Hai...selamat pagi uolls. Hehe... sedikit bersemangat nampaknya cik Apple pagi ni. Walaupun dlm kepala ni sedikit berserabut dgn bermacam-macam perkara yg belum selesai. Nmpknya minggu depan sekolah dah bermula dan cik Apple dah tak boleh nak bersenang lenang lg keluar ke tmpt kerja lewat. Mulalah kehidupan kelam kabut kembali.
Oklah..berbalik kepada tajuk entri kali ni cik Apple sbnrnya baru blk dari misi banjir KPM sbg sukarelawan pada 6 - 9hb januari. Kami ditugaskan untuk mencuci dan membersih sekolah di SK Limau Kasturi, Gua Musang Kelantan. Totally lost sbb air banjir smpai tingkat 2. Kalau ikut logik mcm tak percaya sbb sekolah terletak atas bukit.. tapi itulah kuasa Allah
Keadaan semasa banjir SK Limau Kasturi - gambar semasa banjir ehsan penduduk tempatan
Pengagihan sumbangan dan penginapan kami bertempat di SMK Tengku Indra Putra 2. Barang-barang sumbangan di edarkan kpd penduduk di sekitar Kg Limau Kasturi
Kerja-kerja pembersihan kami di asrama SK Limau Kasturi, Gua Musang
Ok.. cik Apple nak mengemas pulak. Next time ada kelapangan cik Apple update lagi ok
No comments:
Post a Comment