kat Malaysia tapi stil mahal bagi cik Apple) lepas kenyang makan baru sambung pegi pusing sekitar bandar dan bergambar... panas dan penat pun dah tak kisah sebab seronok dapat jalan-jalan macam tu tengok Negara orang.. sampai petang baru balik semula ke hotel.. malam sambung semula ke pasar ben than bagi membeli belah kali terakhir sebelum berangkat pulang esok... malam ni memang menghabiskan duit je kejenya...

di hadapan Hard Rock Café, HCM

deretan kedai buku

banyak kan buku-buku dijual

ini bangunan persekutuan dorang... eh!! xingatla hihi
depan pejabat pos besar HCM
dalam pejabat pos ni boleh lepak dan bergambar macam ni hihi..

macam ala-ala tugu peringatan.. nama apa xingat huhu..

HARI KEEMPAT
Hari ni pagi-pagi dah standby kemas beg-beg nak balik flight jam 12.00tghari. memang tak shopping dah masa ni.. terus book teksi ke airport dan berbaris menunggu giliran. Pengalaman jugak kena tahan dengan kastam kat airport Malaysia gara-gara banyak beli barang.. tapi kami pecah dua group..group cik Apple selamat tapi group satu lagi kena tahan tapi nasib baik tak kena tax fuhhhh!!! Gambar baju dan barang-barang yang kami shopping lupa nak ambik gambar tapi pegi kali ni cik Apple tak aim baju banyak sangat tapi beli beg deuter dan kasut sport je. Ada jugak sangkut kain cotton 2 helai dengan kain lace satu hihi...
 
Then, bila setel semua masalah dan cerita di airport pun kami salam-salam dan cik Apple terus bergerak balik Ipoh naik ETS di KL Sentral.. Sempat jugak plan next trip ke Jepun.... adakah cik Apple akan ikut sekali?? kita tunggu bulan November nanti ok. Kalau ada rezeki.. ke Jepun la cik Apple ye huhu...

Tuesday, August 29, 2017

Percutian budget ke Bali

Assalamualaikum wbt...

Untuk entri kali ini cik Apple ingin berkongsi cerita di sebalik percutian cik Apple dan kawan2 ke Bali, Indonesia pulak. Percutian selama 4 hari 3 malam.. harga flight lain, harga pakej rm790 seorang termasuk hotel, makan, tiket masuk dan transport sekali. Kami pergi 4 orang jer... 20 - 23 April 2017. Malam selepas habis function ofis di Casuarina Hotel, Meru terus ke Terminal Amanjaya, Ipoh naik bas untuk ke KLIA, bas pukul 11.30 malam dan kami sampai 11.25 malam, bas terus bergerak on time. Bas direct dari Ipoh ke KLIA ada 2 company.. satu Yoyo dan satu lagi Star Shuttle.. cik Apple naik bas Star Shuttle harga bas cik Apple RM42.00 sehala. 11.30 malam bergerak dan sampai di KLIA dalam 2.30 pagi.. flight kami Malindo Air jam 7.30 pagi.. sementara tunggu check in... kami tido dulu di surau KLIA.. jam 5.30 pagi dah standby untuk daftar masuk dan luggage.. mahu tak ngantuk kami hari tu.. zzZZZzz... 

Semasa di aiport KLIA menunggu panggilan masuk

HARI PERTAMA
Sampai di lapangan terbang Ngurah Rai, Denpasar, Bali lebih kurang jam 11.00 pagi lebih.. pak supir dah menunggu di luar memegang kertas bertulis nama kawan cik Apple.. nama pak supir kami Pak Suwa.. nama penuh tak ingat adeh!! hihi.. Destinasi pertama kami dibawa ke tempat water sport.. harga untuk setiap sukan air hmmm... boleh tahan jugak!! boleh habis semua duit rupiah kami kalau main jugak. Cik Apple ni dahla tukar 1.5 juta jer duit bersamaan RM507.00 memang awal-awal tak berminat nak main air.. tapi sukan air dorang memang menarik termasuk belon, scuba, tengok penyu dan lain-lain lagi lah. Selepas menolak dengan alasan yang kukuh, kami request nak buat spa tapi nak yang murah-murah je..yelah takkan hari pertama dah pokai duit kami. Maka sampailah kami di Adi Spa.. Tempat menarik dan agak exclusive.. tengok punye tengok harga pun boleh tahan jugak tapi disebabkan tak nak menghampakan pak supir, maka kami buat jugakla 'bali massage' Rp400,000 lebih kurang RM150.00, urutan sedap dan puas hati cuma harga jelah grrr....


