Byk pulak entri cik Apple ni dah masuk part 3... hehe. Sampai Ho Chi Minh, perkara pertama yg kami buat di airport beli simcard vietnam tp cik Apple tak beli so tak dapat nak cerita detail.. kalau xsilap harga satu simcard rm10.. lepastu carik teksi pegi hotel.. kami naik teksi macam mpv tu muat untuk kami berlapan bayar tambang sebanyak VND550,000. Agak mahal tapi no choice sebab teksi lain caj lagi mahal dari airport ke hotel kami - Saigon Mini 5 @ Bizu Hotel.
sempat snap on the way nak ke hotel
bangunan hotel yang warna putih tinggi tu hotel kami menginap
sempat posing sebelum melintas jalan
ribuan motorsikal pulang bekerja
Lepas makan sambung jalan2 sambil tgk pasar malam disekitar pasar Ben Thanh dan balik ke hotel utk Zzzzzz........ keletihan dgn perjalanan jauh seharian gitu...
antara hotel lain sekitar pasar Ben Thanh
sempat cuci mata sebelum balik hotel
Hari kedua, awal2 pagi bersedia untuk ke Sg Mekong... kami punye tourist guide akan jemput di hotel jam 8.30am. (Pakej Sg Mekong ni 25USD untuk setiap org.. mintak tawar tp dah tak dapat kurang) Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. Naik mercedes benz gitu... rupa2nya ada lagi 4 orang pelancong join sekali kami untuk trip Sg Mekong ni. Hmmmmmm.........
jeti utama di Sg Mekong
Dari jeti kami naik feri dan berpusing2 di Sg Mekong.. lepastu kami di bawak minum teh madu dan naik feri balik untuk ke destinasi seterusnya kilang gula2 kelapa (hehe... bukan kilang tapi tmpt biasa je)
luasnya Sungai Mekong... ni sebahagian je
teh madu asli vietnam
antara gerai jualan di Sg Mekong
Seterusnya kami diberi peluang sendiri merasai pengalaman menaiki sampan menyelusuri sebahagian Sg Mekong sehinggalah sampai ke jeti tempat feri kami berhenti (kat sini pon kena bg tips kat makcik yg bawak sampan ni)
Dalam feri sebelum balik ke jeti utama kami dihidangkan dengan air kelapa bg menghilangkan dahaga. Fuhh!! Lega tekak... sempat posing gak hehe..
Sampai di jeti utama yg mula2 kami naik tadi... sempat beli barang2 sikit yg dijual kat jeti tu sebelum meneruskan perjalanan pulang. On the way tu... kami singgah makan dan solat di kedai tourist guide yg bawak kami.
ni tourist guide kami.. encik Karim namanya anak Pakcik Yusof Pa-hang
Menu memang sedap ada ala-ala masakan Malaysia gak. Kedai tu macam bangunan baru... sebelah tempat makan kami dan sebelah ada jual barang2... beg dan kain pasang.
Seterusnya ingatkan balik hotel... rupenya kami dibawak ke tempat menjual kain macam gudang kain dah cik Apple tgk... rambang mata..hehe.. lepas tu baru balik hotel bila mentari mula menghilang.
Tak abis dengan tu.. malam tu gigih lagi kami keluar ke pasar Ben Thanh + pasar malam sambung shopping lagi...huhu. Dekat pukul 12am baru ingat nak balik hotel. Tapi kami dah bijak..amik teksi je dalam 12,000-20,000VND terus sampai hotel.
Balik hotel....kira-kira barang... kira-kira duit... dan terus Zzzzzz..... keletihan melampau tapi disebabkan aktiviti hari ketiga adalah aktiviti bebas... so, boleh rehat lama sikit.
Masih banyak cerita yang cik Apple nak kongsikan pada entri akan datang.
No comments:
Post a Comment