Kereta yang ambik kami dan bawak berjalan untuk hari pertama
  
Tempat kami buat spa.. ADI SPA

Selepas sesi urut mengurut, kami di bawa pulak ke Uluwatu Temple, untuk melihat pemandangan laut yang cantik.. ada persembahan tarian Kecak.. tapi sebab kena bayar, maka kami tolak untuk melihat persembahan tersebut.. satu budaya dorang ni.. masa persembahan adalah pada waktu maghrib huhu... maka setelah menghabiskan masa di tepian gunung kami di bawa pulak ke pantai Jimbaran untuk menikmati makan malam.. makanan seafood memang sedap la.. cukup puas hati dapat makan di tepi pantai dengan deruan bunyi ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa fuhhh!! selepas kenyang makan, barulah kami di bawak ke hotel untuk 'check in'. Hotel Fave.. murah je ala-ala budget hotel jugak..yang penting makanan dorang serve halal kan.. Hotel ni dekat je dengan pantai Kuta... jalan kaki dah sampai. Masuk hotel.. masing-masing terus mandi dan tidur... kepenatan dan seharian tak mandi tu.

Pemandangan d Uluwatu Temple.. cantik sangat!!

Semua kena pakai kain oren ikat kat pinggang.. adat mereka
Pantai Jimbaran
Dinner hari pertama - tepi pantai



Restoran Sea Side Café - dinner hari pertama

menu dinner - seafood. Best!!
Hotel Fave, Kuta
Bilik hotel kami
HARI KEDUA
Hari kedua kenderaan yang bawak kami adalah kenderaan lain. Selepas breakfast, kami dibawa untuk melihat tarian kebudayaan tradisional Barong (yang ni berserah jelah...ikut dalam pakej walaupun dah bagitau tak minat nak tengok..pak supir buat taktau je hmmm.. sakit hati).
Kereta hari kedua dan seterusnya
 
Persembahan Tarian Barong
 
Selepas tarian, kami di bawak ke tempat pembuatan perak/silver... harga dah macam harga emas...tengok jelah, lepas tu tempat buat kain batik (macam kat Malaysia takde je kan), kopi luwak (yang ni tak sanggup nak minum..walaupun dah bersih huhu) dan makan tengahari di Pergunungan Batur... memang cantik. kawasan gunung berapi yang dah meletup tapi kesan masih ada lagi... Kintamani Volcano nama tempat tu.


Kintamani Valcano
Lepas makan tengahari kami dibawak tengok sawah padi Tegalalang...tapi malang nasib kami sebab hujan lebat dan jalan jem..kenderaan takde tempat nak parking...kami hanya tengok dari dalam kereta je..memang frust sebab tempat ni sangat cantik. Jadi untuk mengubati hati kami yang lara pak supir bawak kami ke tempat shoping Cening Bagus..kami dengan perasaan frustrated, masuk-masuk.. pusing-pusing.. tengok-tengok terus nak keluar...fobia kena paw masih tak boleh nak move on lagi...  tapi sebab hari masih awal untuk makan malam..pak supir bawak kami ke Pantai Sanur untuk amik gambar dan tengok pemandangan laut... pantai dorang memang cantik tapi............. anjing merata-rata hmmm...cukup masa di pantai sanur..kami dibawak untuk makan malam sebelum kembali ke hotel. makan malam pun kami tengok tarian jugak.. (tak bleh blah..). balik hotel, tukar baju... dorang pun turun mandi swimming pool pulak ahaha....
 
inilah Cening Bagus... tempat shopping yang betul2 murah kalau nak compare dengan Agung Bali dan Krishna
 
Agung Bali.. mahal jugak
 
sempat lompat-lompat di Pantai Sanur.. adehh!!


kuih ni tak ingat apa nama tapi rasa manis-manis makan pulak dengan kelapa parut... sedap!!

12 jenis kopi pelbagai perisa.. free tester semestinya sedap!!

HARI KETIGA
jalan kaki je ke Pantai Kuta
sempat posing jap
Hari ini selepas sarapan pagi, kami berjalan untuk ke Pantai Kuta. Sebenarnya kami dah merajuk nak cancel semua tempat sebab nak pegi tempat shopping 'Krishna' ni semua gara-gara baca kat blog yang tempat Krishna ni best tapi bila masuk tengok-tengok... lagi mahal kot. hmmm... bincang dengan pak supir untuk ke Cening Bagus semula... pak supir pujuk dan bawak kami ke Agung Bali...tengok-tengok pun mahal jugak. Kami still nak ke Cening Bagus!! ahaha.. pak supir tukar tentative kami.. bawak kami pegi ke Tanah Lot, Bedugul dan Ulun Danu Temple...lepas makan tengahari baru ke Cening Bagus. Puas hati dapat shoping murah kot!! Keluar je Cening Bagus tengok dah gelap..punyala leka kat dalam tu... masa mula-mula bawak jual mahal sangat kan.. padan muka kami adeh!!... Lepas makan malam kami dihantar balik ke hotel semula. Tukar-tukar baju.. apa lagi keluar berjalan la sebab dah malam last kan...kami pi ronda-ronda dan last sekali pi buat urut kaki.. tapi kurang best dan memang patut pun murah hihi.. balik hotel packing barang-barang untuk balik esok pagi.

Tanah lot

HARI KEEMPAT
kat airport bali.. sebelum cek in nak balik
Lepas sarapan, kami bersiap-siap untuk ke airport dan pulang ke Malaysia.. huh!! tak sabar pulak rasa nak balik kan.hihi.. Malaysia!!! we are back!!

That all my story